Bikesrepublic

Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!

  • Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix akan menyaksikan penambahan satu lagi kategori perlumbaan dalam siri berkenaan iaitu Yamaha NVX Challenge.
  • 20 orang pelumba muda baru akan bersaing untuk baki musim Cub Prix ini di atas jentera yang baru dilancarkan skuter Yamaha NVX 155cc 2017.
  • Pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di Jasin, Melaka.


Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 akan menyaksikan penambahan kategori perlumbaan ke-tujuh iaitu Yamaha NVX Challenge. Sekumpulan 20 orang pelumba muda akan bersaing di atas jentera skuter Yamaha NVX yang ditala untuk perlumbaan yang telah dipratontonkan pada pusingan Cub Prix yang lalu di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.

Pusingan ke-enam Malaysian Cub Prix akan berlangsung pada hujung minggu ini dari 5 hingga 6 Ogos 2017 di Jasin, Melaka. Ia merupakan kali pertama dalam siri perlumbaan ini satu kategori skuter dipertandingkan menggunakan skuter yang baru dilancarkan, Yamaha NVX 155cc 2017.

Penunggang muda yang telah terpilih untuk bertanding dalam Yamaha NVX Challenge yang baru (sumber imej: Malaysian Cub Prix)

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai skuter Yamaha NVX ini, TEKAN SINI.

20 orang pelumba remaja akan bertanding di atas litar menunggangi skuter Yamaha NVX 155 yang baru dilancarkan, ke semua mereka dengan harapan untuk mengikuti jejak langkah penunggang antarabangsa dari Malaysia seperti Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin, dan Zulfahmi Khairuddin.

“Yamaha NVX Challenge akan dijalankan seperti dua kelas satu-jenama yang sedia ada. Memandangkan waktu persiapan yang singkat untuk para
penunggang di antara pemilihan dan perlumbaan, Hong Leong Yamaha telah menganjurkan satu sesi latihan peribadi bagi membantu mereka yang bertanding buat pertama kalinya untuk menyesuaikan diri dengan peraturan dan keadaan perlumbaan di atas litar,” ujar Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn. Bhd.

“Tujuan Cub Prix adalah untuk mengenalpasti bakat serta pembangunan. Pengenalan kelas terbaru ini merupakan tindakbalas kepada minat yang meningkat di kalangan orang muda terhadap sukan perlumbaan motosikal.”

Penggemar Yamaha NVX 155 dapat melihat aksi skuter ini di atas litar pada hujung minggu ini di Bandar Jasin Bestari di Melaka. Masuk adalah percuma.

Bagi membelek skuter Yamaha NVX ini dalam kemasan warna MotoGp Movistar Yamaha dan Monster Yamaha Tech 3, TEKAN SINI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan