Bikesrepublic

Berita Terkini

Sempena dengan Art Of Speed (AOS) 2019 yang akan berlangsung hujung minggu ini (27-28 Julai), tawaran hebat daripada Harley Davidson menanti pengunjung!

Anda kini boleh mendapatkan model Harley Davidson Sportster serba baharu dengan tambahan sistem ekzos Screamin’ Eagle yang bernilai RM4,685!

Tawaran ini hanya terbuka pada pengunjung di AOS 2019, harga bermula dari RM62,600 dengan waranti dua tahun.

Harley Davidson turut menawarkan pinjaman sehingga 7 tahun dengan kadar faedah serendah 3.6 peratus!

Antara model Sportster ditawarkan adalah Superlow, Iron 883, Iron 1200, 1200 Custom, 48 dan 1200 Roadster.

Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi Moto Guzzi menawarkan promosi luar biasa buat peminat jenama motosikal Itali itu.

“Ride-Now-Pay-Later” memberi peluang kepada orang ramai untuk membawa balik sebuah jentera Moto Guzzi secara percuma sehingga 6 bulan sekaligus anda tidak perlu pening kepala tidak cukup duit untuk memiliki motosikal idaman!

Tawaran ini terbuka dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2019 dengan pendaftaran motosikal perlu dilakukan sebelum tarikh tutup tersebut.

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke pengedar berikut:

  • Welly World Cycle
    • No. 2135, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, 47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 012-9412322
  • Stronghold Cycles @ The Gasket Alley
    • Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, 016-3738656
  • Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd.
    • No 24, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang, 012-4018932
  • Soon Hin Co.
    • A-139 & A-141, Jalan Beserah,, Kuantan, Taman Seaview, 25300 Kuantan, Pahang, 016-9350055

 

Media MalayMail hari ini memuat naik laporan khas mengenai keadaan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan bagaimanapun, ruangan komen netizen turut mencuri perhatian.

Berdasarkan beberapa komen yang dikongsikan, ada yang berpendapat laluan motosikal bukan satu isu sebaliknya, penunggang motosikal yang harus dipertanggungjawabkan.

Berikut antara komen diutarakan:

“Ini bukan tentang laluan motosikal. Tak boleh ke penunggang motosikal hanya menggunakan laluan paling kiri terutamanya di lebuhraya LDP? Mereka gemar menyelinap diantara kenderaan lain dan ada segelintir mereka akan memarahi pemandu kereta jika kami cuba memintas”

“Penunggang motosikal menyusahkan orang ramai!”

Tidak dinafikan terdapat penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal disediakan namun pelbagai faktor memainkan peranan terhadap tindakan itu antaranya keadaan laluan disediakan tidak menjamin keselamatan penunggang.

Pada masa sama, rata-rata yang menggunakan laluan paling kiri adalah kenderaan besar antaranya bas dan lori yang turut boleh mengancam nyawa penunggang motosikal.

Semalam, pasangan suami isteri maut di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur lalu mencetuskan perdebatan di laman sosial mengenai status keselamatan laluan tersebut.

Difahamkan kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda CBR500R tidak sempat mengelak daripada kemalangan lain yang berlaku dihadapan mereka.

Dalam isu ini, sememangnya mudah untuk menuding jari kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal yang dianggap sebagai ‘menyusahkan’ pemandu kereta.

Bagaimanapun, hakikatnya penunggang motosikal lebih berisiko untuk berdepan bahaya dengan statistik oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), mendedahkan seramai 4,348 kematian daripada 6,740 kemalangan pada 2017 membabitkan penunggang motosikal.

Diharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan isu laluan motosikal terutamanya di lebuhraya agar dapat menjamin keselamatan penunggang sekaligus tidak lagi dilabel sebagai entiti yang ‘menyusahkan’ oleh pemandu kereta lain.

Jentera sulung hasil daripada kerjasama Bajaj-Triumph dijangka akan memasuki pasaran awal tahun depan.

Kerjasama di antara Bajaj dan Triumph untuk menghasilkan motosikal dengan enjin ‘mid-size’ diumumkan Ogos tahun lalu.

Hubungan terjalin dengan Triumph dijangka akan membawa impak besar sepertimana kejayaan Bajaj dalam kembali mengukuhkan jenama KTM setelah membeli 49 peratus saham.

Faktor itu membuktikan Bajaj memiliki resume mantap dalam memastikan kejayaan bakal dicapai dalam aspek menjalinkan kerjasama dengan jenama antarabangsa lain.

Bajaj dan Triumph dijangka akan menggabungkan kepakaran mereka dalam membentuk peluang dan sinergi baharu dengan persetujuan bersama dilaporkan telah pun dicapai.

Jalinan kerjasama ini dijangka akan menghasilkan sebuah jentera ‘mid-size’ yang akan dihasilkan di kilang Bajaj.

Rekaan motosikal tersebut akan dihasilkan oleh Triumph sementara aspek kejuruteraan akan diuruskan Bajaj. Tatkala pasaran motosikal premium semakin meningkat kebelakangan ini, kerjasama dengan Bajaj turut akan membuka peluang kepada Triumph untuk bersaing dengan Harley Davidsond dan Royal Enfield.

Pada masa sama, Bajaj – pengeksport motosikal terbesar ke luar negara dari India – juga berharap dapat menjual motosikal berkapasiti tinggi menggunakan kepakaran Triumph di negara membangun.

Difahamkan, model sulung hasil kerjasama Bajaj-Triumph akan memasuki pasaran awal tahun depan dengan saiz enjin sekitar 500cc.

Sebuah pasangan suami isteri yang sedang menunggang motosikal jenis Honda CBR500R disahkan maut setelah terlibat dalam kemalangan yang berlaku di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan di hadapan bangunan Avon, hari ini.

Kemalangan tersebut turut membabitkan beberapa motosikal lain jenis antaranya Suzuki Axelo dan Yamaha 135 LC.

Ketika ini masih tiada maklumat rasmi daripada pihak berwajib mengenai punca kejadian tersebut berlaku.

Sementara itu, penunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati ketika melalui laluan motosikal.

(SUMBER: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis)

Setelah dipertontonkan kepada orang ramai Mac lalu ketika pelancaran BMW 3 Series, BMW Malaysia akhirnya melancarkan secara rasmi BMW Z4 serba baharu, hari ini.

BMW telah mengekalkan identiti ‘sport roadster’ yang sememangnya sinonim dengan model Z4 seperti sebelum ini namun reka bentuk casis dan rekaan keseluruhan ternyata membuatkan model ini lain daripada yang lain.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl menyifatkan BMW Z4 serba baharu ini akan mengukuhkan lagi sejarah jenama pengeluar kereta Jerman dalam pembikinan jentera roadster.

“BMW memiliki sejarah dalam menghasilkan jentera roadster yang ikonik; bermula daripada BMW 315/1 sehingga ke BMW Z4 generasi kedua.

“Sehingga hari ini, model Z3 dan model Z4 sebelum ini merupakan kereta dua tempat duduk ‘drop-tops’paling laris bagi segmen premium.

“Kini BMW Z4 serba baharu ini tampil lebih menyerlah dan bakal mengukir nama tersendiri dalam sejarah BMW,”jelasnya.

Rekaan estetik moden

  • Gabungan DNA roadster tradisional dan rekaan moden
  • Trim M Sport bagi pasaran Malaysia
  • Gril lebih rendah menonjolkan identiti roadster
  • Lampu depan LED berbentuk heksagon
  • Lampu belakang 3D
  • Spoiler

Enjin berkuasa dengan chasis diperkuat

  • 2.0L empat silinder
  • 258hp dengan 400 Nm di antara 1,550 hingga 4,400rpm
  • kelajuan maksima 250km/j
  • transmisi lapan-kelajuan Steptronic Sport
  • Suspensi M Sport
  • Variable Sport Steering

Antara ciri menarik lain yang terdapat pada Z4:

  • BMW Live Cockpit Professional
  • BMW Digital Key – akses kereta dengan menggunakan telefon pintar Android
  • Intelligent Parking Assistant

BMW Z4 ditawarkan dengan empat warna pilihan; San Francisco Red, Misano Blue, Black Sapphire dan Alpine White dengan bahagian dalam boleh didapati dengan pilihan warna Black, Magma Red atau Cognac.

Sila kunjungi pengedar rasmi BMW untuk melihat model baharu ini dengan lebih dekat atau layari www.bmwbethefirst.com.my untuk membuat tempahan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube