Bikesrepublic

Pemandu Langgar Mati Warga Pakistan Mengaku Mengambil Dadah

Pemandu sebuah kereta yang melanggar mati tiga lelaki warga Pakistan ketika mereka dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri, mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah.

Tertuduh, Mohd Azizol Abdul Rasheed, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Ashvinii.

Berdasarkan pertuduhan, pembantu kedai makan itu didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis iaitu ganja dan dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) yang dibaca bersama Seksyen 38b (1) akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin dan syarat tambahan melapor diri di balai berdekatan setiap dua minggu sekali.

Mahkamah turut menetapkan 5 Jun ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan laporan patologi.

Kejadian berlaku pada Hari Raya Aidilfitri pertama yang menyebabkan tiga lelaki warga Pakistan maut, manakala tiga lagi parah dirempuh kereta dipandu suspek.

Identiti tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Zahir Nur Muhammad, 31; Shayan Mumtazali, 22 dan Adil Noorullah, 33.

Tiga lagi individu cedera ialah Kamran Muhammad Wali, 26; Yasen Afzalsha, 19 dan Salem Said Rasol, 23.

Sementara itu, empat lelaki Pakistan telah direman kerana telah bertindak memukul pemandu kereta berkenaan.

Perkara itu diputuskan oleh Majistret yang sama, T Ashvinii di Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 24 hingga 49 tahun dan bekerja sebagai buruh sawit ditahan jam 4.20 petang semalam selepas pemandu Proton Saga terbabit membuat laporan polis menyatakan dia cedera di kepala akibat dipukul.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, dilaporkan berkata mereka ditahan selepas polis mengenal pasti suspek menerusi video tular di laman sosial membabitkan pemandu kereta dan empat lelaki berkenaan.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan