Bikesrepublic

Polis Sita 11 Motosikal Ditunggang Warga Asing

Polis telah menyita 11 motosikal warga asing tanpa lesen dalam operasi di Tasik Permai, Ampang.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya berkata, operasi itu dijalankan susulan aduan awam.

Pemeriksaan mendapati kebanyakan pemandu dan penunggang motosikal melakukan kesalahan tidak memiliki lesen.

Malah ada setengahnya tidak menggunakan topi keledar ketika menunggang motosikal, ini jelas menunjukkan pelanggaran undang-undang jalan raya berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, 11 kenderaan disita dan kesemuanya ditunggang oleh warga negara asing yang tidak memiliki lesen memandu.

Katanya, saman turut dikeluarkan terhadap warga asing terbabit manakala motosikal disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dibawa ke Balai Trafik Ampang.

Menurutnya, polis akan memanggil pemilik kenderaan yang sah bagi proses tuntutan motosikal dan mereka juga akan disaman kerana membenarkan individu tanpa lesen menunggang motosikal milik mereka.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube