Bikesrepublic

Penduduk Cina Baikki Jalan Tikus untuk Menolong Pengembara Aidilfitri

Dalam kisah yang membanggakan hati setiap rakyat Malaysia (kecuali yang rasis tegar), penduduk sebuah kampung Cina membaikki jalan tikus pada tengah malam untuk membantu pengembara Aidilfitri ketika mereka memandu pulang.

Hari Raya Aidilfitri memang menyeronokkan, tetapi ia juga menandakan tempoh ketika berjuta-juta kenderaan membanjiri lebuh raya ketika rakyat Malaysia di perantaun pulang ke kampung halaman. Lebuh raya yang sedia sibuk akan sesak dengan kenderaan sehinggakan sesetengah pemandu mencari jalan alternatif. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ini bukan jalan B, tetapi laluan yang tidak diturap yang dikenali sebagai “jalan tikus.”

Begitulah kisah ini, apabila Zairul Annuar mahu mengelak kesesakan lalu lintas di lebuh raya PLUS menghala ke Kuala Lumpur. Dia memutuskan untuk keluar di Gopeng untuk mengambil jalan dalam hanya untuk mendapati jalan itu mempunyai kesesakan lalu lintas yang besar di Ladang Bikam.

Dia kemudian memutuskan untuk mengikuti laluan yang lain yang dicadangkan oleh Google Map, walaupun ia merupakan laluan ladang kelapa sawit yang tidak berturap.

“Perlahan-lahan, kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba, kelihatan beberapa kereta dari arah bertentangan, yang kemudian berhenti di sebelah kami untuk memaklumkan bahawa jalan di hadapan tidak boleh dilalui.”

“Mereka menyuruh kami berpatah balik. Semua kereta di belakang kami diarahkan melakukan perkara yang sama.”

Dia kemudian berbuat demikian tetapi ketika keretanya memasuki semula kawasan perumahan, Zairul diberhentikan oleh sekumpulan lelaki Cina pertengahan umur yang tinggal di situ.

Mereka kemudian bertanya kepada Zairul jika dia dan keluarganya menuju ke Kuala Lumpur dan menggesa mereka untuk tidak berpatah balik kerana mereka akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Sebaliknya, penduduk kampung Cina berkata bahawa mereka akan membaikki jalan yang terhalang itu. Kumpulan lelaki Cina itu berkata kepada Zairul yang boleh didengari dalam video Zairul, “Jalan di hadapan kamu terhalang, kan? Jangan risau, kami akan membawa jengkaut untuk membaiki jalan itu. Awak tunggu sekejap.”

Zairul kemudian berkata, kawasan kejiranan itu ternyata merupakan kawasan perumahan Cina dan penduduk secara bersatu bersetuju membantu memudahkan laluan kenderaan melalui kawasan kejiranan itu.

Penduduk kampung berkumpul dan menggunakan jengkaut untuk meratakan jalan untuk digunakan oleh orang yang tidak dikenali.

Dalam video perjalanan melalui jalan tikus itu, sebuah jengkaut dapat dilihat di tepi jalan selepas ia digunakan untuk meratakan jalan supaya kereta biasa boleh melaluinya kerana hanya 4×4 boleh melakukannya sedemikian sebelum itu.

Tersentuh dengan tindakan penduduk kampung Cina keluar membantu orang yang tidak dikenali pada Aidilfitri, Zairul memuji mereka dengan berkata, “Mereka keluar dari rumah dan bekerja bersama-sama. Hebatnya rakyat Perak. Inilah semangat Malaysia yang sebenar.”

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube