Honda CBR150R merupakan salah satu motosikal yang popular di Malaysia, tetapi sudah tiba masanya untuk pembaharuan. Jadi, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. melancarkan Honda CBR150R Special Edition (2025) yang menampilkan skema warna istimewa.
Skema ini, yang diberi nama ‘CyberRoar,’ memaparkan “semangat garang Harimau” dengan jelas. Kepala harimau yang sedang mengaum dikelilingi oleh jalur oren terang, di atas skema warna magenta yang terang.
Ciri-ciri Honda CBR150R Special Edition (2025)
- Enjin 150cc, penyejuk cecair, DOHC, empat injap, menghasilkan 12.0kW pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm.
- Klac ‘assist‘ dan ‘slipper,’ serta transmisi enam kelajuan.
- Fork depan jenis terbalik.
- Brek cakera tunggal di depan dan belakang,
- ABS dwi-saluran.
- Emergency Stop Signal (ESS).
- Pencahayaan LED sepenuhnya.
- Tangki 12-litre.
Setiap pembeli Honda CBR150R Special Edition (2025) ‘CyberRoar’ akan menerima Panoramic Sport Camera dan LED Reflective Bag. Harga runcit disyorkan untuk edisi istimewa ini ialah RM14,399.00 (bukan di atas jalan).
Turut tersedia adalah livery Silver dan Honda Tricolor. Harga runcitnya ialah RM13,399.00.
Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan dua tahun atau 20,000km, mana yang lebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila klik https://boonsiewhonda.com.my/product/honda-cbr150r/ atau lawati Honda Impian X terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi mereka melalui nombor talian bebas tol 1-800-88-3993.