Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW Motorrad bakal menghangatkan lagi EICMA 2019 apabila bakal memperkenalkan empat model baharu.

Ketika ini masih tiada kepastian model apa yang akan diperkenalkan namun terdapat dakwaan salah satunya mungkin melibatkan BMW R18 yang kini sudah pun dalam proses penghasilan secara besar-besaran.

Menurut Ride Apart, satu lagi model yang ‘mungkin’ ditayangkan adalah BMW F 850 GS atau F 850 RS/XR.

Difahamkan, BMW S 1000XR yang telah dikemas kini dengan teknologi ShiftCam juga mungkin diperkenalkan kepada orang ramai pada 5 November ini.

XR telah pun berada dalam pasaran dari tahun 2015 dan sehingga kini masih tiada model kemas kini dilancarkan.

Sumber: Autocar India

Sebelum ini, BMW Motorrad pernah menayangkan BMW G 310 RR Concept di Jepun dan kemungkinan model itu antara empat jentera yang akan ditayangkan di Milan, bulan depan.

(SUMBER: Ride Apart)

Kumpulan Mpire Auto yang kini berkembang pesat, memilih rangkaian minyak enjin diesel Shell Rimula sebagai minyak enjin rasmi bagi servis kenderaan komersilnya.

Mpire merupakan pengedar bagi Foton View C2 dan CS2 serta trak Foton Daimler yang menggunakan enjin Cummins terkini.

Mpire Auto memilih Shell Rimula susulan teknologi sintetik yang terdapat pada Rimula R5 LE amat sesuai digunakan bagi enjin yang digunakan Foton Daimler sementara minyak enjin Rimula R4 X mampu melindungi enjin trak ringan JAC.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mpire Auto, Lau Yit Mun memberi kepercayaan kepada Shell Rimula susulan memiliki reputasi tinggi dalam bidang pelinciran.

“Pelanggan pada masa kini mahukan minyak enjin yang boleh menjanjikan kebolehpercayaan dan prestasi, dan Shell dapat memenuhi keperluan tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, May Tan, menjelaskan bahawa Shell sentiasa memahami kehendak pelanggan.

“Pelincir Shell Rimula, terutamanya rangkaian premium kami, dihasilkan untuk menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin yang unggul, selang masa penukaran minyak yang lebih panjang dan ekonomi bahan api yang lebih baik, pada masa yang sama dapat bertahan dalam keadaan suhu dan muatan yang melampau dalam sekitaran pengendalian yang sukar,” katanya.

Yamaha bakal menghangatkan lagi Tokyo Motor Show 2019, 23 Oktober ini apabila bakal memperkenalkan dua skuter elektrik.

Selain daripada orang ramai menantikan tayangan sulung Yamaha R1 2020 dan Tenere 200, Yamaha E01 dan E02 Concpet bakal menjadi percubaan sulung Yamaha dalam menceburi dunia motosikal elektrik.

Difahamkan, E01 akan menjana kuasa setanding skuter 125cc dan Yamaha mendakwa reka bentuk jentera itu akan menjadi asas kepada rekaan skuter akan datang.

Sementara itu, E02 dihasilkan untuk penggunaan dalam kawasan bandar dan memiliki kuasa umpama skuter 50cc di samping turut didatangkan dengan chasis ringan serta bateri mudah alih.

Difahamkan, penghasilkan kedua-dua skuter elektrik ini tercetus menerusi kerjasama dengan Gogoro – yang bertanggungjawab menghasilkan stesen pertukaran bateri.

Sumber: FMT

Meskipun ramai yang mengeluh dengan perlaksaan ‘Tiada Tambah Nilai Touch ‘N Go’ di plaza tol PLUS ketika ini namun kaedah tersebut ternyata berhasil apabila kajian mendapati lebih 48 peratus kesesakan berjaya dikurangkan.

Ketika PLUS melaksanakan inisiatif ini dua bulan lalu, terdapat penurunan mendadak terhadap pemandu yang mahu tambah nilai di plaza tol di antara Seremban dan Selatan Ipoh.

Daripada 850,000 kenderaan keluar masuk, 5 peratus daripada kesesakan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak memiliki baki yang mencukupi.

Meskipun angka tersebut kelihatan kecil namun ia melibatkan lebih 42,500 kenderaan yang menyebabkan kesesakan lalu memberi kesan terhadap 95 peratus kenderaan lain.

Menariknya, pada 30 September, PLUS mendapati terdapat penurunan mendadak daripada 42,500 kepada 22,000 kenderaan yang tidak memiliki baki yang mencukupi sekaligus menandakan penurunan sebanyak 48.2 peratus.

PLUS juga bakal melaksanakan ‘Tiada Tambah Nilai Touch ”N Go’di semua lebuhraya di bahagian utara dan selatan dalam masa terdekat.

Sementara itu, PLUS menggesa pengguna jalan raya untuk terus merancang perjalanan lebih awal agar kesesakan di setiap plaza tol dapat dikurangkan dengan lebih lagi.

Pelumba ikon MotoGP, Valentino Rossi mengakui tidak akan terkejut sekiranya Marc Marquez berjaya merekodkan sembilan kejuaraan dunia dalam kariernya.

Marquez mengesahkan kejuaraan MotoGP buat kali keenam di kelas premier selepas muncul juara di GP Thailand, baru-baru ini.

Dia kini memiliki rekod lapan kejuaraan termasuk satu kejuaraan dunia bagi segmen 125cc dan Moto2.

Kejayaan Marquez turut menerima pujian Rossi dan menjangkakan pelumba berusia 26 tahun itu akan memintas statusnya selaku pemegang sembilan kejuaraan dunia.

“Saya jangka Marquez mampu mengatasi rekod saya tetapi pada masa sama saya juga mahu memohon maaf kerana mensia-siakan beberapa peluang untuk muncul juara selepas itu.

“Tetapi Marquez menyebabkan saya hilang satu peluang untuk muncul juara buat kali ke-10,” jelas Rossi merujuk kepada musim 2015 yang berakhir dengan kontroversi.

Dalam perkembangan sama, Marquez enggan menafikan peluang untuk mengejar rekod 15 kejuaraan milik Giacomo Agostini.

15 Tailandia GP 3, 4, 5 y 6 de octubre de 2019, circuito de Chang, Tailandia
Motogp, MGP, Mgp, MotoGP

“Kami amat rapat dan saya pernah mendengar kenyataan ini sebelum ini. Saya enggan mengatakan senario itu 100 peratus mustahil tetapi rekod itu amat sukar untuk dikejar.

“Saya perlu memenangi dua kali ganda daripada kejuaraan yang saya lakar ketika ini. Saya tidak obses untuk mengejar nama sebaliknya keutamaan saya adalah menikmati perlumbaan tersebut,” tambahnya.

Pengguna perkhidmatan e-hailing Grab, dijangka akan berdepan masa menunggu lebih lama susulan peraturan e-hailing dikuatkuasa 12 Oktober.

Menurut maklumat semasa yang dikongsikan Grab ketika ini, daripada 150,000 pemandu disasarkan, hanya 41 peratus yang memiliki lesen PSV.

Sementara itu, lebih 22 peratus telah pun menarik diri ekoran kegagalan untuk mematuhi peraturan baharu terbabit.

Sumber: Grab Malaysia

Ketika ini,  Grab menerima lebih satu juta tempahan perkhidmatan setiap hari dengan pelanggan boleh mendapat pemandu dalam tempoh enam minit.

Bagaimanapun, senario itu bakal berubah hujung minggu ini.

“Dengan jumlah pemandu lebih rendah di atas jalan, pelanggan mungkin berdepan situasi perlu menunggu lebih lama terutamanya ketika waktu puncak dan semasa musim hujan,” Grab menyebut dalam satu kenyataan.

Grab turut memaklumkan setiap pengguna perkhidmatan e-hailing mereka menerusi aplikasi yang digunakan.

Sementara itu, Grab menyambut baik kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bahawa pemandu Grab tidak perlu mencetak permit kenderaan e-hailing untuk ditayangkan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube