Bikesrepublic

Helmet Replika AGV Pista GP R Valentino Rossi 2018 Diperkenalkan

  • Helmet replika AGV Pista GP R Valentino Rossi 2018 telah pun dilancarkan secara rasmi oleh AGV Helmets.
  • Helmet replika ini menggunakan rekaan yang sama sedang digunakan oleh Rossi dalam MotoGP musim 2018.
  • Pra-tempahan kini dibuka untuk pasaran UK bermula dari £999.99 (RM5,441).

AGV Helmets akhirnya telah memperkenalkan helmet replika AGV Pista GP R Valentino Rossi 2018 untuk jualan. Rekaan ini sedang digunakan oleh juara dunia Grand Prix sembilan kali tersebut di MotoGP musim 2018, di mana penunggang berusia 39 tahun tersebut tampil dengan gaya ‘old school’ dengan harapan ianya akan mencetuskan sesuatu yang luar biasa pada tahun ini.

Helmet replika ini boleh didapati bagi rangkaian helmet perlumbaan terbaik AGV, model Pista GP R (yang mana merupakan model yang sedang digunakan oleh Rossi sendiri sewaktu perlumbaan). Diilhamkan daripada zaman kegemilangan Formula 1 pada tahun 1970-an dan 1980-an, kemasan grafiknya adalah hasil ciptaan sahabat lama Rossi di Drudi Performance.

Sumber imej: MotoGP

Tidak sarat dengan pelbagai warna seperti helmet yang sebelum ini, logo ikonik “Sun and Moon” (Soleluna) milik Rossi itu telah menjadi tumpuan utama rekaan helmet ini, ditonjolkan dalam kombinasi warna kuning matte dan hitam. Sebagai tanda penghormatan buat saudara perlumbaan yang telah pergi meninggalkan kita, Marco Simoncelli, nombor 58 yang kecil dapat dilihat pada bahagian kiri belakang helmet berkenaan.

Sumber imej: MotoGP

Helmet Pista GP R ini dilengkapi dengan sebuah tiub yang disambung kepada sistem penghidratan yang berfungsi dan ‘spoiler’ aerodinamik yang dipertingkatkan yang telah disediakan khusus untuk perlumbaan. Satu tindakan yang bijak bagi mempertingkatkan lagi sebuah helmet perlumbaan karbon fiber yang sudah cukup mengagumkan.

Sumber imej: MotoGP

Helmet replika AGV Pista GP R Valentino Rossi 2018 ini belum boleh didapati di tanah air kita buat masa ini, namun, pra-tempahannya untuk pasaran UK telah pun dibuka dengan tanda harganya pada £999.99 (RM5,441). Kami berandaian yang helmet ini mungkin akan lebih murah sedikit sewaktu ia tiba di Malaysia nanti.

Marc Marquez Juara Dunia MotoGP 2018!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube