Bikesrepublic

Gracshaw Memperkenalkan Helmet Unik Untuk Peminat Komik DC

Gracshaw Helmets, satu jenama tempatan, telah melancarkan koleksi unik untuk peminat komik dan filem DC.

Enam reka bentuk terhad dalam siri Gennex menawarkan rekabentuk watak-watak paling ikonik dalam dunia DC seperti Batman, Superman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash dan The Joker.

Gracshaw mengatakan yang helmet ini bukanlah sekadar aksesori, tetapi merupakan koleksi khas bagi peminat yang dihasilkan dengan teliti menggunakan hak cipta yang di lesen dari DC untuk memastikan keaslian dan originality.

Helmet ini bukan sahaja sebagai tribut tetapi juga koleksi eksklusif untuk peminat dengan hanya 1500 unit untuk reka bentuk Superman, Batman, The Flash, dan The Joker.

Bagi reka bentuk Aquaman dan Wonder Woman, hanya 500 unit akan dihasilkan, memastikan ia sentiasa menjadi barang koleksi yang rare dan bernilai.

Walau bagaimanapun, daya tarikan helmet ini tidak terbatas kepada aspek estetik sahaja. Model Gennex menawarkan kualiti dan perlindungan, dengan penarafan SIRIM untuk penggunaan harian di jalan raya. Helmet ini dilengkapi dengan mekanisme kunci dwi D-ring untuk pemakaian yang selesa, sistem pengudaraan dwi dan lapisan dalaman yang boleh ditanggal untuk membersihkan dengan mudah.

Selain itu, helmet ini mempunyai reka bentuk yang sleek dan aerodinamik yang menonjolkan daya tarikan moden. Visor gelap pula dilengkapi dengan lapan warna dinamik, mengoptimalkan perlihatan dan daya tarikan estetik.

Saiz bagi helmet ini adalah dari M hingga XXL dan setiap satu dijual pada harga RM460. Anda tidak hanya mendapat kotak khas dengan beg bawaan eksklusif, tetapi juga sijil keaslian dan stiker DC yang unik untuk penambahbaikan peribadi.

Semua enam varian helmet DC terhad ini hanya tersedia di 30 penjual terpilih di seluruh Malaysia. Untuk mengetahui di mana anda boleh mendapatkannya, hubungi Gracshaw di +6049163876.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan