Bikesrepublic

Tempuh 14,000KM Dari Rantau Panjang Ke Tanah Suci Dengan Yamaha 135 LC

Sumber: Gi Mekoh Nga Mutor @ Facebook

Tatkala penunggang motosikal lain sibuk membuat perancangan untuk menunggang ke Thailand dan negara jiran lain, tiga individu telah berjaya menempuh tunggangan selama 87 hari untuk tiba di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Diami Yusof, 60, Mohd Fadli Abdul Rashid, 43 dan Ahmad Zainali Zulkifli, 65 menyifatkan pengembaraan mereka sebagai “Gi Mekoh Nga Mutor” – pergi Mekah dengan motosikal – sebagai ‘ride’ paling bermakna dalam hidup mereka.

Diami – lebih dikenali sebagai Abang Mat – bercadang untuk meneruskan projek tersebut tahun depan.

“Meskipun berdepan pelbagai cabaran kami tidak putus asa. Kami berharap dapat merancang satu lagi projek tapi kali ini dengan lebih ramai penglibatan penunggang motosikal,”katanya.

Sumber: Gi Mekoh Nga Mutor @ Facebook

Menurut laporan NST, ketiga-tiga penunggang tersebut berdepan insiden yang tidak dapat dilupakan apabila salah seorang daripada mereka kehabisan minyak ditengah-tengah padang pasir berhampiran sempadan Pakistan-Iran.

Insiden tersebut berlaku 10 hari selepas mereka memulakan perjalan di Rantau Panjang, pada 10 November tahun lalu.

Sumber: Gi Mekoh Nga Mutor @ Facebook

Mereka bertiga turut mendapat iringan daripada 30 pegawai tentera dan polis selama 25 hari perjalanan daripada Pakistan ke sempadan Iran.

Menggunakan motosikal jenis Yamaha 135 LC, ketiga-tiga penunggang telah menempuh lebih 14,000 kilometer merentasi tujuh negara – Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan Saudi Arabia.

(SUMBER: NST)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube