Bikesrepublic

35 Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya pada Hari Raya Pertama

Polis DiRaja Malaysia mengeluarkan statistik Op Selamat hari ketiga semalam, dan angka kematian makin meningkat. Seramai 35 orang maut akibat kemalangan jalan raya pada Hari Raya Pertama (Rabu, 10 April).

Angka tersebut merupakan peningkatan hampir dua kali ganda daripada 18 kes kematian pada malam Hari Raya (Selasa, 9 April). Namun terdapat pengurangan daripada jumlah kemalangan keseluruhannya kepada 1,289 kes berbanding 1,631 kes.

PDRM sekali lagi menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan ditetapkan, selain daripada mematuhi undang-undang jalan raya.

PDRM telah melaksanakan penguatkuasaan Op Selamat ke-22 dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ bermula 8 hingga 13 April di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menggesa pengguna jalan raya memandu dengan sabar, berhemah dan bertanggungjawab sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Beliau turut menasihatkan pengguna yang merancang pulang ke kampung ataupun bercuti supaya menanamkan sifat berkenaan ketika memandu kenderaan demi insan tersayang serta menjamin keselamatan mereka di jalan raya.

Nasihat kami ialah sentiasa berwaspada ketika memandu dan menunggang motosikal, tidak kira ketika apa-apa waktu di atas jalan raya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan