Bikesrepublic

Skuter Honda Vario 150 2018 dilancarkan – Dari RM7,199

  • Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan skuter tebaharu mereka iaitu Honda Vario 150 2018.

  • Honda Vario 150 telah dilengkapkan dengan spesifikasi menarik seperti lampu LED, meter panel LCD, sistem kunci pintar dan banyak lagi.

  • BSH telah menetapkan harga Honda Vario 150 2018 dari RM7,199 hingga RM7,399 (harga asas tanpa insurans dan cukai).

Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan skuter 150cc terbaharu mereka iaitu Honda Vario 150. Model Transmisi Automatik (AT) terbaharu dari BSH merupakan jentera skuter yang menggabungkan reka bentuk ‘sporty’ yang agak maskulin bersama prestasi yang menarik di dalam pakej harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang ingin mencari skuter yang mempunyai pakej yang lengkap dan serba boleh, Honda Vario 150 menawarkan sesuatu yang lebih seronok dan serba boleh serta berkelengkapan teknologi terbaharu dari BSH seperti Sistem Kunci Pintar Honda (keyless), meter digital jenis LCD dan banyak lagi.

Honda Vario 150 datang bersama enjin 150cc jenis satu silinder, SOHC, empat lejang dengan sistem penyejukan jenis cecair yang mampu menjana 13.1hp pada 8,500rpm dan 13.4Nm tork maksimum pada 5,000rpm yang dihantar ke tayar belakang melalui transmisi automatic jenis V-matic.

Dilengkapkan sistem suntikan bahan api PGM-Fi dari Honda, daya pecutan dan kelajuan sangat sesuai bagi mereka yang selalu menunggang di kawasan yang sesak seperti bandar Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik adalah Sistem Henti Melahu (Idling Stop System) yang meningkatkan lagi penjimatan bahan api dimana ia akan memadamkan enjin apabila berhenti di lampu isyarat dan sebagainya.

Dengan kombinasi rangka skuter jenis ‘underbone’ dan pakej suspensi teleskopik hadapan serta lengan bebuai suspensi tunggal di belakang, perasaan menunggang adalah agak selesa dan amat senang untuk dibawa merata walaupun di kawasan yang sesak dan juga melalui kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi dengan berat keseluruhan 112kg.

Spesifikasi menarik yang lain adalah:

  • Lampu depan dwi LED dengan pencahayaan siang (daytime running lights)
  • Lampu belakang dan signal LED
  • Panel meter LCD digital
  • Ruang penyimpanan 18 liter
  • Rak simpanan dalam berkembar
  • Sistem Combi Brek
  • Rim ‘sporty’ 14 inci
  • Brek cakera beralun

Boon Siew Honda telah meletakkan harga bagi Honda Vario 150 2018 pada RM7,199 bagi warna Pearl Magellanic Black (Hitam), Force Silver Metallic (Perak) dan Pearl Nightfall Blue (Biru). BSH juga menawarkan edisi Repsol Honda bagi model ini pada harga RM7,399 (harga asas tanpa insurans dan cukai).

Setiap pembelian model Honda Vario 150 akan datang bersama jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km. Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan