Bikesrepublic

Korporal Polis Ditahan sebabkan Kematian Remaja

Seorang anggota polis berpangkat Korporal telah ditahan kerana menyebabkan seorang remaja yang bermotosikal. Kes yang telah viral ini berlaku pada waktu malam Hari Raya pertama di Melaka.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa motosikal bergerak dari satu arah. Tiba-tiba kelihatan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Polis datang dari arah bertentangan yang seperti sedang mengejar beberapa motosikal, dan memasukki simpang dengan tergesa-gesa. Perlakuan ini menyebabkan motosikal mangsa merempuh kenderaan tersebut dan mangsa tercampak daripada motosikal.

Mangsa dibawa ke Hospital Melaka, tetapi malangya meninggal dunia.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, memaklumkan anggota tugas ronda cegah jenayah Balai Polis Durian Tunggal itu ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada jam 9 pagi tadi (12 April).

Beliau berkata, ketika ini polis menunggu reaksi serta kerjasama daripada Korporal berusia 37 tahun itu.

“Ujian saringan awal air kencing turut dijalankan dan hasilnya anggota berkenaan bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah,” katanya.

Datuk Zainol bertambah, pihaknya menerima enam laporan setakat ini mengenai insiden tersebut dan tiga rakaman percakapan daripada saksi dan ahli keluarga mangsa sudah dilengkapkan.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu hingga menyebabkan kematian.

“Jika disabitkan, akta ini memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 hingga RM50,000,” katanya.

Beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian dapat menghubungi ketua bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik, IPD Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube