BMW R 1300 RT (2025) telah tiba di Malaysia, dengan harga (anggaran) antara RM167,000 hingga RM180,000 bergantung pada “edisi” dan kelengkapan.
Perlu diingatkan bahawa ia merupakan model serba baharu daripada aspek enjin, casis, rangka, rekabentuk, ciri-ciri elektronik, dan lain-lain. Ia pastinya membawa RT yang sudah sangat berkeupayaan ke tahap yang lebih tinggi.
Ciri-ciri utama BMW R 1300 RT (2025):
- Enjin Boxer dua silinder mendatar dengan sesaran 1300cc, menggunakan dimensi gerek dan lejang 106.5 x 73mm.
- Enjin berteknologi BMW Shift Cam ini menghasilkan 143 hp pada 7,750 RPM dan 149.2 Nm pada 6,500 RPM. Ia merupakan enjin Boxer BMW pengeluaran paling berkuasa setakat ini.
- Casis direka semula sepenuhnya dengan rangka keluli baharu (seperti R 1300 R) ditambah rangka belakang aluminium tuang.
- RT baharu ini dilengkapi Telelever Evo baharu yang memberikan pengasingan lebih baik antara handel dan suspensi berbanding sebelum ini.
- Di belakang ialah Evo Paralever yang memberikan sambungan lebih kukuh melalui suspensi dalam rangka dan gandar dengan pelepas pantas pada lengan ayun.
- Roda tuangan aluminium 17 inci baharu dengan reka bentuk baharu, mengurangkan berat sebanyak 1.4 kg.
- Sistem brek termasuk cakera brek depan berkembar dengan kaliper empat piston dipasang secara radial.
- Skrin warna TFT 10.25 inci dengan navigasi peta bersepadu dan Hub Keterhubungan baharu.
- Bantuan elektronik untuk penunggang termasuk mod standard Road, Rain, Eco dan ABS Cornering.
- Pilihan “Riding Modes Pro” yang menawarkan mod tambahan seperti ‘Dynamic’ dan ‘Dynamic Pro’.
- Peningkatan lain termasuk Riding Assistant yang dilengkapi Active Cruise Control (ACC), Front Collision Warning (FCW), Lane Change Warning (SWW), dan Front Collision Warning (FCW).
- Warna yang ditawarkan: Alpine White 3 (RM167,000), Triple Black Limited Edition (RM177,000), Impulse Limited Edition (RM180,000). Semua harga adalah anggaran harga jualan runcit disyorkan dan belum termasuk kos jalan.