Bikesrepublic

Pampasan RM721,000 kepada Mangsa Kemalangan Jalan Berlubang

Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan sebuah syarikat penyelenggara jalan membayar pampasan RM721,000 kepada mangsa kemalangan setelah melanggar jalan berlubang.

Mangsa lelaki yang berusia 49 tahun itu tercedera selepas merempuh jalan berlubang yang tidak diselenggara di Pasir Gudang, berhampiran Taman Kota Masai, tiga tahun lalu.

Hakim, Sazlina Safie, membuat keputusan itu selepas mendapati Razali @ Mohd Leey Subeh, selaku plaintif (pihak yang mengeluarkan saman) berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd. Safwa Global Venture merupakan syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan berkenaan.

Beliau memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai responden pertama dan kedua, masing-masing atas kecederaan dan kerosakan yang dialaminya akibat kejadian itu.

Puan Hakim Sazlina berkata, “Mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa dari tarikh kejadian (11 Feb 2021) sehingga kerja-kerja penggalian pada 29 September 2022, lubang itu kekal di tempat kejadian tanpa sebarang pembaikan, seperti yang diakui oleh semua saksi.

“Mahkamah mendapati isu jalan berlubang di tempat kejadian telah dibuktikan dan diakui oleh defendan.

“Syarikat itu juga mengemukakan kenyataan bercanggah dalam pembelaan mereka apabila pada mulanya mendakwa bahawa mereka tidak melihat sebarang jalan berlubang, tetapi kemudian menemui jalan berlubang yang disebabkan oleh kerja-kerja kemudahan awam,” katanya dalam alasan penghakiman yang disiarkan di laman web kehakiman semalam .

Beliau berkata, syarikat itu berhujah bahawa lubang itu bukan tanggungjawab mereka kerana ia milik syarikat utiliti dan sepatutnya diselenggara subkontraktor atau pihak lain.

“Di sebalik dakwaan itu, syarikat gagal memulakan sebarang prosiding pihak ketiga terhadap mana-mana kontraktor atau pihak yang berkaitan dalam saman ini.

“Mahkamah juga mendapati adalah munasabah mangsa gagal menyedari jalan berlubang berikutan jarak penglihatan yang terhad dan pencahayaan yang tidak mencukupi di kawasan perumahan pada waktu kejadian,” katanya.

Oleh itu, mahkamah percaya defendan telah gagal dalam tugas mereka untuk menyelenggara jalan berkenaan dan mereka bertanggungjawab kepada plaintif di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).

“Walaupun kes ini merujuk kepada kerajaan dan GPA, ia adalah prinsip asas yang mesti diterapkan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan jalan yang disediakan selamat untuk pengguna.

“Oleh itu, Mahkamah menganugerahkan plaintif RM352,947.33 untuk ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti rugi am,” katanya.

Namun, pihak plaintif belum akan menerima wang pampasan tersebut dalam masa terikini, kerana syarikat itu akan memfailkan rayuan penghakiman berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube