Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengasas Dego Ride, Nabil Feisel Bamadhaj, mengharapkan kerajaan mengutamakan syarikat tempatan selepas memberi lampu hijau untuk memperkenalkan servis e-hailing motosikal di Malaysia.

Nabil menerima baik keputusan kerajaan untuk membenarkan servis sedemikian beroperasi di Malaysia.

“Harapan saya Dego Ride diberikan keutamaan dalam pasaran e-hailing motosikal di Malaysia.

“Persaingan perlu ada tetapi kami berharap mendapat keutamaan dalam pasaran,”katanya kepada Malaysiakini.

“Saya harap lampu hijau ini bukan sahaja untuk Gojek tetapi juga untuk Dego Ride kembali beroperasi,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mendedahkan bahawa cadangan memperkenalkan servis e-hailing motosikal telah mendapat lampu hijau bagi mmberi peluang pekerjaan kepada mat motor di Malaysia.

Kementeria Pengangkutan dan Kementerian Belia Dan Sukan telah pun diarahkan untuk mengkaji prospek perkhidmatan ini.

Terdahulu, pada 2017, kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah pun mengharamkan Dego Ride atas tujuan keselamatan.

Sementara Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan masih belum bersedia untuk menerima servis, Julai lalu.

(SUMBER: Malaysiakini)

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman memaklumkan bahawa cadangan untuk membenarkan servis e-hailing Gojek beroperasi di Malaysia telah mendapat lampu hijau daripada Kabinet.

Menurut laporan The Star, Syed Saddiq menyifatkan langkah ini sebagai langkah membuka peluang perniagaan kepada ‘mat motor’di Malaysia.

“Kami ikhlas dalam memastikan ‘mat motor’ ada peluang pekerjaan.

“Pada masa sama, kami mahu pakcik dan makcik yang berniaga warung mampu menjual produk mereka menerusi servi ini.

“Usahawan muda juga boleh menggunakan servis ini untuk menjual barangan mereka,”katanya.

Menurutnya lagi, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan telah pun diarahkan untuk mengkaji setiap aspek servis ini secara terperinci.

Difahamkan, kerajaan memerlukan satu hingga dua bulan untuk servis e-hailing motosikal mendapat kelulusan.

Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa cadangan ini bukan sahaja terbuka untuk Gojek malah syarikat tempat yang dikenali sebagai Dego Ride.

Berita baik bagi yang sedang sibuk mencari kereta baharu apabila Perodua kini menerima tempahan bagi Perodua Axia 2019!

Perodua menjanjikan model segmen-A hatchback ini tampil lebih nilai, penuh gaya dan memiliki pelbagai ciri keselamatan canggih.

Datang dengan enam varian – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu, STYLE – Perodua menawarkan harga dari RM24,090 hingga RM43,190.

Axia 2019 didatangkan dengan enjin 1.0L 1KR-VE VVT-i dan tramsisi manual – lima kelajuan bagi varian E – serta automatik – empat kelajuan bagi varian lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menyifatkan Axia sebagai intipati Perodua dalam menyampaikan kereta mampu milik.

“Axia adalah intipati kepada matlamat Perodua, iaitu untuk menawarkan mobiliti yang mampu milik dan mudah buat semua. Lebih 380,000 unit telah menemui pemiliknya sejak pelancaran pertamanya pada September 2014, dan sebenarnya ia menjadi model terlaris kami dari 2015 hingga 2017.

“Dengan Perodua Axia 2019, kami ingin mengubah pengalaman mobiliti di Malaysia dengan menambah nilai, keselamatan dan gaya untuk memastikan Axia kekal menjadi pilihan pertama anda,”jelasnya.

Antara ciri keselamatan paling mencuri tumpuan adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat ASA 2.0 yang sebelum ini diperkenalkan pada model SUV, Perodua Aruz.

Antara ciri yang terdapat pada ASA 2.0 adalah:

  • Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j
  • Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j)
  • Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j)
  • Front Departure Alert
  • Pedal Misoperation Control.

Pada masa sama, semua varian bermula daripada GXtra dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Traction Control.

Sementara itu, Dato Zainal berkata varian baharu, STYLE dijangka akan menarik perhatian rakyat Malaysia.

“Perodua mengambil langkah baharu dengan Axia STYLE, ahli keluarga Axia baharu yang akan menampilkan keseronokan dan keaktifan gaya hidup anda – nantikan!

“Kami mengalu-alukan orang ramai untuk mengunjungi mana-mana cawangan jualan kami di seluruh negara. Penasihat jualan sah kami bersedia untuk melayani dan membantu anda serta menjawab segala pertanyaan anda mengenai Perodua Axia 2019 yang akan muncul di ruang pameran tidak lama lagi,” tambahnya.

Ford bakal menampilkan Fordzilla sebagai pasukan pelumbaan e-sports yang akan bertanding di pentas dunia.

E-Sports tidak perlukan penjelasan, kalau ada yang rajin mengkaji tentang flat earth, illuminati dan yang seangkatan dengannya pastinya anda boleh mengakses internet untuk membaca tentang e-sports.

Apa yang pasti, dunia e-sports sedang berkembang dengan pesat dengan syarikat analisis ekonomi, Newzoo mendakwa pasaran e-sports akan bernilai USD1.1bilion tahun ini.

Mereka turut berkata penonton sukan ini akan meningkat kepada 453juta pada tahun sama, melebihi penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Jadi tidak hairanlah Ford mahu menjadi sebahagian daripada dunia e-sports menerusi Fordzilla.

Ford bakal mengadakan sesi uji bakat di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan United Kingdom bakal mencari ‘gamer’ terbaik yang akan membarisi Fordzilla.

Keputusna Ford untuk menyertai arena e-sports dijangka akan membuka pintu kepada pengeluar kereta lain untuk mengambil pendekatan sama dalam masa terdekat.

(SUMBER: esportsinsider)

Minggu lalu, trailer Need For Speed Heat (NFS) berjaya menarik perhatian ‘gamers’ dengan grafik mengagumkan.

Kali ini, pereka, Ghost Games, mendedahkan senarai 120 kenderaan yang boleh didapati dalam permaian tersebut tetapi ada satu kereta yang jelas tiada dalam barisan diumumkan adalah, Toyota Supra.

Saksikan trailer Need For Speed Heat dibawah:

Bukan sahaja Supra, malah semua barisan model Toyota tidak kelihatan dalam senarai terbabit.

Berdasarkan senarai kereta ditawarkan, portfolio NFS Heat tidaklah sehebat Forza Motorsport 7 atau Gran Turismo Sport tetapi NFS Heat menawarkan pengalaman permainan perlumbaan dengan aspek berbeza.

Antara tarikan utama NFS adalah berlumba dengan kereta pilihan di peta ‘Open World’ sambil mengelak daripada ditahan pihak polis.

Bagaimanapun, ketiadaan Supra – antara kereta sport yang menjadi tumpuan ketika ini – sedikit mengecewakan penggemar NFS.

Ini bukan kali pertama Toyota hilang daripada NSF, NFS Payback turut ketiadaan Toyota, Scion dan Ferrari dan hanya menawarkan 81 kereta ketika itu.

Usah risau, NFS Heat menampilkan pelbagai model daripada Porsche, McLaren, Mercedes-AMG, BMW, Nissan dan banyak lagi.

Antara model yang paling menonjol adalah Volvo Polestar 1 termasuk 1967 Mercury Cougar, 2006 Lotus Exige S, 1970 Plymouth Barracuda, 1977 Pontiac Firebird, 1975 Volvo 242DL, 1969 Dodge Charger, 1987 Buick Grand National, Mazda MX-5 Miata 1996 dan 2015.

Jabatan Pengangkutan Jalan Johor mensasarkan kutipan lebih RM1 juta bagi penjualan nombor plat kenderaan ‘JTR’.

Menurut pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman, orang ramai boleh membuat bidaan secara atas talian menerusi JPJ e-bid bermula malam tadi sehingga 25 Ogos.

Ini merupakan julung kalinya, JPJ Johor menggunakan sistem JPJ e-bid tatkala semua bidaan sebelum ini dijalankan secara manual.

Syarikat dan individu yang berminat untuk membuat bidaan perlu mendaftar terlebih dahulu di setiap cawangan JPJ jika tiada rekod dalam sistem mySIKAP.

Bayaran hanya boleh dibuat menerusi kad debit/kredit dan keputusan akan diumumkan sehari selepas tarikh bidaan ditutup.

Untuk maklumat lanjut layari aduan.jpjebidssbh@jpj.gov.my

(SUMBER: NST)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube