Bikesrepublic

Minuman Yang Terbaik Dan Yang Perlu Anda Elakkan Untuk Kekal Hidrat

Menunggang di bawah sinar matahari – Sumber imej: northernontario.travel
  • Mengekalkan kehidratan adalah amat penting sewaktu keadaan cuaca yang amat panas ini.
  • Tetapi, apakah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga, dan yang perlu anda elakkan supaya tidak berasa terlalu haus?
  • Bagaimana pun, perlu diingatkan supaya sentiasa bersederhana dalam pelbagai perkara.

Anda tidak tersalah baca. Benar, tajuk artikel ini berkaitan dengan penghidratan. Mengapa, anda tanya? Kerana cuaca yang teramat panas kebelakangan ini turut menjejaskan kita penunggang. Jadi, apakah cara terbaik untuk menangani masalah ini?

Di sini kami ada beberapa cadangan bagi mengelakkan diri anda daripada merasa ternyahhidrat sewaktu menunggang motosikal. Penyahhidratan adalah salah satu keadaan yang paling merbahaya yang boleh berlaku kepada penunggang. Ia boleh menyebabkan kita untuk hilang tumpuan dan mengakibatkan kesilapan dan pitam.

Baik untuk penghidratan:

1. Air masak/putih. Paling baik sekali.

2. 100 Plus. Atau minuman isotonik lain seperti Gatorade atau Pocari Sweat. Elektrolit (atau lebih mudah difahami sebagai garam) yang ada dalamnya menjadikan minuman isotonk lebih berkesan dalam menghilangkan kehausan. Meminum air yang dilarutkan dengan garam telah diamalkan di Malaysia sejak sekian lami, terutamanya bagi melawan rasa panas selepas makan durian.

3. Tembikai. 92 peratus cecairnya dikekalkan sewaktu anda makan tembikai. Namun, sekiranya anda memilih untuk minum jus buah-buahan yang lain, pastikan ianya segar tanpa gula. Minuman jus kotak mengandungi gula yang menghalang penghidratan. Cara terbaik adalah untuk membeli jus buah-buahan yang baru diperah – dan sekali lagi sebagai peringatan – tanpa gula.

4. Air kelapa. Kita cukup bertuah berada di Malaysia. Anda boleh jumpa air kelapa di mana-mana sahaja. Air kelapa mengandungi 95 peratus air, jauh lebih baik berbanding jus buah-buahan yang lain. Pastikannya anda minumnya segar tanpa sebarang gula.

5. Susu. Kerana susu lebih pekat daripada air, kita menganggapnya yang ianya akan menyebabkan kita berasa lebih haus, namun ini tidak benar. Di samping memiliki kalsium dan Vitamin D, susu memberikan anda tenaga pada hari yang panas. Tetapi ianya hanya berkesan untuk susu yang tidak berperisa, dan bukannya susu berperisa cokelat, strawberi, kurma dan sebagainya.

Minuman yang perlu dielakkan:

1. Minuman ringan. Ianya dipasarkan sebagai penghilang kehausan tetapi ianya penuh dengan kafein yang menyebabkan penyahhidratan. Tidak cukup dengan itu, ia juga dipenuhi dengan gula dan sodium yang merosakkan gigi dan tulang. Satu botol sudah mencukupi bagi memastikan anda segar sepanjang perjalanan.

2. Minuman tenaga. Minuman tenaga hanya membekalkan tenaga. Seteruk minuman ringan, minuman tenaga lebih teruk lagi kerana mempunyai lebih banyak kafein, gula dan bahan kimia kompleks. Seperti minuman ringan, ianya lebih baik jika diminum secara sederhana – satu botol sahaja sudah mencukupi sepanjang perjalanan bagi memastikan anda kekal segar – diikuti dengan air yang banyak.

3. Kopi. Diambil dalam jumlah sederhana, kopi boleh membantu ramai untuk kekal dalam keadaan berjaga, tetapi tidak semua. Bahan ini juga dianggap sebagai diuretik, bermakna ia mengeluarkan bendalir dan garam dari badan anda. Ia berfungsi dengan memaksa buah pinggang anda mengeluarkan lebih banyak sodium dalam air kencing. Sodium itu kemudiannya menyerap air dari dalam darah anda dan mengurangkan cecair yang mengalir dalam saluran darah anda.

4. ‘Smoothies’. Minuman buahan yang manis ini mengandungi jumlah gula yang terlalu tinggi. Ianya cukup hebat sekali bagi menyegarkan diri selepas penunggangan yang panjang atau bagi memulakan hari anda dengan suntikan vitamin semulajadi tetapi perlu dinikmati secara sederhana. Cara terbaik untuk menikmati minuman ini adalah dengan meletakkan lebih banyak ais untuk penghidratan.

Kesimpulan

Ada minuman yang bagus dan tidak bagus untuk anda, tetapi, kita diingatkan untuk bersederhana dari segala segi. Jika tidak, yang baik pun boleh mendatangkan kemudaratan. Kami harap tip ringkas ini dapat membantu anda.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube