Akhirnya, ia ada di sini: Honda CB1000 SP 2025. Ia dilancarkan pada Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini.
Juga dikenali sebagai CB1000 Hornet SP, model ini dibezakan daripada CB1000R yang mengambil bentuk Neo Sports Café. Oleh itu, Honda menggelar CB1000 sebagai motosikal dengan bentuk streetfighter.
Highlights
- enjin 1000cc, disejukkan cecair, 16-injap, DOHC, empat silinder sebaris yang hasilkan 155 hp (115.6kW) pada 11,000 rpm dan 107 Nm tork pada 9,000 rpm.
- Peningkatan sebanyak 5.4 hp (4kW) dan 2 Nm dicapai melalui penambahan injap Revolutionary Controlled (RC) dalam peredam ekzos 7.1L, berbanding versi terdahulu.
- Bekalan bahan api diuruskan melalui PGM-FI (Programmed Fuel Injection), disokong oleh tangki bahan api 17L.
- Klac basah bantuan dan slipper, dan transmisi 6 kelajuan.
- Quickshifter boleh laras membolehkan penukaran gear atas/bawah tanpa klac.
- Lampu projektor LED berkembar.
- Rangka keluli spar berkembar baharu.
- Fork Showa SFF-BP 41mm boleh laras sepenuhnya.
- Monoshok belakang Öhlins dengan Pro-Link.
- Kaliper Brembo Stylema dan cakera terapung.
- Paparan TFT 5″ dengan Honda RoadSync menyokong panggilan, muzik, navigasi dan pemberitahuan melalui Bluetooth.
- Sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) memancarkan lampu bahaya semasa brek mengejut untuk keselamatan tambahan.
- Tiga mod tunggangan (Sukan, Standard, Hujan) serta dua mod User yang boleh disesuaikan.
- Tahap Power and Engine Braking yang boleh dilaras bagi menyesuaikan tindak balas pendikit dan nyahpecutan.
- Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Wheelie Control empat peringkat meningkatkan daya tarikan dan kestabilan merentas keadaan.
Honda CB1000 SP (2025) hanya terdapat dalam Matte Ballistic Black Metallic, dengan harga jualan (bukan di atas jalan) RM69,999.00.