Bikesrepublic

Berita Terkini

Akhirnya, selepas berbulan-bulan dipratonton dan diacah, akhinya BMW F 450 GS telah dilancarkan di EICMA 2025.

Motosikal baharu ini menjanjikan kawalan yang lincah, tork dan kuasa enjin yang hebat, serta kepelbagaian kegunaan di atas jalan raya dan luar jalan raya.

Sorotan

  • Enjin selari kembar (parallel-twin) baharu 420cc yang menghasilkan 35 kW (48 hp) pada 8,750 rpm dan 43 Nm pada 6,750 rpm.
  • Ya, BMW Motorrad memilih untuk mengikut arah enjin berbilang-silinder berbanding dengan format satu silinder yang lazim dalam kelas ini.
  • Juga menariknya, enjin kembar selari ini mempunyai aci engkol unik 135 darjah, berbeza dengan variasi 180 darjah, 270 darjah, atau 360 darjah pada motosikal lain.
  • BMW mendakwa bahawa enjin ini hanya menggunakan 3.8 liter minyak untuk setiap 100 km, yang memberikan motosikal ini jarak maksimum potensi “melebihi 350 km” daripada tangkinya yang berkapasiti 14 liter.
  • Selain enjin, satu lagi ciri baharu yang menarik ialah Easy Ride Clutch (ERC).
  • Ia adalah sejenis klac sentrifugal yang membenarkan kendiri idling dan pertukarangear tanpa perlu menarik tuas klac (seperti yang terdapat pada kapcai berkuasa kecil).

  • ERC ini hanya dipasang pada varian GS Trophy dan apabila digabungkan dengan Shift Assistant Pro, ia menghapuskan keperluan untuk mengoperasi klac secara manual.
  • Walaubagaimanapun, tuas klac masih dikekalkan, sekiranya penunggang ingin campur tangan semasa melakukan manuver.
  • BMW menerangkan bahawa ERC, walaupun berdasarkan konsep klac sentrifugal yang terdapat pada kapcai, sebenarnya adalah sistem “lebih maju” kerana plat klacnya kekal “tertutup” semasa kelajuan enjin melepasi titik merah.
  • BMW F 450 GS menawarkan tiga mod penunggaan sebagai peralatan standard: “Rain”, “Road” dan “Enduro”, membolehkan motosikal disesuaikan mengikut keutamaan individu.
  • Peralatan standard juga termasuk ABS Pro, Dynamic Brake Control (DBC), Dynamic Traction Control (DTC) dan kawalan tork brek enjin (MSR).
  • Mod tambahan “Enduro Pro”, yang boleh didapati bermula dari varian peralatan Exclusive, direka untuk penggunaan off-road dengan tayar off-road berbunga kasar dan membenarkan ABS pada roda belakang dinyahaktifkan.

  • Rangka yang dibangunkan khas terdiri daripada tiub keluli dikimpal dan bahagian tempaan.
  • Suspensi di depan terdiri daripada fork terbalik KYB 43mm. Varian Sport dan GS Trophy mempunyai ciri yang dipanggil “sports suspension.” Fork ini boleh dilaras untuk redaman dan mampatan.
  • Kawalan roda belakang disediakan oleh lengan ayun dua belah aluminium berongga tertutup, digandingkan dengan strut pusat KYB yang disambung secara langsung (pelarasan pramuat spring dan redaman).
  • Roda standard pada BMW F 450 GS adalah aluminium tuang tetapi pemilik boleh memilih roda jejari silang Aksesori BMW Motorrad Asal.
  • Tugas brek diuruskan oleh brek cakera tunggal terapung dengan kaliper tetap Brekbo 4-piston dan cakera brek 310 mm di depan, digandingkan dengan brek cakera tunggal dengan kaliper terapung 1-piston dan diameter 240 mm di belakang.
  • BMW Motorrad ABS Pro adalah peralatan standard, ciri ini menyediakan brek ABS yang sensitif kecondongan.

  • Dynamic Brake Control (DBC) menawarkan keselamatan meningkat ketika membrek, dengan mengelakkan penggunaan pendikit yang tidak disengajakan.
  • Pemijak kaki dengan gearshift boleh laras dan tuas brek kaki untuk cengkaman optimum di atas dan luar jalan raya.
  • Tuas tangan boleh laras sebagai standard.
  • Pegangan pemegang dipanaskan sebagai standard.
  • Lampu kepala dan lampu LED berkuasa sebagai standard.
  • Ketersambungan dengan pilihan yang luas dan fungsi teladan dalam bentuk paparan TFT 6.5-inci yang besar dan mudah dibaca.
  • Soket USB-C yang praktikal di kawasan kokpit.

Honda mempunyai pelbagai jenis motosikal tetapi satu tiada sebuah sport-tourer empat silinder berkuasa besar. Menyedari hal ini, mereka telah melancarkan Honda CB1000GT 2026 di EICMA 2025.

Pembangunan motosikal ini mungkin tidak disedari ramai kerana perhatian semua tertumpu kepada CB1000F, namun ia tetap merupakan satu kejutan yang menyenangkan.

Daripada Kenyataan Media Boon Siew Honda

MILAN, Itali, 4 November 2025 – Honda hari ini mempamerkan pratinjau sulung dunia bagi model CB1000GT, sebuah model sport tourer yang dilengkapi enjin 4 lejang, 4 silinder sebaris, DOHC, penyejuk cecair, 1000 cc, di EICMA 2025 (Pameran Motosikal Milan; Hari Media: 4-5 November, Hari Awam: 6-9 November) di Milan, Itali.

Ciri-ciri utama CB1000GT

● Konsep pembangunan

Di bawah konsep “High Performance Tourer – going faster, farther with comfort –” (Pelancung Berprestasi Tinggi – bergerak lebih laju, lebih jauh dengan keselesaan –), CB1000GT dibangunkan sebagai model sport tourer baharu yang mengimbangkan kuasa tinggi dan kawalan motosikal sport naked dengan keselesaan dan kapasiti muatan motosikal pelancung.

● Unit kuasa

Berdasarkan enjin 4 lejang, 4 silinder segaris, DOHC ,penyejuk cecair, 1000cc CB1000 Hornet yang terkenal dengan kuasanya, penetapan suntikan bahan bakar (FI) khusus untuk CB1000GT dan sistem pendikit-dengan-wayar (TBW) telah digunakan. Walaupun mengekalkan ciri-ciri output yang berkuasa, enjin ini memberikan output yang lancar pada permulaan pembukaan pendikit, mengurangkan keletihan untuk kedua-dua penunggang dan pembonceng, sekaligus menyumbang kepada peningkatan keselesaan semasa pelancungan jarak jauh.

● Casis

Berdasarkan kerangka keluli diamond CB1000 Hornet, bahagian rel tempat duduk telah direka bentuk baru untuk meningkatkan kestabilan badan semasa menunggang, dengan mengambil kira pengangkutan pembonceng dan bagasi.

CB1000GT menampilkan sistem suspensi elektronik EERA*1 (Electronically Equipped Ride Adjustment) sebagai peralatan standard. Sistem ini mengenal pasti keadaan menunggang berdasarkan pelbagai data seperti sikap badan yang diukur oleh unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi, data kawalan enjin dari unit kawalan elektronik (ECU), dan kelajuan putaran roda, kemudian mengoptimumkan daya redaman gantungan depan dan belakang sewajarnya, yang membolehkan pelarasan daya redaman automatik yang tepat berdasarkan keadaan jalan raya.

● Rekabentuk

Fungsi “High Performance Tourer” juga diluahkan melalui rekabentuk motosikal ini. Imei perjalanan yang selesa sesuai dengan model grand touring digambarkan oleh enjin berprestasi tinggi dengan rupa yang canggih, serta reka bentuk tajam dan berskultur bagi kepingan bersepadu cowl depan dan pelindung.

Cowl depan mempunyai skrin boleh laras dengan lima kedudukan dengan julat pelarasan menegas keseluruhan 81mm. Walaupun mengekalkan reka bentuk yang tajam, cowl depan mencapai kedua-dua prestasi perlindungan tinggi dan ciri kawalan neutral.

CB1000GT juga menampilkan Honda RoadSync2 asal sebagai peralatan standard, yang membolehkan penunggang menggunakan Bluetooth®3 untuk menghubungkan telefon pintar mereka ke motosikal dan menggunakan fungsi bebas tangan untuk perkara seperti panggilan telefon dan navigasi jalan.

Aksesori tulen

Untuk menjadikan CB1000GT lebih menyeronokkan dan selesa digunakan, pelbagai aksesori tulen tersedia, seperti kes atas dan kes pannier yang meningkatkan kapasiti bagasi, serta windscreen tinggi dan tempat duduk keselesaan yang meningkatkan lagi keselesaan menunggang.

CB1000GT dijadualkan untuk mula dijual di Eropah, Jepun, serta Asia & Oceania dan wilayah-wilayah lain.

Dua rakan yang menyamar sebagai polis trafik dan memeras ugut dua orang remaja lain telah didenda RM5,000 masing-masing oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Jiun Wei, 24, dan Lim Boon Ping, 40, dan penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu menyamar dan memperdaya remaja berusia 17 dan 15 tahun dengan cara meminta wang daripada mereka untuk tidak mengeluarkan saman atau tidak dibawa ke balai polis.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah restoran di Jalan Lebuh Bercham Selatan 1, Taman Ipoh Timur Baru dalam daerah Kinta pada 12.38 pagi 1 Nov lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, di mahkamah sama, Jiun Wei turut dikenakan denda RM2,000 dan penjara lima bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki peralatan polis, iaitu satu topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertulis Jabatan Siasatan Polis Trafik (JSPT) dan boot JSPT bertulis PDRM pada waktu dan hari sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 89 Akta Polis Pindaan 2004 membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya S Nishaalini memohon hukuman setimpal selepas mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh menjejaskan integriti PDRM selain terdapat bukti pindahan wang berjumlah RM400.

Peguam K Nathan merayu hukuman diringankan atas alasan itu adalah kesalahan pertama anak guamnya dan kedua-dua mereka bekerja sebagai pembantu kedai makan dan juru elektrik dengan pendapatan RM1,500.

Mengikut fakta kes, tertuduh menahan pengadu dan menyamar sebagai anggota polis trafik dengan memakai pakaian menyerupai uniform polis seperti boot trafik, seluar hitam berjalur krim, dan topi berlogo PDRM.

Dalam kejadian itu tertuduh didapati telah menakut-nakutkan mangsa dengan ugutan akan mengeluarkan saman dan membawa ke balai polis kerana motosikal diubah suai selain meminta wang daripada pengadu bagi menyelesaikan perkara itu tanpa tindakan lanjut.

Salah soalan terbesar setelah program penyasaran subsidi petrol RON95 – Budi Madani RON95 (BUDI95) – dijalankan ialah mengapa golongan T15 juga layak, walaupun kerajaan pada mulanya berkata golongan tersebut akan dikecualikan. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa golongan tersebut akan dikecualikan apabila sistem BUDI95 lebih mantap.

“Kalau ada keperluan di masa akan datang, di mana sistem itu lebih mantap, maka boleh kita kenakan (pengecualian pemberian subsidi RON95 kepada T15) bagi yang (mempunyai pendapatan) benar-benar tinggi atau (menggunakan) kenderaan betul-betul mewah,” katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai mengapa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan BUDI95 yang memanfaatkan semua warganegara termasuk golongan T15.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dengan pelaksanaan BUDI95, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM2.5 bilion.

Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju unuk meningkatkan lagi quota bulanan RON95 kepada 800 liter daripada 600 liter kepada pemandu e-hailing.

“Untuk Oktober, (pemandu bagi BUDI95) e-hailing aktif dinaikkan daripada 300 liter kepada 600 liter. Berapa (jumlah pemandu) yang dapat? 58,000 pemandu e-hailing layak menerima sehingga 600 liter sebulan.

“(Tetapi) ada lagi rakan-rakan, anak-anak kita dari (sektor) e-hailing yang merasakan masih belum cukup.

“Kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan, saya nak umumkan di sini, bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada 800 liter sebulan,” katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 dan tindakan diambil kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit terutamanya golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah BUDI95.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengingatkan orang ramai bahawa jangan terpedaya dengan iklan lesen memandu percuma serta tanpa mengambil ujian.

Iklan tersebut yang telah tular di media sosial menggunakan nama dan gambar JPJ. Jabatan itu telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa ianya ialah palsu.

JPJ dalam kenyataan menegaskan, penggunaan nama dan gambar rasmi jabatan pada iklan itu semata-mata bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

“JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun berkenaan adalah palsu. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian. Orang ramai juga digalakkan merujuk atau menghubungi JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

JPJ memaklumkan sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihaknya menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ iaitu https://jpj.spab.gov.my.

Kempen pengurangan bayaran saman trafik sebanyak 70 peratus yang ditawarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), tidak terpakai bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (NC).

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata selain itu, tawaran pengurangan terbabit adalah tertakluk kepada nilai kompaun semasa, dengan kadar minimum iaitu RM30 sahaja.

“Urusan penyelesaian saman boleh dilaksanakan melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna berdaftar dengan MyDigital ID, serta di semua kaunter trafik daerah dan pejabat pos di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata kempen terbabit akan dilaksanakan bermula 1 Nov ini hingga 30 Dis depan.

Beliau berkata kempen itu selaras dengan keputusan kerajaan menyelaras semula kadar serta kaedah kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2026 berasaskan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay (Lebih Cepat Bayar, Lebih Kurang Saman).”

“Orang ramai boleh menikmati kadar kompaun yang lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal,” katanya.

Mohd Yusri turut menggalakkan orang ramai menyelesaikan saman sebelum 30 Disember ini sebagai sokongan kepada usaha kerajaan membentuk budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube