Bikesrepublic

KTM 1390 Super Duke R Tiba di Malaysia

Tibalah model terakhir di kalangan model-model KTM 2024 yang telah dilancarkan di Malaysia tempoh hari, dan ia merupakan KTM 1390 Super Duke R (2024).

Model Super Duke R tetap layak mendapat julukan “The Beast” walaupun tidak lagi memegang gelaran supernaked paling berkuasa. Ini adalah satu motosikal yang boleh menghilangkan apa-apa fikiran apabila pendikit direntap sepenuhnya.

Walau apa pun, KTM 1390 Super Duke R 2024 mewakili kemuncak 30 tahun Duke, justeru mendapat rombakan yang menyeluruh.

Ciri-ciri utam KTM 1390 Super Duke R (2024)
  • Kapasiti enjin LC8 V-Twin ditingkatkan daripada 1301cc kepada 1350cc.
  • Aci sesondol baharu bersama dengan badan pendikit 4mm lebih besar meningkatkan kuasa maksimum kepada 190 hp pada 10,000 RPM dan tork 145 Nm, berbanding dengan 177 hp dan 140 Nm yang dihasilkan oleh enjin yang sebelumnya.
  • Kerangka telah diubah suai untuk ciri kekukuhan dan kelenturan yang lebih baik dengan menggunakan tiub diameter yang lebih besar tetapi dengan dinding yang lebih nipis.

  • Di depan ialah fork WP APEX Open Cartridge 48mm yang boleh dilaras sepenuhnya.
  • Di belakang ialah monoshock WP APEX dengan takungan minyak dan gas yang berasingan, dan juga boleh dilaras sepenuhnya.
  • Brek depan terdiri daripada silinder induk Brembo MCS, dengan cakera terapung berkembar 320mm, dan kaliper Brembo Stylema empat piston.

  • Skrin TFT 5-inci baharu, yang menyediakan akses kepada mod tunggangan dan perisian komunikasi.
  • Terdapat 3 mod tunggangan standard iaitu SPORT, STREET, dan RAIN.
  • Serta 2 mod tunggangan pilihan: TRACK dan PERFORMANCE.

  • Kemas kini yang paling ketara ialah gaya motosikal yang turut dikongsi oleh 990 Duke.
  • Berpusat di sekitar gugusan lampu depan baharu, motosikal itu dibuat untuk kelihatan lebih maskulin, malah lebih ganas daripada sebelumnya.
  • Kekuatan DRL dan lampu depan bertukar secara automatik mengikut cahaya persekitaran.

  • Bentuk badan baharu itu turut membenarkan peningkatan kapasiti bahan api sebanyak 1.5 liter, kini berjumlah 17.5 liter.
  • KTM memetik berat kering motosikal itu pada 200.5 kg.
  • Harga jualan yang disyorkan untuk KTM 1390 Super Duke R (2024) adalah daripada RM 151,300 (bukan atas jalan).

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube