Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber imej : Visordown

Johan Zarco mengharapkan tugas Dani Pedrosa sebagai penguji jentera KTM dapat membantu dirinya untuk menyesuaikan diri dengan jentera RC16.

Zarco sekadar mengutip 10 mata setakat ini berbanding 38 mata yang dilakar rakan sepasukan, Pol Espargaro apabila bergelut untuk mendapat keserasian dengan jentera agresif KTM.

“Saya datang daripada Yamaha, jadi saya sudah biasa dengan corak tunggangan lancar di Tech3 Yamaha berbanding KTM yang lebih agresif.

“Saya rasa dua perbezaan ini jadi punca saya masih bergelut untuk menyesuaikan diri. Kadang-kala saya cuba memaksa diri untuk serasi tetapi sukar.

“Seperti saya, Dani juga seorang penunggang yang lancar tetapi dia tidak pernah menunggang jentera Yamaha seumur hidupnya. Sebab itu saya tidak sabar menanti pendapatnya setelah menguji jentera RC16. Saya nak tahu sama ada komen saya betul atau tidak,”ujar Zarco.

Zarco dan Pedrosa akan bersama-sama berada di atas litar bagi sesi ujian rasmi, Isnin ini dengan pelumba Sepanyol itu telah pun menjalani sesi ujian tertutup di Brno baru-baru ini.

Sementara itu, maklumbalas dariapda Pedrosa – juara 31 kali perlumbaan di MotoGP sebelum bersara di Valencia tahun lalu – telah meyakinkan Zarco untuk mencuba swingarm gentian karbon, hujung minggu ini.

“Saya akan mencuba swingarm baharu itu kerana Dani memaklumkan kepada kami bahawa keputusan amat positif. Kami juga pernah mencuba bahagian baharu itu di Jerez.

“Tetapi pada masa sama, kami juga perlu mencuba sesuatu yang baharu selain daripada swingarm,” tambah Zarco.

Sejak Ducati melancarkan Panigale V4, ramai yang menjangkakan pengeluar motosikal Itali itu akan memperkenalkan Streetfighter V4.

Jangkaan tersebut akhirnya direalisasikan apabila jentera tersebut dilihat melalui beberapa sesi ujian sekitar Eropah beberapa kali.

Bagaimanapun, persoalan akhirnya terjawab apabila Ducati hari ini berkongsi beberapa gambar prototaip jentera terbabit.

Rekaan tirus di bahagian depan dan tangki yang tajam menyempurnakan lagi pengayaan sebuah motosikal naked meskipun dilitupi corak camo!

Berminat untuk melihat jentera luar biasa ini dengan lebih dekat? Ducati Streetfighter V4 akan beraksi di Pikes Peak International Hill Climb di Amerika Syarikat sambil ditunggangi bekas juara Pikes Peak, Carlin Dunne.

Ducati melihat perlumbaan ‘Race to the Clouds’ itu merupakan medan terbaik bagi menguji kemampuan jentera tersebut yang direka untuk kegunaan di jalan raya berbanding litar lumba.

Ducati Streetfighter V4 menggunakan enjin 1100cc daripada Panigale V4 namun dibezakan dengan ketiadaan fairing. Handlebar yang terdapat di Streetfighter juga adalah lebih lebar dan tinggi.

Meskipun dilitupi dengan corak ‘pixelated’ yang direka oleh Centro Stile Ducati namun rupa bentuk keseluruhan Streetfighter V4 masih dapat dilihat dengan jelas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali berkata Ducati Streetfighter V4 bakal menjadi antara bintang utama bagi Ducati World Premiere 2020.

Ducati Streetfighter V4 akan ditayangkan di EICMA 2019 hujung tahun ini dan dijangka akan berada di pasaran pada Mac 2020.

(SUMBER: Auto NDTV)

Sempena dengan Malaysia Tech Week 2019, anda berpeluang memenangi sebuah Proton Iriz 2019 edisi Razer jika anda menggunakan aplikasi Razer Pay untuk membuat sebarang pembelian.

Iriz Razer Edition ini didatangkan dengan warna ikonik hijau neon Razer yang kebiasaannya dikaitkan dengan produk ‘gaming’ Razer lain.

Hadiah utama ini pastinya bakal menarik perhatian orang ramai untuk sertai pertandingan ini lebih-lebih lagi para ‘gamers’ yang mahu melengkapkan aksesori Razer sedia ada.

Pelanggan boleh sertai pertandingan ini dengan mengunakan aplikasi Razer Pay untuk membuat pembelian di Starbucks, 7-Eleven, Celcom Xpax dan servis ganjaran Razer Gold, hari ini hingga 30 Jun 2019.

 

Pusat pameran automotif terbesar di Malaysia, Naza Automall akan mengadakan Rumah Terbuka Naza Gaya Raya sempena sambutan Hari Raya hujung minggu ini.

Rumah terbuka tersebut turut berlangsung serentak dengan promosi penghabisan stok pertengahan tahun oleh Naza Motor Trading dengan lebih 40 kenderaan import terpakai ‘high grade’ akan ditawarkan dengan harga rendah.

Dari 15 hingga 16 Jun ini, lebih daripada 100 kereta pelbagai jenama akan dipamerkan di Naza Automall. Ambil peluang ini untuk menikmati penjimatan hebat di Naza Motor Trading dengan pelbagai model terpilih antaranya, Mercedes-Benz E250, CLS400, Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan Lexus NX200T.

Selaind daripada kereta terpakai ‘high grade’ambil peluang ini untuk menikmati promosi Hari Raya daripada jenama lain di bawah Naza Group, antaranya DS Automobiles, Ducati dan Vespa!

Anda juga akan disaji dengan makanan ala buffet, permainan tradisional Melayu sambil ditemani alunan muszik Ghazal.

Jangan lupa kunjungi Rumah Terbuka Naza Gaya Raya hujung minggu ini dan lihat sendiri segala tawaran istimewa yang terdapat di Naza Automall Petaling Jaya.

Ketika Stefan Pierer mengambil alih KTM pada 1991, pengeluar motosikal berpangkalan di Austria itu berdepan masa depan yang suram apabila ketinggalan dibelakang berbanding jenama Jepun.

Pierer kemudiannya mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan KTM dan hasilnya, 28 tahun kemudian, jumlah penghasilan motosikal KTM dalam masa sehari menyamai jumlah penghasilan dalam masa setahun ketika Pierer mula-mula sertai KTM.

Kini, KTM baharu sahaja mengatasi penjualan Harley-Davidson sebagai peneraju pengeluar motosikal di luar pasaran Asia.

“Kualiti yang kami hasilkan pada waktu itu (1991) menjadi bahan ketawa orang ramai. Tetapi setiap krisis yang timbul merupakan peluang untuk kami perbaiki apa yang perlu,” jelas Pierer.

KTM kini berhajat untuk muncul pengeluar motosikal tiga terbaik di dunia.

Dalam tempoh beberapa tahun ini, penjualan KTM meningkat empat kali ganda meskipun pasaran dua roda di Eropah turun 14 peratus. Pierer yakin rekaan baharu dan pemfokusan terhadap pasaran Asia akan membantu KTM mencapai penjualan tahunan sekitar 400,000 unit menjelang 2022 sekaligus mampu mengatasi Kawasaki Motors yang menduduki tempat ketiga ranking penjualan motosikal.

Tahun lalu, meskipun KTM menjual 261,000 unit motosikal – lebih 35,000 unit berbanding Harley- namun pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu menjana keuntungan tiga kali ganda berbanding KTM USD1.75bilion susulan motosikal Harley adalah jauh lebih mahal.

Sementara bagi segmen moped dan skuter, KTM masih ketinggalan di belakang Piaggio Group di Eropah manakala kedudukan Honda Motor Co. (dengan 20 juta unit dijual tahun lalu) dan Yamaha Motor Co. (5.4 juta unit dijual) nyata terlalu sukar untuk ditandingi.

Jenama KTM lahir di sebuah pekan kecil – Mattighofen – yang terletak selatan sempadan Jerman pada tahun 1934. Ketika Austria muncul selepas Perang Dunia Ke-2 dan cuba untuk membangun, KTM memainkan peranan dengan menghasilkan jentera dua roda yang murah dan tahan lasak agar orang ramai dapat kembali bergerak.

Selepas 40 tahun, pengasas KTM, Hans Trunkenpolz dan anaknya Erich berjaya membentuk jenama mereka sebagai ikon motosikal Austria dengan menghasilkan jentera yang mampu mendominasi permukaan jalan di Alpine.

Bagaimanapun, ketika Erich meninggal dunia sehari sebelum Krismas pada 1989, tanpa sebarang waris, jenama KTM beralih ke tangan pelabur yang tiada pengetahuan terhadap motosikal sekaligus mencetuskan kejatuhan jenama tersebut.

KTM kembali bangkit apabila memperkenalkan Pierer dengan bayaran gaji USD4 juta.

Tindakan pertamanya adalah dengan memberhentikan penghasilan moped dan ‘street bike’ bagi memberi fokus terhadap jentera off-road.

Pada 1993, dia menghantar pasukan bagi menyertai rali Paris-Dakar yang berjalan selama tiga minggu. Meskipun bergelut pada awalnya, KTM kini memenangi setiap edisi perlumbaan tersebut sejak tahun 2001 sekaligus menjadikan motosikal KTM sebagai nama besar bagi pencinta motosikal off-road.

Pierer kembali memperkenalkan motosikal ‘street bike’ 20 tahun lalu yang kini menjana separuh daripada penjualan KTM.

Kemudian pada 2007, Pierer menjalin kerjasama dengan Bajaj Auto Ltd – pengeluar motosikal di India. Bajaj merupakan pengeluar terbesar di dunia dalam menghasilkan jentera tiga roda – yang rata-rata digunakan sebagai teksi di negara membangun – tetapi tiada kepakaran dalam menghasilkan enjin empat strok, ‘fuel injection’ dan brek anti-lock yang kemudiannya dibangunkan dengan bantuan KTM.

Sebagai ganti, KTM mendapat tapak pengeluaran dengan kos perbelanjaan jauh lebih murah berbanding di Austria dan jaringan pengedar terbaik di pasaran motosikal terbesar di dunia.

Enam tahun lalu, KTM mengambil alih Husqvarna daripada BMW AG. Husqvarna membantu KTM mencapai hasrat untuk menghasilkan beberapa model berbeza namun dengan alat ganti yang sama. Kedua-dua jenama ini kini berkongsi enjin, sistem penyerap hentakan, kotak gear dan beberapa komponen lain tetapi masih mengekalkan identiti masing-masing.

“Di litar lumba, Husqvarna merupakan seteru utama KTM tetapi dalam aspek lain, kami adalah satu keluarga,” tambah Pierer.

Sementara itu, Pierer kini bercadang untuk melakukan perkara sama dengan Ducati, jenama motosikal Itali yang dicanang bakal dijual Volkswagen AG serta Triumph, pengeluar motosikal Britain yang sedang bergelut untuk membangun.

Sumber: Afdlin Shauki @ Instagram

Pelakon, pelawak dan pengacara popular tanah air, Afdlin Shauki memuat naik berita sedih di laman sosial Instagram miliknya apabila memaklumkan bahawa adiknya, Jefri Adzman telah meninggal dunia.

“Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.

“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.

“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.

“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep,” – Afdlin Shauki

Arwah mengalami kecederaan serius apabila terlibat dalam satu kemalangan di hadapan stesen Petronas, Kota Damansara, Ahad lalu.

Menurut laporan Mstar, mangsa – yang ketika itu menunggang Vespa – dilanggar dibahagian tepi oleh sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hijau.

Afdlin menerusi akaun Instagram ada memuat naik video meminta orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat atau rakaman dashcam mengenai kejadian tersebut, semalam.

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube