Bikesrepublic

‘Winglet’ Bakal Dibenarkan Bagi WorldSBK Musim 2018?

 

  • Musim 2018 WorldSBK akan diperkemaskini dengan peraturan baru seperti membenarkan pasukan menggunakan ‘komponen aerodinamik’ pada motosikal perlumbaan mereka.
  • Namun ianya datang dengan syarat, iaitu sebarang komponen aerodinamik mestilah disediakan dahulu untuk motosikal yang telah dihomologasikan.
  • Dunia motosikal superbike pengeluaran pada tahun 2019 pasti akan menjadi lebih menarik sekiranya pasukan dalam siri WorldSBK mematuhi peraturan terbaru ini secara serius memandangkan betapa besarnya kelebihan ‘aerofairing’ ini terutamanya seperti yang boleh dilihat dalam MotoGP.

Sumber imej: Pinterest

Kejohanan Superbike Dunia FIM telah memperkenalkan pelbagai perubahan dan kemaskini yang revolusinari untuk tahun 2018 bagi menjadikan sukan permotoran itu lebih mengujakan dan menarik buat peminat di seluruh dunia. Walaupun terdapat beberapa kekangan yang telah dikenakan buat para pengeluar seperti mengehadkan RPM enjin bagi menjadikan keseluruhan grid lebih setara berdaya saing, Suruhanjaya WorldSBK kini akan membenarkan penggunaan ‘komponen aerodinamik‘ menjelang tahun 2018.

Ianya seperti satu tindakan yang amat pelik tetapi mengujakan bagi WorldSBK memandangkan MotoGP sendiri juga telah mengharamkan penggunaan winglet. Setelah pasukan MotoGP telah pun merasai sendiri kelebihan besar dalam penggunaan ‘aerofairing’, peraturan telah dirombak semula bagi tahun 2017 di mana jentera MotoGP hanya dibenarkan menggunakan winglet yang dirumahkan dalam reraup tanpa sebarang bahagian luaran yang tersembul.

Sumber imej: MotoGP

Kami mengandaikan peraturan yang sama bakal dikuatkuasa pada Kejohanan Superbike Dunia bagi musim 2018, TETAPI menurut satu laporan yang telah dibuat oleh Asphalt & Rubber, ada satu syarat yang penting. Menurut peraturan yang baru itu, “Pasukan dan pengeluar boleh melengkapkan komponen aerodinamik (sebagai contoh, winglet) pada motosikal superbike mereka selagi winglet itu dilengkapi pada motosikal yang dihomologasi.

Ini bermakna sebarang winglet atau pun mana-mana komponen aerodinamik perlulah ada pada model pengeluaran dahulu dan bukannya sebarang prototaip yang dilengkapkan pada motosikal perlumbaan WorldSBK. Jika pengeluar ingin merebut kelebihan yang datang dengan ‘aerofairing’, mereka perlu menyediakan untuk model pengeluaran terlebih dahulu.

Setakat ini, hanya Aprilia dan Kawasaki sahaja yang telah memperkenalkan motosikal superbike dengan winglet dalam bentuk motosikal kegunaan litar sahaja Aprilia RSV-4 RF Factory Works 2018 dan Kawasaki H2R. Oleh kerana kedua-dua motosikal ini bukanlah motosikal yang sah untuk kegunaan jalan raya, masih tiada lagi berita tentang jenama yang manakah yang akan mematuhi peraturan dengan serius dan memperkenalkan sebuah motosikal superbike yang serba baru, dilengkapi dengan ‘komponen aerodinamik’.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Aprilia RSV-4 RF Factory Works 2018, TEKAN SINI.

Bersedialah, perang persenjataan aerodinamik muktamad bagi motosikal pengeluaran bakal bermula!

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan