Bikesrepublic

FNG Works Memenangi SUPERB MOD Challenge Dengan Sebuah Motosikal Modenas V15 Buatan Khas Yang Mengagumkan

 

  • SUPERB MOD Challenge 2017 yang telah dianjurkan oleh TERAJU dan Procara Entertainment telah menyaksikan para pembina motosikal buatan khas FNG Works muncul sebagai juara keseluruhan.
  • Lima peserta telah diberikan sebuah motosikal Modenas V15, RM10,000 dan 30 hari untuk membina motosikal buatan khas yang terbaik untuk festival Motonation yang telah dianjurkan di PICC.
  • FNG Works dan Rusty Factory, kedua-duanya dari Ipoh, telah muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan RM10,000.

Enam pembina motosikal buatan khas dari seluruh negara telah dipilih bagi menghasilkan tafsiran dan kerja pengkhususan terbaik mereka menggunakan motosikal Modenas V15 sebagai platform asas mereka. Berdasarkan undian awam yang telah dikutip melalui video yang telah dimuat naik di laman Facebook Rasmi Motonation beserta dengan pengadilan oleh panel juri professional, anak watan dari Ipoh telah menggondol kemenangan dengan FNG Works muncul sebagai juara, diikuti oleh Rusty Factory.

Secara keseluruhannya, terdapat lima pembina motosikal buatan khas yang ternama yang telah diberikan peluang keemasan dan FNG Works muncul unggul dengan jentera berinspirasikan skater/surfer/bmx. Setelah mengutip undian yang terbanyak, mereka telah membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM30,000.

Di tempat yang kedua, ciptaan Rusty Factory, “Monkey Joy”, juga turut mendapat manfaat daripada undian di atas talian di mana mereka telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Motosikal Modenas V15 mereka yang telah ditukar menjadi ala-scrambler itu tampak menakjubkan sekali terutamanya dengan kemasan warna ‘baby blue’nya itu yang seperti telah siap sedia untuk berseronok di atas jalan raya mahu pun di atas tanah merah. Kami bayangkan yang ianya cukup sesuai sekali untuk perlumbaan di tepi pantai dengan berlatar belakangkan matahari dan lautan.

Para pembina motosikal buatan khas ini telah di beri masa hanya sebulan dengan bajet sebanyak RM10,000 bagi melengkapkan mahakarya mereka. Sewaktu perbinaan motosikal buatan khas mereka itu, mereka perlu merakamkan perkembangan mereka melalui video sebagai sebahagian daripada acara utama Motonation yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya International Convention Centre – PICC) pada hujung minggu lalu.

Dianjurkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Procara Entertainment Sdn. Bhd., setiap peserta mendapat manfaat kerana mereka juga akan menyertai sebuah program latihan perniagaan selama tiga bulan. Dengan pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang industri, mereka berharap untuk dapat membantu para pembina motosikal buatan khas tempatan ini dalam pembangunan dari sudut pandangan perniagaan.

Tahniah diucapkan buat para pemenang dan peserta! Melalui Motonation, serta anjuran oleh TERAJU dan Procara, kancah buatan khas negara akan bertambah besar sedikit demi sedikit dengan harapan pada suatu hari nanti, Malaysia akan dikenali untuk bakat tempatan yang hebat yang diiktiraf di platform antarabangsa.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemeriahan festival gaya hidup dan automotif korporat Motonation selama tiga hari itu, TEKAN SINI.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan