Bikesrepublic

Suzuki GSX-S1000GX (2024), Suzuki GSX-8R (2024), Suzuki V-Strom 800 (2024) Dipamerkan

Suzuki Malaysia telah mempamerkan tiga model menarik semalam, iaitu Suzuki GSX-S1000GX (2024), Suzuki GSX-8R (2024), dan Suzuki V-Strom 800 (2024). Pameran itu sedang berlangsung di Malaysia Autoshow 2024, di MAEPS Serdang.

Suzuki GSX-S1000GX (2024)

Model ini mengetuai barisan Suzuki dan disebut-sebut sebagai “The Supreme Sport Crossover.” Pengilang ini mahu mencipta model yang serba boleh, justeru menggabungkan prestasi motosikal superbike dengan ciri dan keselesaan motosikal pengembaraan. Hasilnya adalah sebuah motosikal sport-touring yang agak canggih.

Ciri-ciri utama:

  • Enjin 999cc, DOHC, empat silinder sebaris, yang menghasilkan 112 kW (152 hp) pada 11,000 RPM dan 106 Nm tork pada 9,250 RPM.
  • GSX-S1000GX ialah motosikal Suzuki pertama yang menggunakan sistem suspensi elektronik Suzuki Advanced Electronic Suspension (SAES).
  • SAES dibina di atas versi suspensi Hitachi Astemo (Showa) EERA, yang menggunakan versi kawalan elektronik bagi fork hadapan teleskopik terbalik SFF-CA dan monoshock Showa BFRC-lite di belakang.

  • Kerangka aluminium dengan struktur berkembar, dan disambungkan dengan lengan ayun yang dibawa terus daripada Suzuki GSX-R1000.
  • Kaliper brek depan jenis Brembo monobloc 4-piston.
  • Pakej bantuan elektronik Suzuki Drive Mode Selector Alpha (SDMS-α) yang diadaptasi daripada Suzuki Hayabusa.

  • Pakej elektronik ini termasuk Mod Kuasa, Kawalan TLR Pintar (Traction, Lift and Roll Torque) dan Kawalan Redam Aktif sebagai standard, teapi penunggang boleh menyesuaikan setiap parameter.
  • Skrin pelbagai fungsi LCD TFT warna penuh 6.5 inci menampilkan permukaan kalis calar, salutan anti-reflektif, dan sokongan untuk memaparkan kandungan aplikasi telefon pintar.
  • Kesambungan telefon pintar bersempena dengan aplikasi SUZUKI mySPIN* percuma menyediakan akses kepada kenalan, peta, muzik, telefon dan fungsi kalendar.
Suzuki GSX-8R (2024)

Suzuki menggelar model ini sebagai “Era Baharu Superbike.” Maksudnya ialah ia merupakan motosikal superbike yang boleh digunakan sebagai tunggangan saban hari dengan output kuasa yang tidak terlalu tinggi dan ergonomik yang selesa.

Ciri-ciri utama:

  • Ia menggunakan enjin 776cc dua silinder selari yang dikongsi dengan GSX-8S dan V-Strom 800, dan menggunakan aci engkol 270-darjah dengan pemasaan nyalaan yang meniru V-Twin 90-darjah. Fikirkan SFV/Gladius 650 yang telah dihentikan.
  • Pakej Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) menyediakan sistem bantuan elektronik termasuk Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Suzuki Traction Control System (STCS), Ride-by-wire Electronic Throttle System, Quick Shift System dua arah, Suzuki Easy Start System, dan Low RPM Assist.

  • Skrin pelbagai fungsi LCD TFT warna 5-inci.
  • Fork hadapan terbalik Hitachi Astemo (Showa) SFF-BP, yang dipasangkan dengan suspensi monoshok jenis pautan Hitachi Astemo (Showa) dengan pelaras prabeban.

Suzuki V-Strom 800 (2024)

Ini ialah motosikal adventure pertengahan yang lebih cenderung kepada jalan berturap, dan praktikal untuk kegunaan harian, perjalanan jarak jauh, serta off-road yang tidak terlalu mencabar.

Ciri-ciri utama:

  • Ia menggunakan enjin 776cc dua silinder selari yang dikongsi dengan GSX-8S dan V-Strom 800, dan menggunakan aci engkol 270-darjah dengan pemasaan nyalaan yang meniru V-Twin 90-darjah. Fikirkan SFV/Gladius 650 yang telah dihentikan.

  • Pakej Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), termasuk Pemilih Mod Pandu Suzuki (SDMS), Sistem Kawalan Traksi Suzuki (STCS), Sistem Pendikit Elektronik, Sistem Quick Shift Assist dwi-arah, Sistem Mula Mudah Suzuki, Bantuan RPM Rendah dan Sistem Brek ABS Dua Mod.

  • Fork depan terbalik Hitachi Astemo (Showa) SFF-BP, dipadankan kepada penyerap hentak belakang bertekanan gas Hitachi Astemo (Showa) dengan tetapan pramuat spring boleh laras tangan.
  • Roda tetuang aluminium 7 jejari, berukuran 19 inci di depan dan 17 inci di belakang.
Penutup

Ketiga-tiga motosikal itu telah didedahkan untuk tatapan umum di pameran itu dari sekarang hingga 26 Mei 2024. Ketiga-tiga model ini akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini, dan harganya akan diketahui kelak.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube