Bikesrepublic

Triumph Speed Twin 1200 (2025) Dilancarkan – Lebih “Power,” Spesifikasi Lebih Tinggi

Triumph telah mengacah sebuah model baharu baru-baru ini dan kami menjangkakan ia adalah Triumph Speed ​​Twin 1200 (2025), bukannya varian Speed ​​400.

Ia ternyata benar, tetapi kami tidak menjangkakan model 1200 yang dikemaskini ini lebih berkuasa dan bercirikan spesifikasi yang lebih tinggi. Bagaimanapun, ia sepatutnya begitu memandangkan Triumph akan menghentikan produksi pelumba kafe Thruxton 1200 mulai tahun depan. Oleh itu, kini giliran Speed ​​Twin untuk melangkah ke hadapan. Terdapat dua varian Triumph Speed ​​Twin 1200 (2025) – standard dan RS.

Enjin untuk kedua-dua versi standard dan RS kekal sama iaitu jenis dua silinder selari 1200cc dengan engkol 270 darjah, tetapi ia kini menampilkan aci sesondol dengan profil baharu dan pemasaan pencucuhan baharu, untuk “memberikan pecutan lebih kuat dan lebih lama sehingga had RPM.” Oleh itu, kuasa maksimum dinaikkan sebanyak 5hp pada 7,750 RPM daripada 99hp. Tork maksimum ialah 112.6Nm pada 4,250 RPM. Itu adalah sebaran 3,500 RPM antara tork puncak dan kuasa puncak yang sangat baik dan memberikan penunggang “kuasa di mana-mana” dalam julat RPM.

Casis untuk versi standard termasuk fork terbalik Marzocchi 43mm yang disemak semula dan penyerap hentak belakang Marzocchi berkembar dengan takungan. Terdapat sepasang cakera brek 320mm di hadapan, manakala tayar adalah Metzeler Sportec M9RR. Bar hendal dinaikkan lebih tinggi dan lebih ke hadapan untuk memberikan kedudukan tunggangan yang lebih lapang.

Bagi RS pula, bahagian hadapan menampilkan fork Marzocchi boleh laras sepenuhnya, dan penyerap hentak belakang Öhlins. Brek hadapan juga menggunakan cakera berkembar 320mm, tetapi diapit oleh kaliper Brembo Stylema. Tayar juga ditukar kepada Metzeler Racetec RR K3 yang lebih berprestasi tinggi. Hendalnya mempunyai kedudukan yang sama seperti standard tetapi pemijak kaki diletakkan lebih tinggi dan lebih jauh ke belakang. Pembeli juga boleh memilih bar hendal clip-on yang lebih sporty.

Bagi ciri bantuan penunggang pula, kedua-dua versi dilengkapi dengan unit ukuran inersia enam paksi (IMU) yang menyediakan ABS dan kawalan cengkaman yang peka kepada sudut mereng motosikal. Versi standard mempunyai mod tunggangan Road dan Rain, manakala RS mempunyai mod Sport tambahan.

Terdapat papan pemuka berbentuk bulat baharu yang menggabungkan elemen LCD dan TFT, dan menyediakan navigasi belokan demi belokan melalui sambungan Bluetooth ke telefon pintar anda.

Daripada segi rekabentuk, Triumph Speed ​​Twin 1200 (2025) mungkin kelihatan sama seperti Bonneville yang lain, tetapi tangkinya telah dibentuk semula dengan garisan bergaris dan potongan lutut yang lebih dalam, dan dengan penutup baharu. Panel sisi kelihatan lebih bersih dan lampu utama LED mempunyai lampu nyalaan siang (DRL) baharu.

Nampak? Triumph Speed ​​Twin 1200 (2025) akan mengambil alih daripada Thruxton, sambil menawarkan lebih banyak pilihan serta lebih selesa. Selang servis adalah pada setiap 16,000km.

Harga ialah £12,495 (RM69,955.98) untuk Speed ​​Twin yang standard dan £14,495 (RM81,126.48) untuk Speed ​​Twin 1200 RS.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube