Bikesrepublic

Penarikan Subsidi tidak Membawa Kesan Negatif – Penganalisis

Penganalisis sebuah firma penyelidikan pasaran menjangkakan langkah rasionalisasi (termasuk penarikan) subsisidi bersasar tidak akan membawa kesan negatif yang ketara kepada pengguna dan perniagaan.

TA Securities turut berkata kerajaan harus meneruskan langkah kurangkan subsidi serta meningkatkan pendapatan walaupun terdapat tekanan politik bagi mencapai sasaran defisit (kekurangan) tahunan sebanyak 4.3 peratus bagi 2024 berbanding 5.0 peratus pada 2023. Pengurangan defisit dijangka akan menambahkan keyakinan terhadap keupayaan kerajaan mengurangkan defisit dan hutang.

Mereka bertambah, Akta Tanggungjawab Fiskal menyatakan untuk mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus antara 2026 dan 2028.

TA Securities juga menjangkakan kenaikan harga bahan api di pam akan berlaku secara beransur-ansur.

Peningkatan harga petrol RON 95 sebanyak 40 sen seliter dapat mengurangkan subsidi sebanyak RM10 bilion. Ia berdasarkan petunjuk pengurangan subsidi sebanyak RM11.4 bilion kepada RM52.8 juta dalam Belanjawan 2024.

Apapun, firma itu berkata kumpulan B40 dan M40 pada tahap tertentu  harus menerima bantuan tunai daripada kerajaan untuk mengimbangi kesan negatif kenaikan harga petrol dan barangan lain.

Mereka juga menjelaskan bahawa kumpulan pendapatan tersebut akan menyedari kuasa membeli mereka lebih kecil.

“Contohnya, menterjemahkan kenaikan 40 sen sebagai 20 peratus berdasarkan harga semasa RON95 pada RM2.05 seliter, purata pengguna yang membelanjakan RM300 sebulan untuk petrol akan menyaksikan peningkatan sebanyak RM60 sebulan dalam bil bulanan mereka,” katanya.

TA Securities berkata, berikutan kenaikan harga susulan pelaksanaan subsidi bersasar itu, adalah penting bagi kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pemantauan dan penguatkuasaan peraturan yang berkesan. Langkah itu ialah untuk mencegah perniagaan dan individu yang tidak beretika daripada mengeksploitasi keadaan dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka secara mendadak.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube