Bikesrepublic

Diskaun 70 peratus untuk saman trafik bukan untuk kesalahan tidak boleh dikompaun

Kempen pengurangan bayaran saman trafik sebanyak 70 peratus yang ditawarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), tidak terpakai bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (NC).

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata selain itu, tawaran pengurangan terbabit adalah tertakluk kepada nilai kompaun semasa, dengan kadar minimum iaitu RM30 sahaja.

“Urusan penyelesaian saman boleh dilaksanakan melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna berdaftar dengan MyDigital ID, serta di semua kaunter trafik daerah dan pejabat pos di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata kempen terbabit akan dilaksanakan bermula 1 Nov ini hingga 30 Dis depan.

Beliau berkata kempen itu selaras dengan keputusan kerajaan menyelaras semula kadar serta kaedah kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2026 berasaskan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay (Lebih Cepat Bayar, Lebih Kurang Saman).”

“Orang ramai boleh menikmati kadar kompaun yang lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal,” katanya.

Mohd Yusri turut menggalakkan orang ramai menyelesaikan saman sebelum 30 Disember ini sebagai sokongan kepada usaha kerajaan membentuk budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube