Bikesrepublic

30 Pelajar Ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

Seperti tidak serik-serik juga walaupun sudah banyak kes kematian, kecederaan dan penangkapan, 30 pelajar sekolah menengah antara 178 individu yang ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang, berdekatan Ipoh.

Operasi bermula 2.30 pagi itu dijalankan sepasukan 72 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan terdiri daripada 166 lelaki dan 12 perempuan berusia antara 15 hingga 34 tahun.

“Antara yang ditahan ialah 30 pelajar sekolah menengah dan empat penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

“Daripada 143 motosikal yang ditahan, sejumlah 19 motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk paling serius ialah mengubahsuai kenderaan mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 302 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa individu yang sedang khayal. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh AADK mendapati lima individu positif dadah dengan seorang daripadanya pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lalu.

“Lima individu itu akan diambil tindakan seterusnya oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ipoh dan AADK.

“Operasi ini dirancang bagi tujuan membanteras aktiviti samseng jalanan yang mana pihak polis mendapat banyak aduan daripada penduduk kerana ganggu ketenteraman awam,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan