Bikesrepublic

Petronas SRT Tak Rancang Rombak Pasukan Untuk Rossi – Razlan Razali

Pengendali Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, mendedahkan pihaknya ketika ini dalam perbincangan tentang masa depan Valentino Rossi.

Namun begitu, Razlan memberitahu motogp.com perbincangan ketika ini hanya membabitkan pihak Yamaha dan penaja utama, Petronas.

“Kami berbincang dengan Yamaha tentang prospek penyertaan Valentino Rossi terutamanya membabitkan kos dan jentera.

“Kami turut berbincang bersama Petronas di peringkat atas tetapi setakat ini kami masih belum berbincang dengan Rossi sendiri,” jelas Razlan.

Sementara itu, Razlan menegaskan meskipun Rossi memegang status selaku ‘lagenda’, dia tidak merancang merombak Petronas SRT untuk seorang pelumba.

Sebaliknya, Razlan mahu Rossi mencapai jangkaan yang ditetapkan termasuk menaiki podium.

“Rossi bukan pelumba biasa, dia seorang lagenda tetapi bagi kami tiada pelumba yang lebih besar daripada pasukan,” tambah Razlan.

Menariknya, Petronas SRT juga bersedia menawarkan kontrak lanjutan sekiranya pelumba berusia 41 tahun itu berminat.

Rossi sebelum ini mendedahkan rancangannya untuk berlumba beberapa pusingan musim ini sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 menggugat perjalanan musim 2020 sekaligus merencat perancangannya.

Dia kini disahkan akan terus beraksi bagi musim 2021 lantas menghangatkan desas-desus akan sertai Petronas SRT tatkala tempatnya di Yamaha telah pun digantikan Fabio Quartararo musim depan. – Crash.Net

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan