Bikesrepublic

Berita Terkini

Menurut kajian yang dilaksanakan Kantar Millward Brown yang dikenali sebagai Brandz Top 100 Most Valuable Global Brands 2019, pengeluar kereta Jepun, Toyota muncul sebagai jenama automotif paling bernilai tahun ini sekaligus mengekalkan kedudukan tersebut untuk tujuh tahun berturut-turut.

Tempat kedua menjadi milik pengeluar kereta Jerman, Mercedes sementara BMW ketiga.

Terdapat pelbagai cara untuk mengukur kedudukan sesuatu jenama antaranya dengan mengambil kira hasil penjualan, keuntungan dan berapa ramai pengikut di media sosial. Bagaimanapun, bagi pengeluar kereta mereka juga perlu bijak dalam memasarkan jenama mereka kepada orang ramai.

Meskipun kajian tersebut menandakan kejayaan bagi Toyota bagi kategori automotif namun apabila dirangkumkan dengan 100 jenama lain, pengeluar kereta Jepun itu sekadar menduduki tangga ke-41, diikuti Mercedes (54) dan BMW (55).

Kesemua jenama automotif kehilangan beberapa kedudukan berbanding tahun lalu dengan Volkswagen muncul satu-satunya nama yang berjaya memperbaiki kedudukan meskipun terpalit dengan skandal Dieselgate sebelum ini. Sementara Porsche yang baru menembusi ranking tersebut berjaya mengetepikan Maruti-Suzuki.

Bukan mudah untuk jenama automotif menembusi ranking 10 terbaik dunia yang rata-rata didominasi Amazon, Apple dan Google. Jenama ini menawarkan pelbagai servis kepada orang ramai sekalgus menyukarkan jenama automotif untuk bersaing.

BMW Group Malaysia dengan kerjasama dengan ParkEasy, Shell Malaysia dan Sunway Group memperkenalkan Reserve + Shell Recharge Bays sekaligus membuktikan komitmen BMW untuk menerajui industri automotif di Malaysia dengan Electro-Mobility (e-mobiliti).

Pelancaran pusat pengecas Reserve + Shell Recharge Bays adalah sebahagian daripada usaha BMW untuk terus menerajui e-mobiliti di Malaysia.

Penyediaan kemudahan ini penting bagi memacu kehendak pengguna rakyat Malaysia terhadap kenderaan elektrik. 10 tapak letak kereta dengan stesen pengecas telah disediakan di pusat membeli-belah milik Sunway – lima di Sunway Pyramid, tiga di Sunway Pinnacle dan dua di Sunway Velocity.

Jalinan kerjasama dengan ParkEasy dan Shell Malaysia juga menyaksikan Reserve + Shell Recharge Bays akan disediakan dibeberapa pusat membeli-belah lain.

ParkEasy merupakan aplikasi yang membenarkan kenderaan elektrik (EV) atau pengguna PHEV untuk membuat tempahan parking satu jam lebih awal di Reserve + Shell Recharge Bays – yang menggunakan fasiliti pengecas BMW i – sekaligus anda tidak perlu bimbang jika ketiadaan tempat untuk mengecas kenderaan anda!

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl menyifatkan kerjasama ini selari dengan arus permintaan semasa rakyat Malaysia terhadap kenderaan EV.

“Malaysia merupakan antara negara yang paling progresif dalam menerajui Visionary Mobility bagi BMW Group. Ini menandakan bahawa Malaysia juga memburu tenaga baharu demi masa depan yang lebih baik. Bagi menyokong kehendak ini, BMW Group Malaysia akan terus bergerak seiring dalam menyediakan kemudahan stesen pengecas bagi EV di seluruh negara,”jelasnya.

Hoelzl turut menjelaskan bahawa BWM Group Malaysia akan menambah stesen pengecas BMW i Charging dengan kerjasama ParkEasy dan Shell Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata jalinan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Shell untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan.

“Fokus kami adalah untuk menawarkan penyelesaian terbaik bagi memudahkan pelanggan kami. Kerjasama dengan ParkEasy bersama-sama BMW Group Malaysia dan Sunway Group membuka peluang kepada kami untuk terus menawarkan servis terbaik,”jelasnya.

Pada 2014, Honda Mean Mower memegang takhta sebagai World Fastest Lawnmower apabila mampu mencapai kelajuan 187.6km/j hasil bantuan enjin VTR Firestorm yang menjana 108hp.

Honda Mean Mower kini kembali melakar pencapaian baharu apabila mengukir nama dalam Guinness World Record kategori ‘Fastest Acceleration 0-100mph For A Lawnmower’ – mencapai kelajuan 0-100mph dibawah 6.285 saat.

Kejayaan itu mampu dilakukan apabila mereka beralih daripada enjin VTR Firestorm kepada CBR1000RR! Honda turut mendakwa bahawa Mean Mower mereka mampu mencapai kelajuan 241km/j sekiranya ditempatkan di litar yang lebih panjang.

Bentuk luaran Mean Mower datang daripada model mesin pemotong rumput Honda HF2622 tetapi dengan kerangka khas yang dibina bagi menampung kuasa yang dihasilkan enjin CBR1000RR.

Bagi memastikan jentera Mean Mower layak disenaraikan dalam kategori ‘Fastest Acceleration 0-100mph For A Lawnmower’, jentera itu dilengkapi dengan dua bilah pemotong rumput gantian karbon dibahagian bawah.

Saksikan video Honda Mean Mower menempah nama dalam Guiness World Record:

(SUMBER: Motor1)

Jonas Folger akan mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing dalam perlumbaan Moto2 hujung minggu ini di litar Catalunya bagi menggantikan Khairul Idham Pawi.

Folger bakal beraksi dalam tiga pusingan Moto2 sementara menanti Khairul sembuh sepenuhnya setelah mengalami kecederaan tangan ketika di GP Sepanyol, bulan lalu.

Sebelum ini, Mattia Pasini merupakan pelumba gantian kepada Khairul Idham ketika aksi di Le Mans dan Mugello namun dia mengalami kecederaan tulang selangka (collarbone) apabila terlibat dalam kemalangan motorcross.

Folger memiliki rekod mengagumkan di perlumbaan Grand Prix, menang lima perlumbaan dan merekodkan 24 kejayaan menaiki podium di samping turut memenangi tiga perlumbaan bagi kelas pertengahan.

Jentera Triumph-Kalex Moto2 juga bukanlah asing bagi Folger kerana dia memainkan peranan sebagai penunggang utama bagi jentera terbabit ketika projek pembangunan di peringkat awal.

Folger juga tidak dapat menyembunyikan keterujaannya untuk kembali bersaing.

“Saya sangat teruja untuk kembali bertanding. Saya tidak sabar untuk kembali ke atas motosikal dan kembali merasai senario perlumbaan. Petronas Sprinta Racing merupakan pasukan yang cukup profesional dalam ketiga-tiga kategori.

“Saya juga mengenali beberapa individu dalam pasukan Moto2 jadi saya tidak sabar untuk kembali bekerjasama dengan mereka. Saya juga pernah menaiki podium ketika di Barcelona sebelum ini dan litar Catalunya amat sesuai dengan skil saya.

“Kalex sememangnya jentera yang sangat seronok untuk ditunggang kerana gaya tunggangan adalah sama seperti jentera di MotoGP. Penggunaan enjin Triumph juga membuatkan jentera Moto2 seakan menunggang motosikal MotoGP. Saya tidak sabar untuk kembali beraksi!,” ujarnya.

Sumber: Cars and Bikes

Seorang wartawan automotif hilang selepas selesai tunggang uji motosikal jenis Honda CB1000R di Amerika Syarikat.

David Gordon Johnson, 44 tahun – yang dilaporkan hilang sejak 5 Jun lalu – difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menguji CB1000R selama dua hari di California dan Nevada.

2018 CB1000R

 

David- yang bekerja sebagai penulis sambilan untuk Motorcyclist Magazine – kali terakhir dihubungi pada Rabu lalu.

Teman wanitanya, Jaclyn Trop berkata David menghubunginya menerusi aplikasi pesanan ringkas dan memaklumkan bahawa dia berasa sedikit penat.

Beberapa jam kemudian, Jaclyn menerima gambar David yang berada di dalam sungai. Jaclyn kemudiannya melaporkan David hilang kepada pihak berkuasa Sacramento pada hari yang sama selepas gagal menghubunginya.

Pasukan pencari berjaya menemui motosikal tersebut di sebuah hentian rehat Jumaat lalu, dan beberapa hari kemudian, mereka menjumpai baju, telefon bimbit dan laptop berdekatan dengan sebuah sungai.

Ketika ini masih tiada maklumat lanjut mengenai status David.

Bagi peminat permainan konsol Xbox, pastinya anda mengikuti perkembangan persidangan E3 yang berlangsung semalam yang telah memaparkan beberapa permainan menarik yang bakal memasuki pasaran.

Antara yang mencuri perhatian adalah permainan Forza Horizon 4 – permainan bertemakan perlumbaan kereta – yang telah dikemas kini dengan beberapa pertambahan baharu.

Bagi membuatkan perlumbaan di Horizon 4 lebih menarik, pereka permainan tersebut, Playground Games bersama-sama Microsoft memperkenalkan perlumbaan dan kereta bertemakan LEGO!

 

Tema yang diperkenalkan tersebut memberi peluang kepada ‘gamers’ untuk berlumba dengan kereta seperti McLaren Senna, Ferrari F40 Competizione dan Mini Cooper S Rally 1967 yang diperbuat daripada LEGO di Lego City.

Bukan itu sahaja, ‘gamers’ juga berpeluang untuk berlumba kereta LEGO ini dengan kereta lain yang terdapat dalam permainan tersebut.

Bagi meraikan penggabungan ini, Lego dan McLaren telah menghasilkan replika McLaren Senna diperbuat daripada Lego 100 peratus dan dipamerkan di persidangan E3.

Forza Horizon 4 Lego Speed Championship akan dilancarkan di seluruh dunia pada 13 Jun ini di konsol Xbox One dan Windows 10 PC. Sementara itu, jika anda sudah pun memiliki Forza Horizon 4 Ultimate Edition, Forza Horizon 4 Expansions Bundle atau Forza Horizon 4 Ultimate Add-Ons Bundle akan mendapat kemas kini baharu ini secara percuma!

Dalam perkembangan masa, kemas kini terbaru itu turut memperkenalkan jentera sport car elektrik Rimac C_Two.

Rimac berkata mereka mahu ‘gamer’ seluruh dunia terutamanya peminat Forza Horizon 4 mendapat peluang eksklusif untuk merasai sendiri prestasi jentera tersebut. Memiliki hp setinggi 1,914, C_Two muncul kereta terpantas dan berkuasa dalam Horizon 4.

Saksikan treler Forza Horizon 4 yang ditayangkan di E3 di bawah:

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube