Bikesrepublic

Dalam Negara

Laporan rasmi siastan nahas helikopter TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) telah dikeluarkan hari ini.

Faktor utama yang menyebabkan kemalangan tersebut dikenal pasti akibat salah sebuah pesawat itu tidak berada pada ketinggian dan haluan yang ditetapkan. Pesawat jenis Fennec itu telah memasukki laluan pesawat AW139 yang menyebabkan kedua-duanya berlanggar dan terhempas.

Nahas itu mengorbankan 10 nyawa pada 23 April lalu, di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Kenyataan TLDM turut menyebut satu faktor lain ialah tumpuan terpaku pada penukaran haluan (channelized attention) yang menghadkan reaksi untuk mengelak pelanggaran. (Nota daripada pengarang: Faktor ini turut sering terjadi kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang dipanggil ‘target fixation.’)

“Lembaga Siasatan melaksanakan siasatan bagi mengenal pasti punca atau faktor yang menyumbang kepada insiden terbabit dalam pelbagai aspek.

Siastan tersebut telah mengkaji semua aspek yang berpotensi mengakibatkan kemalangan tersebut.

“Ini termasuk semula profil penerbangan pada hari kejadian dengan mensimulasikan profil itu menggunakan simulator penerbangan dan juga pesawat sebenar.

“Selain itu, bantuan dan pandangan daripada pihak Airbus Helicopter juga diambil kira sekiranya terdapat data-data pada peralatan pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, selepas siasatan dilaksanakan secara komprehensif, Lembaga Siasatan mendapati laporan bedah siasat mengesahkan bahawa tiada isu ‘hypoglycemia‘ (keadaan kekurangan kepekatan glukosa di dalam darah) atau unsur-unsur ‘fatigue‘ (kepenatan) terhadap semua kru udara serta tiada penggunaan bahan terlarang.

“Selain itu, tiada unsur ‘mental illness‘ (penyakit mental) direkodkan atau dikenal pasti dengan kesemua kru udara terbabit disahkan secara perubatan sebagai ‘fit to fly‘ (cergas untuk melakukan penerbangan).

“Kematian kesemua 10 mangsa adalah berpunca daripada ‘multiple injuries due to aviation crash‘ (pelbagai kecederaan disebabkan kemalangan penerbangan).

“Pesawat AW139 disahkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan Laporan Analisis Kotak Hitam. Pesawat Fennec juga tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan analisis visual dan bunyi serta dokumentasi. Kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak pengeluar peralatan tulen (OEM).”

“Sampel minyak, pelincir dan bahan api sudah diperiksa dan disahkan normal oleh pihak Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).”

Malah, keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.

“Laporan Analisis Kotak Hitam pesawat AW139 turut digunakan untuk membantu siasatan. Bagi pesawat Fennec pula, pembuktian profil penerbangan adalah melalui simulasi penerbangan menggunakan pesawat sebenar.”

Kerjasama, kepakaran dan pandangan dari pihak OEM iaitu Leonardo Helicopter dan Airbus Helicopter turut dirujuk bagi membantu siasatan.

“Airbus Helicopter mengesahkan bahawa tiada peralatan yang mempunyai Non-Volatile Memory (NVM) di pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan.” (Nota daripada pengarang: Perakam data atau lebih dikenali sebagai kotak hitam tidak diwajibkan untuk dipasang dalam pesawat helikopter.)

 

Sejumlah 4,169 saman berkaitan gejala rempit dikeluarkan pihak berkuasa di seluruh Pulau Pinang setakat April tahun ini.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, 150 operasi dijalankan sepanjang tempoh itu membabitkan 14 lokasi ‘panas’ yang dikenal pasti.

“Antaranya Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, bulatan Bayan Baru, Jalan Tun Dr Awang, Padang Kota Lama, Lingkaran Luar Butterworth, Lebuh Raya Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Sama Gagah dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

“Lokasi lain Jalan Bukit Gambir, Jalan Mayang Pasir, Jalan Sultan Azlan Shah, Butterworth-Kulim Expressway (BKE) dan Taman Ilmu yang terletak di Seberang Perai Selatan.

“Dalam hal ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan operasi secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Beliau dalam perkembangan sama menegaskan semua pihak memandang serius dan komited berganding bahu dalam usaha mengekang dan membanteras masalah membabitkan mat rempit atau samseng jalanan.

“Ini termasuk pemeriksaan premis kedai yang mengubah suai motosikal dan lain-lain penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang selain mengadakan operasi bersepadu setiap hujung minggu, rondaan trafik serta sekatan jalan raya,” jelasnya.

Terdapat tiga warna baharu untuk Yamaha EGO Avantiz (2024).

Skuter automatik Yamaha EGO Avantiz kekal di dalam banjaran model Hong Leong Yamaha Motor sejak dilancarkan pada tahun 2016. Terdapat beberapa semakan dalam jangka masa itu, tetapi semuanya terhad kepada kemaskini kosmetik.

Enjinnya masih merupakan jenis 125cc, silinder tunggal, dengan penyejukan cecair, SOHC yang menghasilkan 7.0 kW (9.4 hp) pada 8,000 RPM dan 9.6 Nm tork pada 5,500 RPM.

Seperti yang dinyatakan di atas, casis, suspensi, badan, brek kekal tidak disentuh.

Tiga warna baharu itu dipanggil Sky Blue (biru langit), Dark Blue (biru tua), dan Purple (ungu).

Yamaha EGO Avantiz 2024 sudah mula dijual di pengedar sah Yamaha mulai 28 Mei 2024. Harga jualan yang disyorkan adalah daripada RM 5,998, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Galeri foto Yamaha EGO Avantiz (2024)

Royal Enfield Shotgun 650 (2024) telah dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 hari ini.

Walaupun rekabentuk retro-futuristik motosikal ini diilhamkan oleh SG650 Concept, ia masih seumpama kanvas kosong untuk penyesuaian dan pemperibadian di kalangan peminat di seluruh dunia. Malah, Royal Enfield berkata ia sebuah “kanvas untuk pemperibadian, mencerminkan gabungan tenaga kreatif mentah, budaya adat anarki dan DNA Royal Enfield yang ikonik.”

Ciri-ciri utama:
  • Menggunakan platform enjin Royal Enfield 650 yang terbukti.
  • Enjinnya merupakan jenis 648cc berkembar selari dengan penyejukan minyak-udara, dan SOHC.

  • Ia menghasilkan 34.6 kW (46.4 hp) pada 7,250 RPM dan 52.3 Nm pada 5,650 RPM.
  • Tork yang tinggi pada RPM rendah itu bermakna ia ditala untuk pecutan, dan sesuai untuk persekitaran bandar.

  • Suspensi hadapan terdiri daripada fork Showa 43mm jenis terbalik, dengan piston besar, berfungsi berbahagi.
  • Tugas suspensi belakang dikendalikan oleh sepasang penyerap hentakan RSU dengan pelarasan prabeban 5 langkah.

  • Saiz roda depan ialah 18-inci, manakala yang belakang berukuran 17-inci.
  • Sistem brek motosikal ini menggunakan cakera tunggal 320mm di depan, dan cakera 300mm di belakang.

  • Lampunya yang nampak fancy itu menggunakan LED.
  • Meter-meter digital-analog dilengkapi dengan ciri navigasi Tripper.

  • Aplikasi Royal Enfield Wingman yang baharu memaparkan data seperti di mana motosikal berada pada masa nyata, tahap bahanapi dan minyak enjin, kala servis, dan sebagainya.
  • Juga terdapat sebuah port USB untuk mengecas peranti anda.

  • Ergonomik motosikal ini memudahkan penunggang, dengan ketinggian pelana hanya pada 795mm, pemijak kaki di bahagian pertengahan, dan posisi handel yang senang dicapai.
  • Royal Enfield menawarkan 31 Aksesori Motosikal Tulen bagi Shotgun 650 termasuklah cermin pandang belakang yang diletak dihujung handel, pelana solo, rim-rim yang dimesin.

  • Juga terdapat pakaian-pakaian jenama Royal Enfield untuk memenuhi citarasa dan gaya hidup anda.
  • Terdapat empat warna iaitu: Stencil White, Plasma Blue, Green Drill, and Sheet Metal Grey.

  • Harga jualan untuk Royal Enfield Shotgun 650 (2024) bermula dari RM 34,900.

Pra-tempahan dibuka untuk Royal Enfield Himalayan (2024) serba baharu 

Pada masa yang sama,  pratempahan kini dibuka untuk Royal Enfield Himalayan (2024) serba baharu.

Tayangan perdana rasmi motosikal itu akan berlangsung pada 8 Jun 2024, di JioSpace Petaling Jaya.

Skuter Honda ADV350 (2024) yang ditunggu-tunggukan akhirnya telah tiba di Malaysia. Ia dilancarkan di pameran Malaysia Autoshow 2024.

Sebagai banjaran Honda ADV, ia merupakan sebuah skuter adventure yang berkonsepkan “Urban Adventure Scooter” atau Skuter Advenuter Bandaran. Maka ia sesuai bagi tunggangan saban hari di dalam keadaan bandar yang sesak dengan kenderaan.

Namun, sesebuah skuter bersaiz seperti ini turut menjadikannya sebuah skuter untuk mengembara jauh, apatah lagi dengan ciri-ciri yang hampir sama dengan model X-ADV (750) yang lebih besar.

Ciri-ciri utama:
  • Rekabentuk yang mirip dengan abang besarnya Honda X-ADV.
  • Enjin 330cc, silinder tunggal, SOHC, dengan penyejukan cecair yang dilengkapi dengan teknologi suntikan bahanapi PGM-FI serta enhanced Smart Power Plus (eSP+).
  • Enjin ini dapat menghasilkan 21.5 kW (28.8 hp) pada 7,500 RPM dan tork 31.8 Nm 5,250 RPM.

(WARNA INI TIADA DI MALAYSIA)

  • Takungan minyak enjin ialah 1.8 liter.
  • ADV350 menggunakan transmisi CVT dan bukan DCT manual seperti X-ADV.
  • Tayar depan bersaiz 120/70 dengan rim bersaiz 15-inci.
  • Tayar belakang bersaiz 140/70 dengan rim saiz 14-inci.

  • Cakera brek depan bersaiz 256mm, yang belakang sebesar 240mm.
  • Ciri brek anti kunci (ABS) ialah standard dan merupakan sistem dwi-saluran untuk roda depan dan belakang.
  • Yang menariknya ialah ciri Emergency Stop Signal (ESS – Isyarat Berhenti Kecemaasan) yang ada kali pertama pada sebuah skuter. Lampu belakang akan berkelip apabila penunggang membrek mengejut.

  • Tempat menyimpan barang di bawah pelana boleh memuatkan dua buah helmet full-face.
  • Meter digital dengan pautan Bluetooth.
  • Kapasiti tangki minyak 11.7 liter.
  • Keberatan hanya 186 kg.

Terdapat 3 wana iaitu Mat Candy Tulip Red, Pearl Smokey Gray, dan Mat Gun Powder Black Metallic (tiada yang biru). Harga jualan Honda ADV350 (2024) yang disyorkan ialah RM 33,999 tanpa pendaftaran, cukai jalan, dan insurans.

Terdapat dua warna baharu untuk Yamaha XMAX (2024).

Yamaha XMAX (atau juga dipanggil XMAX 250 secara tidak rasmi) kekal popular sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018. Terdapat keraguan tentang jangka hayat model itu pada masa itu kerana harganya, tetapi ia masih berdiri teguh. Malah, rangkaian XMAX yang terdiri daripada varian 125cc, 250cc dan 300cc merupakan skuter terlaris di dunia.

Terdapat beberapa kemas kini sejak itu yang membawa kepada varian terbaharu yang dilancarkan pada 2023. Kemas kini terbaru ini memberikan motosikal itu skrin TFT 4.2 inci yang menampilkan fungsi Yamaha Y-Connect dan ciri navigasi Garmin StreetCross Connectivity, cermin depan boleh laras, DRL baharu (lampu siang hari), dan lampu isyarat depan yang dipasang belakang cermin.

Versi 250cc di dalam pasaran kita menggunakan enjin 249cc, silinder tunggal, penyejukan cecair, SOHC yang menghasilkan 16.6 kW (22.5 hp) pada 7,000 RPM dan 24.3 Nm pada 5,500 RPM.

Pandu uji kami pada motosikal ini mendapati ia pantas dan mempunyai pengendalian yang tangkas  bagi sebuah skuter besar, dan menyebabkan kami sagat topang tengah berkali-kali melalui selekoh.

Dua warna baharu bagi Yamaha XMAX (2024) ialah Icon Black dan Ruby Red.

Hong Leong Yamaha Motor set the 2024 Yamaha XMAX ‘s meletakkan harga jualan pada RM 24,498.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insuran. Ia dilindungi oleh waranti 2 tahun atau 20,000km (yang mana sampai dahulu).

Pembeli akan menerima kunci cakera brek Yamaha yang bernilai RM 100.

Sila layari laman web Hong Leong Yamaha Motor untuk keterangan lanjut.

GALERI FOTO

Suzuki Malaysia telah mempamerkan tiga model menarik semalam, iaitu Suzuki GSX-S1000GX (2024), Suzuki GSX-8R (2024), dan Suzuki V-Strom 800 (2024). Pameran itu sedang berlangsung di Malaysia Autoshow 2024, di MAEPS Serdang.

Suzuki GSX-S1000GX (2024)

Model ini mengetuai barisan Suzuki dan disebut-sebut sebagai “The Supreme Sport Crossover.” Pengilang ini mahu mencipta model yang serba boleh, justeru menggabungkan prestasi motosikal superbike dengan ciri dan keselesaan motosikal pengembaraan. Hasilnya adalah sebuah motosikal sport-touring yang agak canggih.

Ciri-ciri utama:

  • Enjin 999cc, DOHC, empat silinder sebaris, yang menghasilkan 112 kW (152 hp) pada 11,000 RPM dan 106 Nm tork pada 9,250 RPM.
  • GSX-S1000GX ialah motosikal Suzuki pertama yang menggunakan sistem suspensi elektronik Suzuki Advanced Electronic Suspension (SAES).
  • SAES dibina di atas versi suspensi Hitachi Astemo (Showa) EERA, yang menggunakan versi kawalan elektronik bagi fork hadapan teleskopik terbalik SFF-CA dan monoshock Showa BFRC-lite di belakang.

  • Kerangka aluminium dengan struktur berkembar, dan disambungkan dengan lengan ayun yang dibawa terus daripada Suzuki GSX-R1000.
  • Kaliper brek depan jenis Brembo monobloc 4-piston.
  • Pakej bantuan elektronik Suzuki Drive Mode Selector Alpha (SDMS-α) yang diadaptasi daripada Suzuki Hayabusa.

  • Pakej elektronik ini termasuk Mod Kuasa, Kawalan TLR Pintar (Traction, Lift and Roll Torque) dan Kawalan Redam Aktif sebagai standard, teapi penunggang boleh menyesuaikan setiap parameter.
  • Skrin pelbagai fungsi LCD TFT warna penuh 6.5 inci menampilkan permukaan kalis calar, salutan anti-reflektif, dan sokongan untuk memaparkan kandungan aplikasi telefon pintar.
  • Kesambungan telefon pintar bersempena dengan aplikasi SUZUKI mySPIN* percuma menyediakan akses kepada kenalan, peta, muzik, telefon dan fungsi kalendar.
Suzuki GSX-8R (2024)

Suzuki menggelar model ini sebagai “Era Baharu Superbike.” Maksudnya ialah ia merupakan motosikal superbike yang boleh digunakan sebagai tunggangan saban hari dengan output kuasa yang tidak terlalu tinggi dan ergonomik yang selesa.

Ciri-ciri utama:

  • Ia menggunakan enjin 776cc dua silinder selari yang dikongsi dengan GSX-8S dan V-Strom 800, dan menggunakan aci engkol 270-darjah dengan pemasaan nyalaan yang meniru V-Twin 90-darjah. Fikirkan SFV/Gladius 650 yang telah dihentikan.
  • Pakej Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) menyediakan sistem bantuan elektronik termasuk Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Suzuki Traction Control System (STCS), Ride-by-wire Electronic Throttle System, Quick Shift System dua arah, Suzuki Easy Start System, dan Low RPM Assist.

  • Skrin pelbagai fungsi LCD TFT warna 5-inci.
  • Fork hadapan terbalik Hitachi Astemo (Showa) SFF-BP, yang dipasangkan dengan suspensi monoshok jenis pautan Hitachi Astemo (Showa) dengan pelaras prabeban.

Suzuki V-Strom 800 (2024)

Ini ialah motosikal adventure pertengahan yang lebih cenderung kepada jalan berturap, dan praktikal untuk kegunaan harian, perjalanan jarak jauh, serta off-road yang tidak terlalu mencabar.

Ciri-ciri utama:

  • Ia menggunakan enjin 776cc dua silinder selari yang dikongsi dengan GSX-8S dan V-Strom 800, dan menggunakan aci engkol 270-darjah dengan pemasaan nyalaan yang meniru V-Twin 90-darjah. Fikirkan SFV/Gladius 650 yang telah dihentikan.

  • Pakej Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), termasuk Pemilih Mod Pandu Suzuki (SDMS), Sistem Kawalan Traksi Suzuki (STCS), Sistem Pendikit Elektronik, Sistem Quick Shift Assist dwi-arah, Sistem Mula Mudah Suzuki, Bantuan RPM Rendah dan Sistem Brek ABS Dua Mod.

  • Fork depan terbalik Hitachi Astemo (Showa) SFF-BP, dipadankan kepada penyerap hentak belakang bertekanan gas Hitachi Astemo (Showa) dengan tetapan pramuat spring boleh laras tangan.
  • Roda tetuang aluminium 7 jejari, berukuran 19 inci di depan dan 17 inci di belakang.
Penutup

Ketiga-tiga motosikal itu telah didedahkan untuk tatapan umum di pameran itu dari sekarang hingga 26 Mei 2024. Ketiga-tiga model ini akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini, dan harganya akan diketahui kelak.

BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW CE 02 (2024), BMW F 900 GS (2024), BMW R 1300 GS (2024), dan BMW S 1000 XR (2024), hari ini di Malaysia Autoshow 2024.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Kami berasa teruja untuk melancarkan barisan motosikal kami yang terbaharu di Pameran Auto Malaysia 2024, yang menampilkan jentera BMW CE 02 yang telah dinanti-nantikan ramai, di samping jentera-jentera baharu yang lain dalam segmen Kembara. Pameran ini mencerminkan azam kami untuk menyuntik nafas baharu kepada pengalaman menunggang di negara ini. Setiap motosikal melambangkan inovasi, yangm mengintegrasikan aspek elektrifikasi, prestasi premium, serta reka bentuk yang canggih dengan begitu sempurna. Sedang kita mendukung alaf mobiliti yang baharu dan terus menjulang cogan ‘Make Life A Ride’ di Malaysia, kami ingin mempelawa para peminat motosikal untuk menyertai kami dalam perjalanan yang mengujakan ini bersama BMW Group Malaysia.”

Kami telah menyimpan yang terbaik untuk yang terakhir dan ia adalah BMW R 1300 GS 2024 yang dinanti-nantikan.

BMW R 1300 GS (2024)

Model GS yang baharu ialah motosikal baharu sepenuhnya, termasuklah enjin yang baharu. Namun, BMW tidak berhenti di situ sahaja.

Ciri-ciri utama:

  • Enjin Boxer (mendatar) dua silinder 1300cc baharu yang menampilkan penggerak injap boleh ubah BMW Shift Cam.
  • Ia merupakan enjin boxer BMW ini yang paling berkuasa dengan 107 kW (145 hp) pada 7,750 RPM dan 149 Nm pada 6,500 RPM.

  • Kotak gearnya kini dipasang di bawah enjin bersama-sama dengan pemacu aci sesondol yang baharu.
  • GS baharu ini direka bentuk untuk menjadi lebih padat dan lebih ringan, justeru penggayaannya yang diolah semula, dan tidak lagi menggunakan lampu depan yang tidak sama saiz dan bentuk.

  • Beberapa langkah pengurangan berat dapat mengurangkan sebanyak 12 kg, dengan jumlah berat kini hanya 237 kg.
  • Bentuk tangki, tempat duduk, kerangka semuanya baru.

  • Ia menggunakan teknologi lampu terkini, termasuk lampu nyalaan siang hari dan lampu hadapan LED Matrix, yang memastikan cahaya yang optimum dalam semua keadaan.
  • Lampu LED tambahan meningkatkan tunggangan off-road, manakala Headlight Pro melaraskan lampu dan menerangi laluan penunggang semasa dia menunggang melalui selekoh.

  • Dynamic Suspension Adjustment (DSA) mengendalikan tugas penggantungan dengan melaraskan kedua-dua redaman hadapan dan belakang, bersama-sama dengan pramuat, berdasarkan mod tunggangan, keadaan jalan dan gerakan yang dipilih.
  • Terdapat empat mod tunggangan sekarang, iaitu, Rain, Road, Eco, dan Enduro.

  • Seperti namanya, mod Eco memaksimumkan kecekapan bahan api, manakala mod Enduro ialah untuk tunggangan off-road.
  • Terdapat skrin TFT warna penuh 6.5 inci, yang ciri-cirinya boleh dikendalikan melalui pengawal di handel.

  • Ciri standard lain ialah Fully Integral ABS Pro dan Dynamic Traction Control (DTC), KeylessRide, handel dipanaskan, dan petak pengecasan telefon pintar dengan soket pengecasan USB.
  • Ciri tambahan termasuk DCC untuk kawalan kelajuan dengan fungsi brek, dan perlindungan tangan dengan penunjuk pusingan bersepadu.
  • Ciri tambahan Riding Assistant mempertingkatkan lagi keselamatan dengan komponen seperti Active Cruise Control (ACC), Front Collision Warning (FCW), dan Lane Change Warning (LCW), memberikan penunggang ketenangan fikiran semasa pengembaraan mereka.

  • BMW R 1300 GS baharu tiba dalam warna Triple Black, Racing Blue Metallic dan Option 719 Tramuntana.
Financial Services
Kemudahan Kewangan

Pemilikan BMW R 1300 GS (2024) serba baharu bermula dari RM 2,068.00 and RM 2,228.00

setiap bulan dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Anggaran ini adalah berdasarkan Pembiayaan Belon dengan pinjaman 90% dalam tempoh 4 tahun.

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan dengan Program Inklusif Minyak Enjin Premium Malaysia Terunggul, Servis Inklusif dan Pelanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.

Harga runcit (di atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun Terbaharu BMW Motorrad Malaysia dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun, tanpa insurans) untuk BMW R 1300 GS (2024) ialah RM 138,500.00, dan versi BMW R 1300 GS (2024) dengan Option 719 Tramuntana ialah RM 149,500.00.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW R 1300 GS (2024), lawati http://www.bmw-motorrad.com.my/ atau hubungi pengedar BMW sah pilihan anda.

Galeri Foto BMW R 1300 GS (2024)

BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW CE 02 (2024), BMW F 900 GS (2024), BMW R 1300 GS (2024), dan BMW S 1000 XR (2024), hari ini di Malaysia Autoshow 2024.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Kami berasa teruja untuk melancarkan barisan motosikal kami yang terbaharu di Pameran Auto Malaysia 2024, yang menampilkan jentera BMW CE 02 yang telah dinanti-nantikan ramai, di samping jentera-jentera baharu yang lain dalam segmen Kembara. Pameran ini mencerminkan azam kami untuk menyuntik nafas baharu kepada pengalaman menunggang di negara ini. Setiap motosikal melambangkan inovasi, yangm mengintegrasikan aspek elektrifikasi, prestasi premium, serta reka bentuk yang canggih dengan begitu sempurna. Sedang kita mendukung alaf mobiliti yang baharu dan terus menjulang cogan ‘Make Life A Ride’ di Malaysia, kami ingin mempelawa para peminat motosikal untuk menyertai kami dalam perjalanan yang mengujakan ini bersama BMW Group Malaysia.”

BMW S 1000 XR (2024)

BMW S 1000 XR 2024 hadir dengan kemas kini pertengahan umur, tetapi keupayaan tunggangan jarak jauh dan prestasinya kekal mantap.

Ciri-ciri utama:

  • Walaupun sudah dirombak, bahagian hadapannya mengekalkan bentuknya, dan dilengkapi denganpelana  melengkung untuk sokongan optimum.
  • Ia menggunakan enjin empat silinder sebaris 999cc yang dikongsi dengan model superbike BMW S 1000 RR.

  • Ia bagaimanapun ditala untuk tunggangan jarak jauh yang lebih santai, selain membawa barang dan penumpang, justeru ia menghasilkan 125 kW (170 hp) pada 11,000 rpm, dan tork 114 Nm pada 9,250 RPM dan bukannya 205 hp pada 13,750 RPM dan 112 Nm pada 11,000 RPM.
  • Ciri standard termasuk pemegang kotak simpanan sisi, kotak simpanan kad tol, dan ruang penyimpanan di bawah tempat duduk.

  • Kesemua lampunya menggunakan LED, dengan LED Auxiliary Light, and Headlight Pro DRL.
  • Terdapat empat mod tunggangan: Rain, Road, Dynamic, dan Dynamic Pro.

  • Ciri bantuan kepada penunggang termasuk Dynamic Traction Control (DTC) dan fungsi Wheelie DTC.
  • Hill Start Control Pro adalah standard dan ia merupakan ciri yang berguna apabila anda berhenti di lereng yang curam.

  • BMW S 1000 XR 2024 juga mempunyai suspensi Dynamic ESA Pro yang menjaga pramuat dan redaman, dan boleh dipilih modnya oleh penunggang.
  • Terdapat juga Shift Assist Pro (quickshifter) untuk penukaran gear yang lancar dan agresif.

  • Dan tidak lupa juga ciri-ciri Keyless Ride serta port pengecasan USB.
  • Warna standard termasuk Gravity Blue Metallic, dan Blackstorm Metallic.

Kemudahan Kewangan

Pemilikan BMW S 1000 XR (2024) baharu bermula dari RM 1,928 setiap bulan dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Anggaran ini adalah berdasarkan Pembiayaan Belon dengan pinjaman 90% dalam tempoh 4 tahun.

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan dengan Program Inklusif Minyak Enjin Premium Malaysia Terunggul, Servis Inklusif dan Pelanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.

Harga runcit (di atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun Terbaharu BMW Motorrad Malaysia dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun, tanpa insurans) untuk BMW S 1000 XR (2024) ialah RM 129,500.00.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW S 1000 XR (2024), lawati http://www.bmw-motorrad.com.my/ atau hubungi pengedar BMW sah pilihan anda.

 

Galeri Foto BMW S 1000 XR (2024)

BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW CE 02 (2024), BMW F 900 GS (2024), BMW R 1300 GS (2024), dan BMW S 1000 XR (2024), hari ini di Malaysia Autoshow 2024.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Kami berasa teruja untuk melancarkan barisan motosikal kami yang terbaharu di Pameran Auto Malaysia 2024, yang menampilkan jentera BMW CE 02 yang telah dinanti-nantikan ramai, di samping jentera-jentera baharu yang lain dalam segmen Kembara. Pameran ini mencerminkan azam kami untuk menyuntik nafas baharu kepada pengalaman menunggang di negara ini. Setiap motosikal melambangkan inovasi, yangm mengintegrasikan aspek elektrifikasi, prestasi premium, serta reka bentuk yang canggih dengan begitu sempurna. Sedang kita mendukung alaf mobiliti yang baharu dan terus menjulang cogan ‘Make Life A Ride’ di Malaysia, kami ingin mempelawa para peminat motosikal untuk menyertai kami dalam perjalanan yang mengujakan ini bersama BMW Group Malaysia.”

BMW F 900 GS (2024)

Sekarang mari paparkan pula motosikal kedua yang dilancarkan hari ini.

BMW mengatakan bahawa BMW F 900 GS (2024) menawarkan kecanggihan yang lebih tinggi untuk keupayaan luar jalan, pengembaraan dan pengembaraan.

Ciri-ciri utama:

  • Keupayaan off-road yang dipertingkatkan bersama dengan pengurangan berat 14 kg. Keberatan kini ialah 219 kg.
  • Teknologi pencahayaan yang dipertingkatkan, menggunakan LED dengan lampu nyalaan siang hari dan lampu isyarat LED.

  • Reka bentuk yang dirombak semula sepenuhnya dan tangki bahan api direka bentuk semula, yang lebih ramping dengan kapasiti 14.5 liter.
  • Enjin BMW F 900 GS (2024) jenis kembar selari 895cc yang kini menghasilkan 77 kW (105 hp) pada 8.500 rpm, dan tork 93 Nm pada 6,750 rpm.

  • Ia mempunyai selang penyalaan 270/450 darjah, yang meniru 90 darjah V-kembar, dan menghasilkan nota ekzos yang berderum melalui penyenyap ekzos Akrapovič.
  • Ia memberikan kelajuan maksimum “lebih 200 km/j,” menurut pengeluar.

  • Package Enduro Pro termasuk fork jenis terbalik bersalut titanium nitrida boleh laras sepenuhnya, monoshok belakang boleh laras sepenuhnya, kerangka sport, hendal hitam, peninggi bar hendal, serta rantai M-Endurance.
  • BMW F 900 GS (2024) dilengkapi dengan beberapa kemudahan mesra penunggang termasuk pelindung enjin untuk keselamatan apabila menunggang di off-road, pemanas hendal juga standard.

  • Pelindung tangan melindungi jari-jari dan tangan-tangan penunggang daripada serpihan dan angin.
  • Motosikal baharu ini turut menampilkan tuil brek kaki dan tuil gear boleh laras.

  • Skrin TFT 6.5-inci sebagai standard dengan fungsi ketersambungan, membolehkan penunggang membuat panggilan telefon, menikmati muzik, dan navigai semasa bergerak.
  • Terdapat dua mod tunggangan: “Jalan” dan “Hujan,” sebagai tambahan kepada Dynamic Traction Control (DTC), BMW Motorrad ABS Pro yang dioptimumkan untuk selekoh, dan lampu brek dinamik (ia berkelip apabila penunggang membrek dengan mengejut) untuk keselamatan yang dipertingkatkan.

  • Ciri kemudahan penunggang lain ialah Gear Shift Assistant Pro, Keyless Ride, RDC (kawalan tekanan tayar), 12-volt dan soket kuasa USB.
  • Terdapat dalam dua warna menarik iaitu, Sao Paulo Yellow dan Racing Blue Metallic.

Kemudahan Kewangan

Pemilikan BMW CE 02 (2024) serba baharu bermula dari RM 1,318.00 setiap bulan dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Anggaran ini adalah berdasarkan Pembiayaan Belon dengan pinjaman 90% dalam tempoh 4 tahun.

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan dengan Program Inklusif Minyak Enjin Premium Malaysia Terunggul, Servis Inklusif dan Pelanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.

Harga runcit (di atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun Terbaharu BMW Motorrad Malaysia dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun, tanpa insurans) untuk BMW F 900 GS (2024) ialah RM 88,500.00.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW F 900 GS 2024, lawati http://www.bmw-motorrad.com.my/ atau hubungi pengedar BMW sah pilihan anda.

Galeri foto BMW F 900 GS (2024)

BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW CE 02 (2024), BMW F 900 GS (2024), BMW R 1300 GS (2024), dan BMW S 1000 XR (2024), hari ini di Malaysia Autoshow 2024.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Kami berasa teruja untuk melancarkan barisan motosikal kami yang terbaharu di Pameran Auto Malaysia 2024, yang menampilkan jentera BMW CE 02 yang telah dinanti-nantikan ramai, di samping jentera-jentera baharu yang lain dalam segmen Kembara. Pameran ini mencerminkan azam kami untuk menyuntik nafas baharu kepada pengalaman menunggang di negara ini. Setiap motosikal melambangkan inovasi, yangm mengintegrasikan aspek elektrifikasi, prestasi premium, serta reka bentuk yang canggih dengan begitu sempurna. Sedang kita mendukung alaf mobiliti yang baharu dan terus menjulang cogan ‘Make Life A Ride’ di Malaysia, kami ingin mempelawa para peminat motosikal untuk menyertai kami dalam perjalanan yang mengujakan ini bersama BMW Group Malaysia.”

BMW CE 02 (2024) Serba Baharu

Kita mulakan dengan yang ini.

BMW Group Malaysia mengesahkan komitmennya terhadap kenderaan elektrik dalam segmen Mobiliti Bandar dengan pelancaran BMW CE 02 2024 serba baharu. eParkourer ini menawarkan pemacu elektrik yang luar biasa sambil menjelmakan teknologi dan gaya yang luar biasa, dirangkumkan dalam reka bentuk futuristik yang bakal memikat belia Malaysia.

Disesuaikan untuk persekitaran bandar, motosikal elektrik premium ini mempunyai roda besar yang direka untuk ketahanan dan menjanjikan tunggangan yang menggembirakan merentasi pelbagai rupa bumi. Bercirikan estetik yang anggun, kenderaan itu mempamerkan bingkai hitam, roda, madgad depan dan fairing yang dipasang pada pemegang fork di bahagian atas, dilengkapi dengan penutup enjin berwarna metalik kelabu granit matt. Ia ditawarkan di dalam Style HIGHLINE Cosmic Black, justeru BMW CE 02 ini mempunyai kontras dinamik antara warna matt dan berkilat tinggi yang menambahkan dimensi visual yang memikat pada bahagian luar kenderaan premium.

Ciri-ciri utama:

  • Fork teleskopik yang redaman hidraulik di hadapan.
  • Lengan ayun satu sisi dan penyerap hentak yang dipasang terus.

  • Tayar lebar kenderaan itu dipasang pada roda aloi ringan tuang dalam reka bentuk roda cakera yang menarik.
  • Brek cakera depan dan belakang memastikan tunggangan yang selamat.

  • Motosikal elektrik premium ini mempunyai berat hanya 132 kg untuk tunggangan dinamik yang hebat dan pengendalian tangkas.
  • Ia berukuran 1970mm panjang, berdiri 1140mm tinggi untuk cermin depan, menjadikannya sempurna untuk tunggangan di dalam bandar.

  • Motornya mempunyai output 11 kW (15 hp) dan 55 Nm (!) tork.
  • Perhatikan bahawa tork jauh lebih tinggi daripada kuasa maksimum, yang merupakan ciri utama motor elektrik. Ia memastikan pecutan serta-merta apabila anda perlu memotong kenderaan lain.

  • BMW CE 02 (2024) berupaya memecut dari 0 hingga 50 km/j dalam kira-kira 3 saat, dan mencapai kelajuan maksimum 95 km/j (ia adalah motosikal bandar!).
  • Ia dilengkapi dengan bateri litium-ion 6 kWh, memberikan motosikal ini jarak sehingga 100km.

  • Pengecas luaran 900W disertakan, dan ia membolehkan pengecasan daripada soket elektrik isi rumah yang standard.
  • Motosikal ini mempunyai keupayaan pengecasan pantas sehingga 1500W, yang mengecas pantas daripada 20% hingga 80% dalam 1 jam:40 minit, dan pengecasan dari 0% hingga 100% mengambil masa 3 jam:30 minit.

  • BMW CE 02 2024 menampilkan skrin berwarna TFT 3.5-inci dengan sambungan yang meluas melalui aplikasi BMW Motorrad Connect.
  • Aplikasi ini menyediakan penunggang dengan navigasi anak panah, status kenderaan masa nyata dan statistik berwawasan.

  • Terdapat juga tiga mod pemanduan iaitu ‘Flow’, ‘Surf’ dan ‘Flash’.
  • Mod ‘Flow’ mengoptimumkan tetapan untuk tunggangan santai dalam persekitaran bandar, mod ‘Surf’ memberikan pengalaman tunggangan yang dinamik, dan mod ‘Flash’ memberikan pengalaman tunggangan yang lebih sporty.

  • Ciri kemudahan lain termasuk soket USB, penyalaan tanpa kunci, bantuan undur, dan mod cradle dalam Aplikasi BMW Motorrad Connect.
  • Mod cradle membolehkan penunggang mengakses pilihan paparan tambahan melalui papan kekunci di hendal dan tapak pemegang telefon pintar adalah ciri standard.

Kemudahan Kewangan

Pemilikan BMW CE 02 (2024) serba baharu bermula dari RM 578.00 setiap bulan dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Anggaran ini adalah berdasarkan Pembiayaan Belon dengan pinjaman 90% dalam tempoh 4 tahun.

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan dengan Program Inklusif Minyak Enjin Premium Malaysia Terunggul, Servis Inklusif dan Pelanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.

Harga runcit (di atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun Terbaharu BMW Motorrad Malaysia dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun, tanpa insurans) untuk BMW CE 02 (2024) ialah RM 38,500.00.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW CE 02 2024, lawati http://www.bmw-motorrad.com.my/ atau hubungi pengedar BMW sah pilihan anda.

Galeri foto BMW CE 02 (2024) Serba Baharu

Vespa Sprint (2024) dan Vespa Primavera (2024) telah dipamerkan pada pesta Grazia Malaysia 1st Anniversary.

Kedua-dua model ini digelar sebagai Vespa “badan kecil” dan mewakili semangat termuda dan bandaran bagi jenama itu. Model 2024 dirombak sepenuhnya dari segi gaya dan ciri teknikal, sambil mengekalkan enjin, dimensi dan konsep yang sama.

Didi Group, sebagai pengedar Vespa rasmi di Malaysia telah bekerjasama dengan acara Grazia Malaysia 1st Anniversary untuk mempamerkan Vespas. Oleh itu, kerjasama itu menggabungkan fesyen dan mobiliti, serta memanfaatkan pengaruh Grazia dalam industri fesyen. Ia juga meletakkan Vespa sebagai ikon fesyen.

Bagaimanapun, sebuah motosikal masih merupakan sebuah motosikal dan oleh itu Vespa Sprint 2024 dan Vespa Primavera 2024 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia Autoshow, yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang dari 22 hingga 26 Mei 2024. Astaka Vespa akan berada di Dewan B.

GALERI FOTO

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube