Bikesrepublic

Pemandu Rempuh OKU sehingga Melambung Didakwa

Pemandu yang merempuh OKU yang menunggang motosikal hingga melambung sebelum menemui ajal dalam parit dekat Parit Sulong, Februari lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Lim Guan Yan, 24, yang bekerja sebagai pembantu kedai didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta dengan melulu hingga menyebabkan kematian Mohd. Riduan Abdullah, 58, di Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong.

Kejadian itu berlaku pada 7 pagi, 27 Februari lalu dan dirakam menerusi kamera pemuka (dashcam) pengguna jalan raya menyebabkan sebelum tular di media sosial.

Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu tertuduh dari arah Muar menghala ke Parit Sulong cuba memotong kenderaan di hadapannya. Bagaimanapun, kereta itu gagal memotong lalu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa. Mangsa kemudian melambung setinggi kira-kira lima meter sebelum terjatuh dalam parit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan tertuduh melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar setiap bulan sehingga kes selesai.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube