Akhirnya, selepas berbulan-bulan dipratonton dan diacah, akhinya BMW F 450 GS telah dilancarkan di EICMA 2025.
Motosikal baharu ini menjanjikan kawalan yang lincah, tork dan kuasa enjin yang hebat, serta kepelbagaian kegunaan di atas jalan raya dan luar jalan raya.
Sorotan
- Enjin selari kembar (parallel-twin) baharu 420cc yang menghasilkan 35 kW (48 hp) pada 8,750 rpm dan 43 Nm pada 6,750 rpm.
- Ya, BMW Motorrad memilih untuk mengikut arah enjin berbilang-silinder berbanding dengan format satu silinder yang lazim dalam kelas ini.
- Juga menariknya, enjin kembar selari ini mempunyai aci engkol unik 135 darjah, berbeza dengan variasi 180 darjah, 270 darjah, atau 360 darjah pada motosikal lain.
- BMW mendakwa bahawa enjin ini hanya menggunakan 3.8 liter minyak untuk setiap 100 km, yang memberikan motosikal ini jarak maksimum potensi “melebihi 350 km” daripada tangkinya yang berkapasiti 14 liter.
- Selain enjin, satu lagi ciri baharu yang menarik ialah Easy Ride Clutch (ERC).
- Ia adalah sejenis klac sentrifugal yang membenarkan kendiri idling dan pertukarangear tanpa perlu menarik tuas klac (seperti yang terdapat pada kapcai berkuasa kecil).
- ERC ini hanya dipasang pada varian GS Trophy dan apabila digabungkan dengan Shift Assistant Pro, ia menghapuskan keperluan untuk mengoperasi klac secara manual.
- Walaubagaimanapun, tuas klac masih dikekalkan, sekiranya penunggang ingin campur tangan semasa melakukan manuver.
- BMW menerangkan bahawa ERC, walaupun berdasarkan konsep klac sentrifugal yang terdapat pada kapcai, sebenarnya adalah sistem “lebih maju” kerana plat klacnya kekal “tertutup” semasa kelajuan enjin melepasi titik merah.
- BMW F 450 GS menawarkan tiga mod penunggaan sebagai peralatan standard: “Rain”, “Road” dan “Enduro”, membolehkan motosikal disesuaikan mengikut keutamaan individu.
- Peralatan standard juga termasuk ABS Pro, Dynamic Brake Control (DBC), Dynamic Traction Control (DTC) dan kawalan tork brek enjin (MSR).
- Mod tambahan “Enduro Pro”, yang boleh didapati bermula dari varian peralatan Exclusive, direka untuk penggunaan off-road dengan tayar off-road berbunga kasar dan membenarkan ABS pada roda belakang dinyahaktifkan.
- Rangka yang dibangunkan khas terdiri daripada tiub keluli dikimpal dan bahagian tempaan.
- Suspensi di depan terdiri daripada fork terbalik KYB 43mm. Varian Sport dan GS Trophy mempunyai ciri yang dipanggil “sports suspension.” Fork ini boleh dilaras untuk redaman dan mampatan.
- Kawalan roda belakang disediakan oleh lengan ayun dua belah aluminium berongga tertutup, digandingkan dengan strut pusat KYB yang disambung secara langsung (pelarasan pramuat spring dan redaman).
- Roda standard pada BMW F 450 GS adalah aluminium tuang tetapi pemilik boleh memilih roda jejari silang Aksesori BMW Motorrad Asal.
- Tugas brek diuruskan oleh brek cakera tunggal terapung dengan kaliper tetap Brekbo 4-piston dan cakera brek 310 mm di depan, digandingkan dengan brek cakera tunggal dengan kaliper terapung 1-piston dan diameter 240 mm di belakang.
- BMW Motorrad ABS Pro adalah peralatan standard, ciri ini menyediakan brek ABS yang sensitif kecondongan.
- Dynamic Brake Control (DBC) menawarkan keselamatan meningkat ketika membrek, dengan mengelakkan penggunaan pendikit yang tidak disengajakan.
- Pemijak kaki dengan gearshift boleh laras dan tuas brek kaki untuk cengkaman optimum di atas dan luar jalan raya.
- Tuas tangan boleh laras sebagai standard.
- Pegangan pemegang dipanaskan sebagai standard.
- Lampu kepala dan lampu LED berkuasa sebagai standard.
- Ketersambungan dengan pilihan yang luas dan fungsi teladan dalam bentuk paparan TFT 6.5-inci yang besar dan mudah dibaca.
- Soket USB-C yang praktikal di kawasan kokpit.







