Bikesrepublic

Yoshimura SERT Suzuki Juari Le Mans 24 Jam Kali Ke-10

Pasukan Yoshimura SERT Suzuki menjuarai perlumbaan lasak Le Mans 24 Jam untuk kali ke-10 pada hujung minggu.

Pada mulanya, pasukan itu berdepan dengan keadaan cemas apabila salah seorang penunggang mereka, Greg Black, tercampak dan terjatuh ketika keluar daripada selekoh Les Esse Blue. Pasukan itu dapat tahu kemudian bahawa motosikal itu mempunyai masalah kawalan cengkaman. Apapun, Black berjaya membawa motosikal kembali ke pit untuk dibaikki, dan mereka menyertai semula perlumbaan jauh di belakang saingan yang lain.

Kemalangan Black bermakna pasukan perlumbaan YART Yamaha mengambil alih pendahuluan perlumbaan, dan membinanya untuk berada di hadapan dengan beberapa pusingan. Bagaimanapun, Karel Hanika turut terbabas di selekoh yang sama dengan Black pada awal pagi Ahad. Nasib baik, selekoh itu hanya bersebelahan dengan lorong pit, jadi Hanika membawa motosikalnya itu semula ke pit untuk dibaiki. Malangnya, mereka sudah ketinggalan di belakang apabila mereka menyertai semula.

Nasib malang Yamaha memberikan ruang kepada pasukan MRP BMW untuk mendahului perlumbaan, namun mereka mengalami hentian pit yang perlahan.

Pasukan Suzuki mengambil peluang ini untuk kembali mendahului. Penunggang mereka, Black, yang terhempas 20 jam sebelum itu, menebus nasib mereka dengan menunggang secara konsisten pada sesi akhir baginya ke penamat perlumbaan. Ia merupakan kemenangan ke-10 buat Yoshimura SERT Suzuki pada acara itu. Ia juga merupakan kemenangan ketiga pelumba Le Mans 24 Jam.

Pelumba YART Yamaha, Marvin Fritz dan Niccolo Canepa menunggang dengan laju dan akhirnya kembali ke podium di tempat ketiga, di belakang pasukan BMW.

24 Hours of Le Mans (24 Heures Motos) ialah perlumbaan pertama dalam Kejohanan Dunia Endurance FIM 2024. Hanya ada 4 perlumbaan tahun ini, dan malangnya, mereka tidak akan melawat Litar Antarabangsa Sepang.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube