Bikesrepublic

3 Maut, 3 Parah Ketika ke Solat Hari Raya, Dirempuh Pemandu Positif Dadah

Kegembiraan Hari Lebaran buat 6 orang warga Pakistan bertukar menjadi tragedi apabila mereka dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang didapati positif dadah. 3 daripada mereka meninggal dunia, manakala 3 lagi cedera parah.

Kejadian itu berlaku di kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor, pagi semalam.

Pihak polis berkata kemalangan berlaku ketika mangsa berjalan kaki ke masjid berhampiran bagi menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, “Hasil siasatan di tempat kejadian, kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan seterusnya terlanggar enam pejalan kaki yang melalui bahu jalan terbabit.

Gambar IPD Hilir Perak

“Akibat kemalangan itu, tiga daripada mereka yang berusia antara 20 hingga 35 tahun disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera parah dan dirawat di Hospital Teluk Intan.

“Semua mangsa mempunyai permit dan dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu Proton Saga itu mendapatinya positif ganja dan polis bertindak menahan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959 atau 05-6122222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Gambar-gambar dari IPD Hilir Perak

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube