Bikesrepublic

Model-Model Motosikal KTM Six Days 2018 Serba Baru Diperkenalkan Dengan Rangkaian Kemaskini Penuh

 

 

  • KTM Amerika Utara telah mengumumkan dua model motosikal KTM Six Days 2018 edisi khas serba baru bersempena dengan perlumbaan ‘off-road’ International Six Days Enduro (ISDE) tahun ini.
  • Dua model baru 2018 adalah KTM 300 XC-W Six Days dan KTM 450 EXC-F Six Days yang didatangkan dengan grafik istimewa serta pelbagai bentuk
    kemaskini prestasi.
  • Kedua-dua model ini telah diletakkan pada harga €9,298 (kira-kira RM46,104) bagi KTM 300 XC-W Six Days dan €10,499 (kira-kira RM52,060) untuk KTM 450 EXC-F Six Days.


Dua model edisi khas KTM Six Days yang cukup istimewa telah diperkenalkan oleh KTM Amerika Utara berikutan kejayaan yang dikecapi pengeluar itu di medan perlumbaan ‘off-road’. Model 2018 yang baru itu merupakan KTM 300 XC-W Six Days dan KTM 450 EXC-F Six Days telah dipilih sebagai platform yang paling sesuai untuk menyerlahkan lagi dua model motosikal ‘off-road’ yang amat berjaya.

Kedua-dua model 20198 ini diilhamkan dari International Six Days Enduro (ISDE) yang mana ianya akan diadakan di Brive-la-Gaillarde, Perancis untuk pusingan tahun ini. Kedua-dua KTM 300 XC-W dan KTM 450 EXC-F telah pun dihiaskan dengan grafik istimewa Six Days yang digabungkan dengan kerangka berwarna oren ikonik KTM.

Selain daripada grafiknya yang hebat itu, kedua-dua model ini didatangkan dengan pelbagai kemaskini prestasi yang dibuat khas dan bahagian yang tercanggih bagi memberikan kelebihan tambahan kepada pakej perlumbaan ‘off-road’ yang sudah cukup serba boleh ini.

Kemaskini prestasinya termasuk pengapit bertiga beranod oren, fork hadapan boleh laras sepenuhnya, pakej brek yang serba baru bagi bahagian hadapan dan juga belakang dibuat khas bagi membolehkan motosikal-motosikal ini sedia untuk dilumba.

Senarai penuh kemaskini KTM 300 XC-W Six Days 2018 adalah:

  • Fork hadapan dilengkapkan dengan pemboleh laras pra-muatan WP XPLOR.
  • Pengapit bertiga beranod oren yang ditukang mesin.
  • Palang pemegang dengan logo Six Days.
  • Suis ‘Map Select’.
  • Sproket belakang dua keping Supersprox Stealth.
  • Cakera brek hadapan terapung.
  • Cakera brek belakang.
  • Pelana perlumbaan Selle Dalla Wave Factory.
  • Peredam ekzos eksklusif dengan logo Six Days.
  • Plat kelincir enjin.
  • Penarik gandar hadapan.
  • Pemandu rantai oren.
  • Giant Wheels dengan logo Six Days.
  • Kerangka berwarna oren.
  • Grafik eksklusif Six Days.

Untuk KTM 450 EXC-F Six Days 2018 pula, kemaskininya adalah seperti berikut:

  • Fork hadapan dilengkapkan dengan pemboleh laras pra-muatan WP XPLOR.
  • Pengapit bertiga beranod oren yang ditukang mesin.
  • Palang pemegang dengan logo Six Days.
  • Suis ‘Map Select’.
  • Sproket belakang dua keping Supersprox Stealth.
  • Cakera brek hadapan terapung.
  • Cakera brek belakang.
  • Pelana perlumbaan Selle Dalla Wave Factory.
  • Peredam ekzos eksklusif dengan logo Six Days.
  • Plat kelincir enjin.
  • Penarik gandar hadapan.
  • Pemandu rantai oren.
  • Giant Wheels dengan logo Six Days.
  • Kerangka berwarna oren.
  • Kipas radiator.
  • Grafik eksklusif Six Days.

Terdapat beberapa edisi Six Days yang lain tersedia untuk pasaran berbeza di seluruh dunia seperti rangkaian 250, 350, dan 500 namun yang dua ini
merupakan yang terkini yang bukan sahaja datang dengan tema Six Days malah turut disertakan sejumlah besar kemaskini prestasi.

Buat sementara ini, harganya belum diumumkan secara rasmi lagi, namun apa yang dapat kami sahkan adalah bagi pasaran Eropah harga yang diletakkan pada dua jentera ini adalah €9,298 (kira-kira RM46,104) untuk 300 dan €10,499 (kira-kira RM52,060) bagi 450.

Sumber gambar: KTM

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan