Bikesrepublic

BMW R 1300 GS (2024) Dilancarkan di Malaysia

BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW CE 02 (2024), BMW F 900 GS (2024), BMW R 1300 GS (2024), dan BMW S 1000 XR (2024), hari ini di Malaysia Autoshow 2024.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Kami berasa teruja untuk melancarkan barisan motosikal kami yang terbaharu di Pameran Auto Malaysia 2024, yang menampilkan jentera BMW CE 02 yang telah dinanti-nantikan ramai, di samping jentera-jentera baharu yang lain dalam segmen Kembara. Pameran ini mencerminkan azam kami untuk menyuntik nafas baharu kepada pengalaman menunggang di negara ini. Setiap motosikal melambangkan inovasi, yangm mengintegrasikan aspek elektrifikasi, prestasi premium, serta reka bentuk yang canggih dengan begitu sempurna. Sedang kita mendukung alaf mobiliti yang baharu dan terus menjulang cogan ‘Make Life A Ride’ di Malaysia, kami ingin mempelawa para peminat motosikal untuk menyertai kami dalam perjalanan yang mengujakan ini bersama BMW Group Malaysia.”

Kami telah menyimpan yang terbaik untuk yang terakhir dan ia adalah BMW R 1300 GS 2024 yang dinanti-nantikan.

BMW R 1300 GS (2024)

Model GS yang baharu ialah motosikal baharu sepenuhnya, termasuklah enjin yang baharu. Namun, BMW tidak berhenti di situ sahaja.

Ciri-ciri utama:

  • Enjin Boxer (mendatar) dua silinder 1300cc baharu yang menampilkan penggerak injap boleh ubah BMW Shift Cam.
  • Ia merupakan enjin boxer BMW ini yang paling berkuasa dengan 107 kW (145 hp) pada 7,750 RPM dan 149 Nm pada 6,500 RPM.

  • Kotak gearnya kini dipasang di bawah enjin bersama-sama dengan pemacu aci sesondol yang baharu.
  • GS baharu ini direka bentuk untuk menjadi lebih padat dan lebih ringan, justeru penggayaannya yang diolah semula, dan tidak lagi menggunakan lampu depan yang tidak sama saiz dan bentuk.

  • Beberapa langkah pengurangan berat dapat mengurangkan sebanyak 12 kg, dengan jumlah berat kini hanya 237 kg.
  • Bentuk tangki, tempat duduk, kerangka semuanya baru.

  • Ia menggunakan teknologi lampu terkini, termasuk lampu nyalaan siang hari dan lampu hadapan LED Matrix, yang memastikan cahaya yang optimum dalam semua keadaan.
  • Lampu LED tambahan meningkatkan tunggangan off-road, manakala Headlight Pro melaraskan lampu dan menerangi laluan penunggang semasa dia menunggang melalui selekoh.

  • Dynamic Suspension Adjustment (DSA) mengendalikan tugas penggantungan dengan melaraskan kedua-dua redaman hadapan dan belakang, bersama-sama dengan pramuat, berdasarkan mod tunggangan, keadaan jalan dan gerakan yang dipilih.
  • Terdapat empat mod tunggangan sekarang, iaitu, Rain, Road, Eco, dan Enduro.

  • Seperti namanya, mod Eco memaksimumkan kecekapan bahan api, manakala mod Enduro ialah untuk tunggangan off-road.
  • Terdapat skrin TFT warna penuh 6.5 inci, yang ciri-cirinya boleh dikendalikan melalui pengawal di handel.

  • Ciri standard lain ialah Fully Integral ABS Pro dan Dynamic Traction Control (DTC), KeylessRide, handel dipanaskan, dan petak pengecasan telefon pintar dengan soket pengecasan USB.
  • Ciri tambahan termasuk DCC untuk kawalan kelajuan dengan fungsi brek, dan perlindungan tangan dengan penunjuk pusingan bersepadu.
  • Ciri tambahan Riding Assistant mempertingkatkan lagi keselamatan dengan komponen seperti Active Cruise Control (ACC), Front Collision Warning (FCW), dan Lane Change Warning (LCW), memberikan penunggang ketenangan fikiran semasa pengembaraan mereka.

  • BMW R 1300 GS baharu tiba dalam warna Triple Black, Racing Blue Metallic dan Option 719 Tramuntana.
Financial Services
Kemudahan Kewangan

Pemilikan BMW R 1300 GS (2024) serba baharu bermula dari RM 2,068.00 and RM 2,228.00

setiap bulan dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Anggaran ini adalah berdasarkan Pembiayaan Belon dengan pinjaman 90% dalam tempoh 4 tahun.

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan dengan Program Inklusif Minyak Enjin Premium Malaysia Terunggul, Servis Inklusif dan Pelanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.

Harga runcit (di atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun Terbaharu BMW Motorrad Malaysia dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun, tanpa insurans) untuk BMW R 1300 GS (2024) ialah RM 138,500.00, dan versi BMW R 1300 GS (2024) dengan Option 719 Tramuntana ialah RM 149,500.00.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW R 1300 GS (2024), lawati http://www.bmw-motorrad.com.my/ atau hubungi pengedar BMW sah pilihan anda.

Galeri Foto BMW R 1300 GS (2024)

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube