Bikesrepublic

Sasaran Baharu Stesen Pengecas EV selepas Hari Raya

Kerajaan akan menyemak dan mengemukakan sasaran jumlah stesen pengecas EV (electric vehicle/kenderaan elektrik) selepas Hari Raya Aidilfitri. Sasaran yang sedia ada ialah 10,000 stesen yang beroperasi menjelang 2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah sebenar hanya akan diketahui melalui mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC)  yang dijadualkan berlangsung selepas perayaan tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sudah mengadakan perbincangan awal bersama penggiat industri dan syarikat pemasangan stesen pengecas awam EV.

“Insya-Allah kita akan bincangkan (bersama NEVSC) selepas raya ini.

“Secara rasmi, jumlah setakat ini adalah 2,020 unit, tetapi perbincangan bukan rasmi itu menunjukan jumlahnya dekat lebih 2,100 unit,” katanya.

Beliau berkata, penggiat industri dan syarikat pemasangan stesen pengecas awam EV menyuarakan keyakinan sasaran 10,000 stesen EV menjelang 2025 dapat direalisasikan.

“Seperti diumumkan sebelum ini, sasarannya 10,000 (stesen pengecas EV) bagi akhir tahun 2025, oleh itu kita kena membuat perancangan yang rapi.

“Kalau tak boleh capai 10,000 itu, kita kena buat sasaran lebih realistik, tapi nampaknya perbincangan saya bersama pihak pemasangan stesen pengecas ini, mereka masih yakin kerana dapat lihat permintaan tinggi, jadi berani sikit nak buat stesen pengecas itu.

“Saya sedang cuba pastikan sasaran itu dapat kita capai,” katanya.

Pada 20 Mac lalu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan meneliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025 menerusi mesyuarat NEVSC.

Sasaran itu berpandukan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube