Bikesrepublic

Prototaip Honda V3R E-Compressor dengan pengecas udara elektronik dilancarkan di EICMA 2025

Prototaip Honda V3R E-Compressor telah dilancarkan di EICMA 2025, susulan kemunculan konsepnya pada pameran tahun lepas.

Seperti namanya, enjin V3 ini diberi daya oleh pengecas udara (supercharger/pengecas super) kawalan elektronik untuk meningkatkan prestasi enjin. Tidak seperti pengecas pacuan tali atau pacuan ekzos tradisional, E-Compressor ini tidak mengenakan sebarang penalti ke atas prestasi enjin, sambil memberikan ‘boost’ walaupun pada RPM enjin yang rendah. Pengecas udara tradisional mempamerkan ‘kelewatan’ kuasa (lag) yang ketara pada kelajuan enjin rendah, justeru menyebabkan kelajuan bilah pengecas udara juga rendah akibat inersia udara. Apabila ini berlaku, penunggang akan mendapati enjin menjadi lembap pada kelajuan rendah, dan kemudian motosikal tiba-tiba memecut laju apabila tekanan ‘boost’ akhirnya terbina. Menunggang motosikal sebegini memerlukan penunggang untuk sentiasa memastikan enjin berputar pada rpm yang tinggi. Ini tidak berlaku dengan E-Compressor kerana ia mengawal tekanan udara masuk pada semua RPM.

Honda menyatakan bahawa teknologi sebegini membolehkan enjin 900cc ini berprestasi setaraf dengan enjin berkuasa 1200cc.

Daripada Siaran Akhbar Honda

Honda telah mendedahkan Prototaip V3R 900 E-Compressor yang dilengkapi dengan enjin V3 bersama pengecas udara kawalan elektronik, di EICMA 2025 (Pameran Motosikal Milan).

Bagi merealisasikan “keseronokan dan kebebasan mobiliti” untuk memenuhi Wawasan Honda 2030, ahli pasukan pembangunan motosikal Honda terlibat dalam perbincangan berterusan dalam usaha membina produk yang menarik yang melampaui jangkaan pelanggan. Prototaip V3R 900 E-Compressor ini dibangunkan sebagai model motosikal yang menawarkan nilai baharu kepada pelanggan dengan teknologi Honda yang asli dan belum pernah ada sebelumnya.

Di bawah konsep pembangunan “Non-Rail Roller Coaster“, Honda berusaha untuk mencipta sebuah model yang dicirikan oleh dua kualiti yang bertentangan — “kegembiraan terjamin” dan “ketenangan fikiran yang meyakinkan” — dengan menggabungkan teknologi terkini mereka dengan pengetahuan yang dikumpul melalui sejarah pembangunan motosikal mereka yang panjang.

Rekabentuk enjin yang langsing dan padat diusahakan dengan sesaran 900cc berdasarkan susun atur tepat enjin V3 75-darjah yang disejukan oleh cecair, yang didedahkan Honda tahun lepas sebagai model konsep di EICMA 2024. Dilengkapi dengan pengecas udara kawalan elektronik pertama di dunia untuk motosikal, enjin ini memberikan tork yang sangat responsif walaupun dari julat rpm rendah, dengan mengawal mampatan udara masuk tanpa mengira rpm enjin. Memanfaatkan ciri ini, Honda berusaha untuk membangunkan enjin 900cc yang mencapai prestasi mengagumkan setanding dengan enjin 1200cc, sambil turut menyumbang kepada prestasi persekitaran yang cemerlang.

Prototaip V3R 900 E-Compressor ini menampilkan sisi asimetri, serta lencana tangki dengan rekabentuk “Honda Flagship WING” baharu, yang dijadualkan digunapakai oleh model peringkat atasan secara berperingkat mulai tahun depan.

Honda membangunkan Prototaip V3R 900 E-Compressor ini sebagai model yang akan mewakili satu mercu tanda baharu dalam cabaran berterusan yang diambil oleh Honda dan akan membolehkan pelanggan mengalami keseronokan dan keseruan menunggang yang belum pernah ada serta kegembiraan memiliki. Honda akan meneruskan pembangunan untuk pengeluaran besar-besaran.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan