Bikesrepublic

Dalam Negara

QJMOTOR Malaysia telah melancarkan skuter terbaharu mereka iaitu QJMOTOR LTR150.

Walaupun ia berbentuk retro klasik, ia dilengkapi dengan enjin silinder tunggal, SOHC, 4-lejang, 149cc yang agak berkuasa dengan menghasilkan 16.4hp (12.2kW) pada 8,500 RP dan tork maksimum 14.8Nm pada 6,500 RPM. (Sebagai tolok perbandingan, enjin 150cc, SOHC, sejukan cecair Yamaha Y15ZR menghasilkan 15.1hp pada 8,500 RPM dan tork maksimum 13.8Nm pada 7,000 RPM).  Kuasa enjin ini dihantar ke roda belakang melalui transmisi CVT.

Daripada segi casis pula, ia mencirikan sistem brek cakera dengan saiz cakera yang besar iaitu 190mm di depan dan 225mm di belakang. Sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran (depan dan belakang) merupakan ciri yang standard untuk keselamatan penunggang.

QJMOTOR berkata pelana skuter ini dibuat empuk bagi keselesaan penunggang dan pembonceng walaupun menunggang saban hari. Ruang penyimpanan barang di bawah pelana pula amat luas untuk kesenangan penunggang membawa barang. Terdapat juga soket pengecas jenis USB di dalam ruang simpanan depan.

Ciri-ciri lain termasuklah paparan meter digital, lampu-lampu LED, sistem Idling Stop yang mematikan enjin ketika berhenti, tangki minyak 6.5 liter.

QJMOTOR LTR150 ditawarkan dengan tiga warna iaitu Lime Creme, Sky Blue, Mint Green dan Carnation Park. Ia dijual pada harga RM8,888 (bukan atas jalan) dan dilindungi dengan waranti dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu). Ia boleh didapati di semua pengedar QJMOTOR yang sah di seluruh Malaysia. MM

Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda (MPV) dinaiki mereka terbabas ketika mengejar kenderaan suspek di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan arah utara berdekatan Taiping.

Kereta peronda Honda Civic 1.8 itu terbabas setelah melanggar objek besi yang dilempar daripada kenderaan Toyota Hilux yang dinaikki oleh suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, kereta peronda tersebut dikerahkan daripada pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi memberi bantuan kepada lima lagi kereta peronda polis dari IPD Ipoh dalam usaha menahan kenderaan suspek.

Polis berkata kenderaan suspek dikejar kereta peronda polis sejauh lebih 50 km dari Plaza Tol Ipoh Utara melepasi Plaza Tol Changkat Jering di Taiping.

Anggota polis yang terbabit memberi amaran kepada suspek supaya dia memberhentikan kenderaannya sebanyak tiga kali, namun tidak diendahkan sebelum bertindak melempar objek besi terbabit. Objek besi yang dilemparkan ke arah MPV berkenaan dan mengenai bahagian bawah kenderaan itu yang mengakibatkan ia hilang kawalan dan terus berpusing-pusing sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.

Seorang anggota polis mengalami luka di kepala serta calar di kaki manakala rakannya sakit bahagian dada, tengkuk dan kecederaan kecil di tangan kanan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan mengenai kejadian itu.

Mohd Yusri berkata suspek itu sempat melepaskan diri.

 

Kadang-kadang kejadian di dalam dunia nyata mempunyai plot twist yang tidak boleh diilhamkan oleh mana-mana pembuat filem. Kes seorang pemandu yang dipukul sehingga mati tempoh hari telah menjadi bahan bualan ramai. Khususnya kenapa ada yang tergamak boleh memukul seorang manusia lain sehingga maut. Namun polis baharu sahaja mendedahkan bahawa ujian dadah mendapatinya positif dadah syabu dan ganja pada masa kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa mempunyai 10 rekod dadah yang lampau, serta dikehendakki polis berkaitan kes dadah.

Datuk Hussein turut mendedahkan bahawa pihak polis telah menerima dua laporan yang dibuat oleh dua pemilik kenderaan terhadap lelaki tersebut. Mereka menyatakan bahawa mangsa telah melanggar kenderaan mereka dan melarikan diri.

Ketika malam kejadian, polis menerima panggilan mengenai satu kemalangan justeru mengerahkan anggota trafik ke situ. Mereka menjumpai sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di situ.

Mereka juga menemui pemandu kereta tersebut dalam keadaan terbaring di atas jalan. Anggota paramedik yang sampai kemudian dan mendapati bahawa mangsa sudah meninggal dunia. Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan pada pergelangan tangan seperti bekas ikatan.

Lelaki Maut Dipukul Dituduh Larikan Diri Lepas Langgar Rider e-Hailing

Mengulas lanjut, Datuk Hussein berkata motif kejadian masih disiasat selepas bedah siasat mendapati tiada kecederaan ketara pada mangsa yang menyebabkan kematian.

“Kami masih lagi menunggu keputusan analisis makmal bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian itu supaya tampil membantu siasatan. “Kita akan melihat penulisan orang ramai di media sosial berkaitan kes itu sekiranya boleh dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

“Kita juga menasihatkan orang ramai supaya tidak tokok tambah serta reka cerita berkaitan kes ini. Kerana ia akan memberi kesan kepada siasatan dilakukan pihak polis serta mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.”

Polis sudah menahan 5 suspek berumur di antara 22 hingga 52 tahun berkaitan kes ini. Mereka juga menahan 2 lagi suspek baharu-baharu ini yang berusia 22 dan 39 tahun.

Pelumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman mungkin terpaksa bersara awal daripada perlumbaan aktif di pentas Asia.

Ketika ditemui oleh Harian Metro, Azlan mendedahkan bahawa dia belum menerima jawapan mengenai penyertaan pasukannya di dalam Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) 2024. Ini kerana pasukannya sekarang, TKKR Racing Team berkata di Facebook baru-baru ini bahawa mereka tidak berjaya mendapatkan penaja untuk musim 2024, sekali gus menimbulkan keraguan masa depan mereka dan Azlan.

“Saya akan bersara awal daripada saingan Asia jika tidak menerima tawaran. Saya sudah pun meletakkan sasaran untuk berlumba di peringkat Asia sehingga umur 40 tahun,” katanya.

“Secara realistiknya, pasukan lain lebih suka mengupah pelumba muda berbanding yang sudah tua. Badan saya tidak sekuat sekarang… Saya masih boleh bersaing tetapi saya memerlukan usaha dua kali ganda untuk bersaing dengan pelumba muda khususnya daripada segi stamina.”

Secara lebih positif, Azlan mungkin akan beralih kepada perlumbaan dalam Kejohanan Endurance Dunia (EWC) pada 2025 sekiranya penyertaan ARRC tahun ini tidak menjadi kenyataan. Dia telah pun berlumba di Suzuka 8-Hour Endurance 2023 sebagai sebahagian daripada kalendar EWC dalam kelas Formula EWC dengan Frontier Racing.

Azlan mempunyai pengalaman yang mengagumkan, setelah memenangi beberapa gelaran superbike kebangsaan sebagai penunggang untuk Chia PJ Kawasaki, serta pernah mengambil bahagian dalam Kejohana Moto2 Dunia dari 2013 hingga 2015. Beliau juga merupakan juara kelas ASB1000cc yang julung kalinya dalam ARRC pada 2019, sebagai pelumba untuk pasukan ONEXOX TKKR SAG ketika itu. Beliau kini memiliki AS25 Academy Racing Team yang mengambil bahagian dalam kategori WIRA dalam Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia.

Seorang lelaki maut dipukul sekumpulan individu selepas dipercayai cuba melarikan diri berikutan dia merempuh penunggang e-hailing, di Taman Pelangi, Kajang pada malam Selasa.

Polis berkata Proton Saga yang dipandu mangsa berusia 42 tahun telah merempuh pintu pagar sebuah rumah. Dia kemudian diseret keluar dari kereta dan diserang oleh beberapa individu. Pergelangan tangannya juga menunjukkan tanda-tanda diikat.

Polis menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas tanah ketika mereka tiba. Dia kemudiannya diumumkan telah meninggal dunia oleh paramedik yang tiba di tempat kejadian. Saksi di tempat kejadian menyifatkan mangsa diseret keluar daripada keretanya dan dipukul oleh sekumpulan lelaki. Mereka juga mengatakan bahawa tangannya diikat ke belakang. Kumpulan itu kemudian membaringkannya di atas tanah dan meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.

Tempat kejadian kemudiannya diproses oleh Unit Forensik Bukit Aman yang mengumpul beberapa sampel darah dan cap jari. Mereka juga menjumpai dua gulung tali. Berdasarkan maklumat yang ada, polis mengesan suspek dan menahan 5 individu di sekitar Semenyih dan Beranang.

“Suspek berusia antara 22 hingga 52 tahun itu diberkas anggota polis Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang sekitar jam 2.05 pagi, Rabu,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (diklasifikasikan sebagai membunuh), serta Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis menggalakkan saksi tampil untuk memberikan maklumat lanjut dengan menghubungi Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang di talian 013-7854100.

Mereka juga boleh menyampaikan maklumat kepada Inspektor Ammar Tahir dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 018-2194013 untuk membantu siasatan.

Kastam negeri Perlis menyita 9 motosikal jenis superbike yang didakwa cuba diseludup ke Malaysia.

Pengarah jabatan tersebut, Tn. Ismail Hashim berkata jumlah motosikal itu mencecah RM416,5000 dengan anggaran cukai duti sebanyak RM715,130.

“Pihak JKDM Perlis melakukan pemeriksaan terhadap 9 motosikal berkuasa tinggi tanpa nombor pendaftaran di lorong masuk pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian.”

Antara model yang disita melibatkan Honda CBR1000RR, BMW S 1000 RR, Yamaha YZF-R1, Aprilia RSV4 dan MV Agusta. Penyitaan dilakukan selepas didapati tiada dokumen pembayaran cukai dan permit import yang sah.

“Modus operandi digunakan adalah membawa masuk motosikal tersebut yang diikrarkan untuk tujuan perlumbaan menggunakan lori pengangkut dan didakwa dalam perjalanan menuju ke Sepang, Selangor. Maklumat turut mendapati beberapa buah motosikal itu didakwa dimilikki individu berasal dari Eropah, Hong Kong dan negara-negara lain namun ia menimbulkan keraguan kerana tiada dokumen lengkap seperti nombor casis disertakan bersama,” jelasnya.

Pihak JKDM negeri sakan menyiasat lanjut daripada samada ia berkait dengan aktiviti penyeludupan motosikal berkuasa tinggi dengan rangkaian sindiket antarabangsa atau sebaliknya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(f) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya,” kata Tn. Ismail.

Sumber: Berita Harian Online

 

 

Boon Siew Honda telah mengumumkan satu warna baharu bagi Honda RS-X (2024).

Warna baharu ini digelar Mat Ion Blue Metallic. Ia amat berlainan dengan warna-warna yang ditawarkan sebelum ini dan membuatkan motosikal nampak lebih stealth. Ia boleh didapati di pengedar Honda yang sah dan terpilih di seluruh negara mulai 22 Febuari 2024. Harga jualan Honda RS-X 2024 ini ialah RM9,798 tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran.

Model Honda RS-X tetap mendapat sambutan yang agak hangat di negara ini walaupun terdapat beberapa ciri yang “aneh” yang telah dilaporkan oleh pembeli sebelum ini. Antara sebab populariti motosikal ini ialah enjin 150cc, DOHC yang menghasilkan 15.8hp (11.8kW) pada 9,000 RPM dan tork maksimum 13.6Nm pada 7,000 RPM. Kuasa enjin ini dihantar melalui kotak gear 6 kelajuan. Sesiapa yang pernah menunggang RS-X akan berkata ia memberikan pecutan yang kuat khususnya pada RPM rendah dan sederhana. Sifat enjin membuatkannya amat sesuai bagi tunggangan dalam bandar.

Selain daripada itu, rekabentuknya pun agak menarik yang membuatkannya kelihatan lebih besar. Honda menggelar rekabentuk ini sebagai maskulin iaitu dalam istilah lain, “sado.” Rekabentuk ini ditambah dengan beberapa ciri seperti ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) 1-alur (1-channel). ABS 1-alur bermaksud ia hanya berfungsi untuk 1 roda, dalam kes ini roda depan. Tetapi ada ABS 1-alur lebih baik daripada tiada langsung!

Ciri-ciri lain termasuklan lampu-lampu LED serta papan meter digital.

– Triumph telah memperkenalkan ciri-ciri baru dan peningkatan untuk keluarga Tiger 1200 untuk tahun 2024.

– Peningkatan prestasi enjin yang lebih halus dan terkawal, terutamanya pada kelajuan rendah dengan ciri enjin triple 1160cc yang terkenal.

– Perubahan pada enjin termasuk crankshaft, rotor alternator, dan balancer untuk meningkatkan inersia enjin, serta penyesuaian kalibrasi enjin.

– Penyesuaian tersebut menghasilkan kelancaran yang lebih tinggi semasa pemecutan dan brek, terutamanya pada kelajuan rendah.

– Reka bentuk semula penyeimbangan enjin untuk meningkatkan keselesaan pada pelbagai titik sentuhan pengendara.

– Redesign pada tempat duduk untuk memberikan lebih banyak ruang dan mengurangkan keletihan semasa perjalanan panjang.

– Penambahan pilihan tempat duduk rendah yang direka semula untuk keselesaan yang lebih baik.

– Pengenalan klac lever yang lebih panjang untuk memberikan ruang tambahan kepada jari pengendara.

– Peningkatan kelongsongan untuk meningkatkan keyakinan pengendara semasa membuat selekoh.

– Pengenalan ciri Pengurangan Beban Pramasa Aktif yang membolehkan penurunan ketinggian tempat duduk hingga 20mm dengan menekan butang ‘Home’ pada cub switch.

Tiger 1200 kini ada dalam empat varian dengan pilihan warna baru untuk tahun 2024:

– Tiger 1200 GT Pro dan GT Explorer hadir dalam warna Carnival Red, Snowdonia White, dan Sapphire Black.
– Tiger 1200 Rally Pro dan Rally Explorer hadir dalam warna baru Matt Sandstorm dan Jet Black, serta Matt Khaki yang popular.

MotoGP dan MotoAmerica telah mengumumkan penambahan yang mendebarkan iaitu Kejuaraan Mission King of The Baggers dalam Grand Prix Red Bull Amerika pada tahun ini, yang dijadualkan dari 12 hingga 14 April.

Untuk pertama kalinya, Litar Amerika akan menjadi hos kepada jentera V-twin di tengah-tengah kemeriahan MotoGP™, dengan dua perlumbaan Baggers dalam musim 18 perlumbaan siri tersebut.

Minggu penuh aksi ini akan bermula dengan dua perlumbaan yang memberikan mata pada Sabtu. Tetapi itu tidaklah cukup – petang Jumaat akan menyaksikan Cabaran Misi yang menarik, menampilkan enam pemenang terpantas bersaing untuk kemenangan dan peluang untuk menuntut hadiah sebanyak US$5000.

Wayne Rainey, Presiden MotoAmerica, menyatakan kegembiraannya tentang peluang baharu ini, menyatakan, “Ini adalah peluang hebat untuk MotoAmerica dan siri King Of The Baggers kami. Mengizinkan pasukan dan penunggang kami bersaing dalam acara MotoGP adalah lompatan besar dan saya tahu peminat MotoGP akan terkejut dan teruja dengan apa yang mereka lihat di COTA.”

Rainey meluaskan rasa terima kasih kepada MotoGP atas kerjasama mereka, serta kepada penaja Mission Foods and Parts Unlimited, dan pengeluar yang terlibat. Dia dengan penuh harapan menantikan reaksi padang MotoGP dan peminat untuk menyaksikan Baggers beraksi sepenuhnya.

Ia akan menjadi satu pemandangan yang menakjubkan untuk menyaksikan jentera V-Twin besar dan berat berlumba pada hujung minggu yang sama dan di litar yang sama dengan jentera perlumbaan MotoGP yang canggih.

Anda boleh menonton perlumbaan Mission King of The Baggers yang disampaikan oleh Drag Specialties secara langsung di Saluran YouTube MotoGP™, MotoAmerica Live+, MAVTV, dan saluran YouTube MotoAmerica.

Aveta Malaysia telah mengumumkan pelantikan lapan (8) stokis baru di enam negeri, memberi pelanggan akses yang lebih cepat dan mudah kepada bahagian-bahagian tulen di seluruh Malaysia.

Pelantikan stokis baru ini selari dengan Program Jagaan Pelanggan Aveta yang diumumkan semasa pelancaran Aveta Ranger Max Explorer pada tahun 2023.

Program Inisiatif Jagaan Pelanggan Aveta merangkumi:

1. Program Aveta Care on Wheels yang merangkumi satu trak pikap dan tiga motosikal. Misi pasukan ini adalah untuk mencapai pelanggan di seluruh negara untuk menangani sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan oleh peniaga tempatan.

2. Aveta Service Corner di mana satu tempat yang didedikasikan di agensi penjualan disediakan untuk memenuhi keperluan khusus dan keperluan penyelenggaraan pemilik Aveta. Sudut perkhidmatan yang diluluskan pertama sudah beroperasi, dan rancangan untuk menubuhkan 29 lagi dijadualkan pada tahun 2024.

3. Pelantikan Stokis Aveta diumumkan tahun lalu dan sudah beroperasi dengan rancangan untuk menubuhkan 10 stokis pada tahun 2024.

Pelantikan stokis adalah penting untuk memastikan pemilik mendapat akses segera kepada bahagian-bahagian ganti apabila diperlukan dan untuk memastikan semua bahagian adalah tulen dan sesuai dengan motosikal Aveta dengan sempurna.

Lapan (8) stokis yang dilantik adalah:

Kedah – Boon Lee Auto Sdn Bhd
Kuala Lumpur – DS Cycle Parts Sdn Bhd
Selangor – Yong Xin Auto Parts Sdn Bhd
Pahang – T.T. Cycle Parts Sdn Bhd
Pahang – Sing Yie Motor Sdn Bhd
Sabah – Eko Ken Motor Sdn Bhd
Sarawak – Ji Yun Resources
Sarawak – Ghee Yong Enterprise Sdn Bhd

Mulai hari ini, lapan (8) stokis tersebut kini tersedia untuk pelanggan untuk mendapatkan bahagian-bahagian ganti, selain daripada mana-mana agensi penjualan yang diluluskan.

Pelanggan juga boleh menghubungi talian sokongan bahagian-bahagian ganti Aveta secara langsung di +012 686 8753 dari Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang).

Untuk maklumat lanjut mengenai stokis Aveta yang dilantik, lawati laman web Aveta di www.aveta.com.my/aveta-stockist.

– Hong Leong Yamaha telah memperkenalkan dua warna baru untuk TMax Tech Max yang dipanggil Dark Magma dan Tech Black.

– Yamaha TMax 560 Tech Max masih dikuasai oleh enjin 562cc dengan penyejukan cecair, yang direka untuk memberikan prestasi di jalan bandar dan lebuh raya.

– Enjin dua silinder menghasilkan 47hp pada 7,500rpm dan 55.7Nm pada 5250rpm.

– TMax Tech Max masih menampilkan reka bentuk yang licin dan aerodinamik, dicirikan oleh lampu hadapan LED kembar yang unik dan kemasan badan dinamik.

– TMax Tech Max juga masih dilengkapi dengan ciri-ciri elektronik yang canggih termasuk sistem D-Mode eksklusif Yamaha, membolehkan penunggang menyesuaikan respons throttle mengikut kehendak mereka, sama ada untuk prestasi bersemangat atau pemanduan ekonomikal.

– Selain itu, kawalan traksi dan ABS datang sebagai standard, memberikan keyakinan dan kestabilan tambahan, terutamanya dalam keadaan pemanduan yang mencabar.

– Tambahan pula, TMax Tech Max mengekalkan paparan TFT berteknologi tinggi yang memberikan maklumat penting kepada penunggang dengan sekilas pandang, termasuk kelajuan, RPM enjin, penggunaan bahan api, dan petunjuk navigasi, memastikan pengalaman pemanduan tanpa gangguan.

– TMax Tech Max yang dikemaskini Yamaha dijual pada harga RM74,998, dan jika anda membuat tempahan sekarang, Yamaha akan memberikan anda kunci disc brake Yamaha percuma bernilai RM100.

– Didi Group telah mengumumkan pembukaan rasmi MotoPlex Sungai Buloh, cawangan keempat yang menawarkan empat jenama premium di bawah Kumpulan Piaggio – Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.

– Direka sebagai kedai konsep yang dinamik, MotoPlex Sungai Buloh menyediakan rangkaian produk yang komprehensif serta pusat perkhidmatan pelanggan, menjadikannya destinasi utama bagi peminat dan penggemar kenderaan roda dua.

– MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh Didi Group, pengedar rasmi Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia.

– Dibina dengan estetika Itali, ruang total 3,400 kpsf dibahagikan kepada kawasan pameran, 2,200 kpsf, dan pusat servis 1,200 kpsf. Pusat servis dilengkapi dengan peralatan diagnostik bertaraf tinggi dan dikendalikan oleh technician motosikal yang terlatih dan komited untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan yang unggul dengan akses kepada pelbagai alat ganti berkualiti tinggi.

– Bagi Didi Group, pelancaran MotoPlex Sungai Buloh menandakan satu peristiwa penting dan mercu tanda yang luar biasa, kerana ia menjadi MotoPlex keempat di Malaysia.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube