Bikesrepublic

Berita Terkini

 

Harga bagi minyak petrol RON 95 akan diapungkan sebaik subsidi minyak bersasaran berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, hanya penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tinggal di Semenanjung Malaysia akan menikmati skim baharu ini.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyifatkan skim ini memenuhi janji kerajaan Pakatan Harapan ketika Pilihanraya Umum ke-14 untuk menawarkan subsidi kepada golongan yang memerlukan.

Menerusi skim ini, pemilik kereta akan menerima sejumlah RM120 setiap empat bulan dan RM48 bagi penunggang motosikal.

Pemilik kenderaan akan menerima bayaran tersebut secara terus ke dalam bank akaun masing-masing dengan bayaran pertama dijadualkan bermula April depan.

Bagaimanapun, subsidi ini hanya akan diberikan kepada penerima BSH yang memiliki kereta dengan enjin bawah 1,600cc atau atas 1,600cc namun telah berusia lebih 10 tahun.

Sementara hanya pemilik motosikal bawah 150cc – atau atas 150cc yang berusia lebih tujuh tahun – akan menikmati skim ini.

Sementara itu, penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan akan terus menerima subsidi dengan harga RON95 kekal pada RM2.08.

(SUMBER: The Star)

Benelli Leoncino 800 yang pada awalnya akan ditayangkan di EICMA 2019 akhirnya didedahkan lebih awal di China.

Model ini pernah ditayangkan kepada orang awam sebagai jentera konsep ketika di EICMA 2018 bagaimanapun terdapat beberapa perubahan kecil dilakukan.

Rekaan keseluruhan tampak sama seperti yang terdapat pada Leoncino 500 namun lampu hadapan lebih bujur di samping turut didatangkan dengan penhadang angin yang kecil.

Seperti Leoncino 500 dan 250, model ini turut dilegkapi logo Lion of Pesaro di bahagian fender depan.

Difahamkan, Leoncino 800 mendapat enjin 754cc yang sama terdapat pada Benelli 752S parallel-twin yang mampu menghasilkan 76.8hp dan 67Nm bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa model ini akan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi tatkala Benelli menamakan jentera ini sebagai 800 dan bukannya 752.

Sementara itu, sistem brek turut dipertingkat dengan penggunaan kaliper radial Brembo empat pot di bahagian depan dan satu pot di bahagian belakang.

ABS turut difahamkan akan didatangkan secara standard.

Benelli Leoncino 800 akan diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019.

(SUMBER: Visor Down)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan bahawa Skim Subsidi Minyak Bersasaran akan berkuatkuasa 1 Januari 2020 depan.

Menerusi skim ini, pihak kerajaan akan menyalurkan wang tunai kepada akaun penerima sekali bagi setiap empat bulan.

Menurutnya, “kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta sementara RM12 sebulan bagi motosikal.”

Kerajaan menjangkakan lebih 2.9 juta rakyat akan menerima manfaat daripa skim baharu ini.

(SUMBER : Bernama)

Honda Malaysia memanggil semula 23,476 unit kenderaan bagi menggantikan beg udara Takata di bahagian depan sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut maklumat yang dikongsikan Honda, kenderaan yang terkesan adalah:

Jadual 1: Model terlibat bagi pertukaran beg udara Takata bahagian pemandu

Jadual 2: Model terlibat bagi pertukaran beg udara Takata bahagian penumpang depan

Pada masa sama, Honda Malaysia turut memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi pemilik kenderaan yang terkesan dengan panggilan semula ini.

Bagaimanapun, sebagai pihak yang mengambil berat terhadap keselamatan pelanggan, Honda menyifatkan langkah ini perlu diambil dan menggesa orang ramai yang terlibat untuk segera menukar beg udara Takata di bahagian depan secepat mungkin.

Ini kerana, beg udara sedia ada adalah tidak selamat dan boleh menyebabkan kecederaan kepada pemandu sekiranya diaktifkan ketika perlanggaran.

Segala kos pertukaran beg udara tersebut akan ditanggung sepenuhnya pihak Honda.

Sumber: Fabio Quartararo @ Twitter

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez menyifatkan gaya tunggangan Fabio Quartararo bersama Petronas Yamaha mengingatkannya kepada Jorge Lorenzo.

Lorenzo menjadi pesaing Marquez ketika menyertai Yamaha pada 2013 dan berjaya meraih tiga kejuaraan dunia di kelas premier termasuk pada 2015 apabila dia berjaya menewaskan wakil Honda itu.

Seperti Lorenzo, Quartararo turut gemar memasuki selekoh dengan kelajuan tinggi.

Marquez meraih kejuaraan dunia buat kali keenam di kelas premier semalam apabila berjaya mengetepikan cabaran Quartararo di selekoh terakhir dalam perlumbaan ke garisan penamat.

Bagaimanapun, Marquez akui kagum dengan persembahan pelumba berusia 20 tahun itu meskipun ini adalah musim pertamanya di kelas premier.

“Fabio menunggang Yamaha dengan cara yang cukup bagus. Dia mengingatkan saya kepada Jorge Lorenzo ketika bersama Yamaha.

“Hari ini (semalam), dia berlumba dengan baik, dia sangat laju di sepanjang perlumbaan tetapi kami memiliki enjin yang lebih laju tetapi di bahagian selekoh, jentera Quartararo mempunyai cengkaman yang lebih baik.

“Saya yakin dia akan menjadi antara pencabar utama kejuaraan musim depan,” katanya.

(SUMBER: Crash.net)

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, mengesahkan kejuaraan dunia kali kelapan – enam di kelas premier – selepas berjaya mengetepikan saingan Fabio Quartararo di GP Thailand, hari ini.

Musim 2019 menampilkan aksi paling mantap oleh Marquez apabila berjaya merekodkan 14 podium dan sembilan kemenangan sekaligus muncul juara meskipun kalendar MotoGP masih berbaki empat perlumbaan – Jepun, Australia, Malaysia dan Valencia.

Pencapaian ini turut menyaksikan Marquez menyamai rekod enam kejuaraan di kelas premier dipegang Mick Doohan dan hanya satu dibelakang Valentino Rossi dan dua di belakang Giacomo Agostini.

Dia turut muncul pelumba keempat selepas  Rossi, Doohan dan Agostini untuk merekodkan empat kejuaraan berturut-turut.

Pelumba Petronas SRT,  Fabio Quartararo, terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua tatkala tidak mampu mengekang asakan Marquez.

Bagaimanapun, pelumba berusia 20 tahun itu perlu berbangga dengan pencapaiannya musim ini apabila hanya dibezakan dua mata daripada Rossi untuk menduduki tempat ketujuh di carta kejuaraan musim ini.

Pengurus Petronas SRT, Dato Razlan Razali,t mengakui pernah dihujani kritikan susulan memilih Quartararo bagaimanapun pencapaian pelumba muda itu ternyata menutup mulut pengkritik.

Sementara itu, tempat ketiga jadi milik Maverick Vinales dari pasukan Yamaha.

 

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube