Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengeluar penyerap hentakan dari Taiwan, JDS Suspension melancarkan produk edisi terhad,JDS J3 Monoshock yang lahir dengan kerjasama juara kategori Underbone 150cc Asia Road Racing (ARRC) 2018, Md Helmi Azman daripada SCK Racing Team.

Penyerap hentakan serba baharu ini dihasilkan bagi meningkatkan tahap keselamatan sekaligus memberi pengalaman tunggangan lebih selesa.

Monoshock merupakan komponen yang penting terutamanya dalam memastikan tunggangan yang selesa. Bagaimanapun, setiap penyerap hentakan yang terdapat dalam pasaran dihasilkan secara besar-besaran lantas menyukarkan penunggang motosikal untuk membuat tetapan sendiri.

Menggunakan kepakaran yang ada, JDS Suspension menghasilkan penyerap hentakan dan monoshock yang membenarkan penunggang membuat tetapan mengikut cita rasa sendiri.

Produk baharu ini boleh didapati dalam pasaran bermula hari ini dan boleh didapati bagi model Yamaha R25 dan Yamaha NVX.

Ketua Pegawai Operasi JDS Suspension, Kidd Lee Wei Yang meluahkan rasa teruja dengan produk baharu ini terutamanya kerjasama dengan Helmi.

“Kami gembira dapat menjalinkan kerjasama dengan Helmi dalam menghasilkan produk baharu ini kerana kami telah menawarkan produk kami kepadanya bagi pasukan SCK Racing Team,” katanya.

Sementara itu, Helmi mengakui JD Suspension telah banyak membantunya dalam perlumbaan ARRC.

“Saya menjadi pelumba yang lebih baik dan berkeyakinan di atas litar dengan produk mereka,” jelasnya.

Berikut ciri yang terdapat pada J3 Monoshock:

  • spring preload
  • rebound adjustable
  • compression adjustable

Ukuran panjang bagi penyerap hentakan: 245 – 345mm

JD Monoshock Edisi Terhad boleh didapati dengan harga RM,1480 (tanpa spring fork) dan RM1,580 (dengan spring fork).

Semangat setiakawan ditonjolkan Harley-Davidson Owners Group PJ (HOG PJ) dan Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) ketika Camaraderie Ride.

Pengembaraan dua jenama motosikal ini membuktikan tidak wujud sebarang halangan halimunan yang sebelum ini didakwa memisahkan setiap kumpulan motosikal.

HOG PJ dan DOCM berkumpul di Gasket Alley, Selasa lalu bagi sesi sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan ke Tanah Aina Fareena di Kampung Temiang, Karak.

Selepas selesai memuaskan nafsu durian, kedua-dua kumpulan meneruskan perjalan pulang ke Kuala Lumpur.

Fokus utama pengembaraan bersama ini bukanlah untuk mengisi perut semata-mata namun untuk memadam persepsi bahawa jenama motosikal berbeza tidak boleh ‘ride’ bersama terutamanya Harley-Davidson dan Ducati.

“Terdapat persepsi bahawa penunggang Harley-Davidson dan Ducati tidak boleh ‘ride’ bersama disebabkan gaya tunggangan berbeza. Tetapi Camaraderie Ride ini dapat mewujudkan semangat setiakawan baharu,” kata Pegawai Ladies Of Harley, Cilia Lob.

Persetujuan itu turut disuarakan Presiden DOCM Ainul Hasri.

“Bukan senang nak nampak lebih 100 buah Harley-Davidson dan Ducati bergerak bersama daripada Gasket Alley ke Janda Baik.

“Kami mengenali satu sama lain sambil menghargai keindahan jentera Itali dan Amerika. Pengembaraan ini membuktikan kami mempunyai hubungan baik antara satu sama lain. Saya harap kami akan terus memperkukuhkan hubungan ini dengan pelbagai aktviti lain kerana ini adalah moto DOCM, ‘Our Ride, Our Pride’,”jelasnya.

Sementara itu, pengembaraan DOCM dan HOG PJ turut dimeriahkan dengan penyertaan empat motosikal jenis Moto Guzzi V85TT.

Tune Insurance Malaysia Berhad (Tune Protect Malaysia) memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai Pay-As-You-Drive (PAYD) yang memberi ganjaran kepada pelanggan yang kurang menghabiskan masa di atas jalan.

PAYD diperkenalkan dengan dasar untuk menggalakkan orang ramai terutamanya pemandu kereta untuk mengurangkan masa memandu di atas jalan raya sekaligus sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sehingga 50 peratus menjelang 2020.

Dihasilkan untuk komuniti yang memandu dalam jarak yang pendek atau yang gemar meletak kereta di LRT/MRT untuk ke tempat kerja, PAYD memberi ganjaran sehingga 20 peratus berdasarkan ‘mileage’kereta yang rendah berdasarkan premium asas yang dibayar setiap kali perbaharui insurans kenderaan.

Syarat kelayakan:

  • Pemilik kereta berusia 28-60 tahun
  • Kenderaan berusia 0-3 tahun
  • Insuran kenderaan dari RM40,000 hingga RM300,000

Pelanggan akan mendapat bayaran balik sehingga 20 peratus jika bacaan ‘mileage’di antara 0-6000km dan 15 peratus bayaran balik bagi mileage di antara 6,001km hingga 8,000km.

Diingatkan, PAYD adalah plan baharu yang PERCUMA yang dihasilkan bagi memastikan pemilik kereta yang kurang menghabiskan masa di atas jalan raya tidak perlu membelanjakan nilai yang sama seperti pemandu lain.

Untuk mengakses ciri baharu ini, pemilik hanya perlu log masuk ke laman sesawang www.tuneprotect.com untuk mengaktifkan PAYD.

Sekiranya layak, ambil gambar odometer kenderaan dan muat naik ke dalam laman sesawang tersebut. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai proese tersebut menerusi SMS dan e-mel.

Untuk maklumat lanju mengenai PAYD, layari www.tuneprotect.com/payd.

Selepas merekodkan prestasi mengecewakan musim ini, pelumba veteran, Valentino Rossi menggunakan cuti sebaik mungkin untuk kembali bangkit bagi separuh kedua musim 2019 MotoGP.

Jika dibandingkan dengan rakan sepasukan, Maverick Vinales, Rossi berdepan laluan lebih berliku kerana dia masih bergelut untuk mencapai keserasian dengan jentera M1.

MotoGP akan kembali bersambung hujung minggu ini di Brno, Czech Republic, litar yang membantu Rossi merekodkan kejuaraan sulungnya dalam kelas 125 pada 1996.

Pelumba berusia 40 tahun itu telah pun merekodkan tujuh kemenangan – kali terakhir pada 2009 – dan 14 podium sepanjang kariernya di Brno lantas dia tekad bangkit di litar keramatnya hujung minggu ini.

Menurut GPOne.com, The Doctor mahu berikan tumpuan sepenuhnya selepas berminggu berehat.”

“Ketika cuti musim panas, saya mengambil masa itu untuk berehat secukupnya tetapi saya kini tidak sabar untuk kembali ke atas M1.

“Saya perlu perbaiki prestasi semasa kerana kami juga akan bersiap sedia untuk menghadapi musim 2020, bermula dengan sesi ujian pada Isnin.

“Brno merupakan antara litar kegemaran saya. Saya mahu dapatkan keputusan yang baik,” jelasnya.

Sempena ulang tahun ke-60 MINI, MINI Malaysia meraikan tiga MINIacs yang telah berkongsikan kisah cinta mereka terhadap kereta MINI masing-masing.

MINIacs 1: Kelvin Kok

Pelukis tattoo di siang hari dan ketua keluarga di rumah, Kelvin berkongsi bagaimana dia dikenalkan kepada MINI. Tertarik dengan tagline MINI: Go With Your Gut, itulah yang dilakukannya, tiga tahun kemudian, Kelvin dan keluarganya menjadi pemilik sebuah MINI Clubman dan MINI Kensington 1996 yang telah dibaik pulih.

MINIacs 2: Wan Muqarram Sidek

Lebih mesra dipanggil Mooq, dia teringat kembali cintanya terhadap MINI lahir apabila menghabiskan masa bersama arwah ayahnya baik pulih sebuah jentera Austin MINI pikap. Ayahnya mahu melihat kereta pertamanya anaknya itu disaluti warna British Racing Green dengan enjin 1.3L ‘single-point injection’. Mooq turut menamakan kereta tersebut sebagai Papa Mooqs sebagai penghargaan kepada arwah ayahnya.

MINIacs 3: Lee Siew Hon

Sementara orang lain enggan membawa keluar kereta MINI masing-masing kerana terlalu sayang, Lee berpendapat sebaliknya. Dia yakin kereta MINI GP miliknya dihasilkan untuk berada di atas jalan raya – menyelusuri jalan berliku atau ulang-alik ke tempat kerja.

Tiga kisah ini membuktikan MINI telah memainkan peranan besar dalam kehidupan setiap pemilik. Selama 60 tahun MINI telah membuktikan semangat MINI saban tahun semakin kukuh.

Ada kisah MINI yang berminat untuk dikongsikan? Jangan lupa tag MINI Malaysia Facebook atau Instagram dan menggunakan tanda pagar (hashtag) #MINILOVESTORIES.

 

Honda Malaysia mengumumkan sejumlah 7,050 unit CR-V 2018 perlu digantikan ‘gear push knob button’ sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, setiap model sedia ada yang dijual tidak terkesan dengan kempen kemaskini produk ini.

Kempen ini adalah langkah berjaga-jaga bagi menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi Honda CR-V 2018 berkaitan dengan tuil gear terutamanya ketika mahu mengubah daripada ‘parking’ kepada posisi lain.

Penggantian ini tidak akan dikenakan sebarang caj dan segala kos yang terlibat akan ditanggung pihak Honda Malaysia.

Pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat makluman yang yang mengandungi segala perincian mengenai kemaskini yang dijalankan.

Orang ramai yang menerima makluman ini diminta untuk segera membawa kenderaan mereka ke pengedar Honda terdekat.

Hubungi 1-800-88-20020 atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube