Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini BMW difahamkan bakal melancarkan empat model baharu di EICMA dengan salah satu daripadanya dikenal pasti sebagai BMW R18.

Kini, timbul khabar angin baharu bahawa kemungkinan salah satu daripadanya adalah sebuah BMW F 850 R.

Berdasarkan paten yang difailkan di Brazil, memaparkan BMW bakal memperkenalkan jentera ini bagi tahun 2020 dan merupakan motosikal jenis ‘naked’.

Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada model tersebut akan dipasarkan ke pasaran dunia lain.

Menurut paten yang didedahkan, rekaan keseluruhan F 850 R meneruskan kesinambungan daripada R 1250 R namun dengan beberapa perubahan kecil di bahagian lampu depan dan fairing.

Seperti model lain, F 850 R juga dijangka akan dilengkapi paparan skrin TFT dan beberapa sistem bantuan elektronik.

(SUMBER: Ride Apart)

Sumber: Power Drift @ Facebook

Tatkala pengeluar lain sibuk menghasilkan jentera ADV yang lebih besar, KTM memiliki perancangan tersendiri bagi segmen itu bermula tahun depan.

Menurut laporan Autocar India, KTM ketika ini sedang menguji jentera ADV dengan enjin bersesaran 250cc.

Difahamkan, jentera tersebut bukanlah KTM 390 seperti yang didakwa sebelum ini.

Awal tahun ini, KTM telah pun menguji Duke 390 dan RC 390 sekaligus menandakan pengeluar motosikal Austria itu memandang serius segmen motosikal bersaiz kecil.

Autocar India turut mendakwa antara sebab mengapa mereka beranggapan jentera tersebut adalah 250cc berdasarkan beberapa faktor antaranya penggunaan lampu halogen dan bukannya LED.

Model ADV 250cc ini dijangka hanya akan diperkenalkan bagi pasaran 2021.

(SUMBER: AutoCar India)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan melelong lebih 246 kenderaan mewah klon pelbagai model hujung bulan ini.

Lelongan awam tersebut akan berlangsung pada 30 dan 31 Oktober ini di Dewan Teratai Sekyen 19 Shah Alam.

Menurut laporan Harian Metro, harga lelongan ditetapkan dari RM1,300 hingga RM25,000.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid mendedahkan pelbagai jenama kereta mewah klon akan ditawarkan dalam lelongan tersebut.

“Antara model yang dilelong adalah BMW, Mercedes, Mini Cooper, Audi, Jaguar, Volkswagen, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Toyota, Honda dan Suzuki,” jelasnya.

Bidaan yang berjaya mewajibkan pembida untuk membayar 25 peratus daripada jumlah bidaan dan bayaran perlu melalui kiriman wang atau draf bank sahaja dibenarkan.

Difahamkan, rata-rata kereta klon terlibat datang dari negara jiran.

(SUMBER: Harian Metro)

Modenas Powerstore di Kota Damansara sedang mencari mekanik berpengalaman sepenuh masa untuk pusat servis Modenas Plus.

Letih asyik mengerjakan motosikal kapcai dan mencari keterujaan dengan jentera lebih besar, apa kata gunakan skil yang ada dengan mengendalikan motosikal 200cc ke atas.

Ciri-ciri yang diperlukan:

  • Kelulusan: Harvard boleh, ilmu turun-temurun pun boleh asalkan berpengalaman dalam memperbaiki motosikal
  • Tinggi: Asalkan tak lebih pintu masuk
  • Berat: Jangan lebih berat daripada motosikal
  • Kebolehan: Berminat untuk belajar ilmu baharu untuk mengendalikan semua jenis motosikal Modenas/Bajaj antaranya Pulsar NS200 dan RS200 serta Dominar D400.

Usah gusar bagi yang tidak pernah mengendalikan jentera Bajaj kerana latihan juga akan disediakan bagi memastikan calon terpilih memiliki skil terbaik!

Gaji di antara RM1,500 – Rm2,500 ditawarkan bagi calon terpilih!

Kalau dah tak sabar untuk menyertai pasukan baru di Modenas Powerstore Kota Damansara, hubungi 012-800 3470 sekarang!

Ducati memuat naik ‘teaser’ Streetfighter V4 terbaru di laman sosial Facebook dan Twitter mereka.

Video berdurasi hanya 24 saat itu mendedahkan beberapa ciri penting yang terdapat pada jentera tersebut.

Mengguna pakai enjin Desmosedici Stradale – Desmosedici bererti ‘desmodromic V4 sementara Stradale bermaksud ‘road’ – seperti yang terdapat pada Panigale V4.

Saksikan video teaser di bawah:

Dalam video tersebut, Ducati mendakwa jentera liar ini hanya 178 kilogram dan enjin tersebut mampu menjana 208hp!

Ducati Streetfigter V4 mencuri tumpuan sejak beberapa gambar didedahkan beberapa bulan lalu.

Jentera tersebut turut mencetus kontroversi di Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) apabila meragut nyawa pelumba, Carlin Dunne, yang dipertanggungjawabkan untuk menguji jentera tersebut, Julai lalu.

Ducati bakal memperkenalkan Streetfighter V4 dan beberapa jentera lain di Ducati World Premier menerusi strim langsung, 23 Oktober ini.

Shell dan Bonuslink hari ini mengumumkan pemenang hadiah utama pertama yang berjaya memenangi sebuah BMW X3 dalam satu majlis yang berlangsung di Shell TPM Bukit Jalil, hari ini.

Neeraj Kumar dari Pulau Pinang muncul pemenang bertuah diikuti tiga pemenang lain yang membawa pulang baucar Shell bernilai RM300.

Shell dan Bonuslink telah menganjurkan ‘Menangi 3 BMW X3’ sebagai penghargaan kepada pelanggan yang terus menerus menaruh kepercayaan terhadap dua jenama ini.

“Kami berbangga kerana dapat menganjurkan kempen ini bersama Bonuslink sebagai penghargaan kepada pelanggan kami. Di peringkat global, Shell merupakan rakan kongsi BMW Motorsport Premium Technology jadi kami berbesar hati dapat bersama BMW untuk menawarkan tiga unit BMW 3 xDrive30i Luxury sebagai hadiah utama.

“Menerusi kempen ini, kami tekad menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih baik dan selesa dengan BMW X3 ini,” jelas Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube