Bikesrepublic

Warna Baharu untuk Honda RS-X 2024

Boon Siew Honda telah mengumumkan satu warna baharu bagi Honda RS-X (2024).

Warna baharu ini digelar Mat Ion Blue Metallic. Ia amat berlainan dengan warna-warna yang ditawarkan sebelum ini dan membuatkan motosikal nampak lebih stealth. Ia boleh didapati di pengedar Honda yang sah dan terpilih di seluruh negara mulai 22 Febuari 2024. Harga jualan Honda RS-X 2024 ini ialah RM9,798 tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran.

Model Honda RS-X tetap mendapat sambutan yang agak hangat di negara ini walaupun terdapat beberapa ciri yang “aneh” yang telah dilaporkan oleh pembeli sebelum ini. Antara sebab populariti motosikal ini ialah enjin 150cc, DOHC yang menghasilkan 15.8hp (11.8kW) pada 9,000 RPM dan tork maksimum 13.6Nm pada 7,000 RPM. Kuasa enjin ini dihantar melalui kotak gear 6 kelajuan. Sesiapa yang pernah menunggang RS-X akan berkata ia memberikan pecutan yang kuat khususnya pada RPM rendah dan sederhana. Sifat enjin membuatkannya amat sesuai bagi tunggangan dalam bandar.

Selain daripada itu, rekabentuknya pun agak menarik yang membuatkannya kelihatan lebih besar. Honda menggelar rekabentuk ini sebagai maskulin iaitu dalam istilah lain, “sado.” Rekabentuk ini ditambah dengan beberapa ciri seperti ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) 1-alur (1-channel). ABS 1-alur bermaksud ia hanya berfungsi untuk 1 roda, dalam kes ini roda depan. Tetapi ada ABS 1-alur lebih baik daripada tiada langsung!

Ciri-ciri lain termasuklan lampu-lampu LED serta papan meter digital.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan