Bikesrepublic

Penunggang Motosikal Maut Langgar Kereta, Pemandu Jawab Telefon

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 116.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Batu Pahat. Pemandu kereta itu dikatakan berhenti di lorong tersebut bagi membuat panggilan telefon.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, sebelum kejadian mangsa Mohammad Fared Zakaria, 35, menunggang motosikal dari arah Ayer Hitam menuju ke Pagoh.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana pemandunya mahu menjawab panggilan telefon.

Mangsa tidak dapat mengelak kereta itu lalu merempuhnya kereta terbabit. Rempuhan itu mengakibatkan mangsa parah di kepala serta patah kedua-dua tangan.

Mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada 7.50 malam. Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut terselamat dan tidak mengalami kecederaan, kata Superintendan Shahrulanuar.

Shahrulanuar berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis juga memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kejadian ini di mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.

Foto: PDRM

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan