Bikesrepublic

Triumph Motorcycles No. 1 Di Thailand Walaupun Dalam Kemelesetan

  • Triumph Motorcycles mengekalkan kedudukan tempat pertamanya sebagai pengeluar motosikal besar dari Barat di Thailand.
  • Pengeluar tersebut berjaya mengekalkan kedudukannya meskipun dengan kemelesetan keseluruhan dalam pasaran motosikal Thailand.
  • Triumph Motorcycles Thailand kekal optimis kerana dua bulan yang berikutnya seringkali mendapat permintaan yang tinggi.

Triumph Motorcycles kekal sebagai jenama motosikal Barat di atas 400cc paling laris di Thailand.

Jenama dari Britain itu telah menjual sejumlah 2,175 unit menjelang hujung Oktober meskipun berhadapan dengan kemelesetan yang telah menjejaskan ke semua jenama.

Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak 14.7% berbanding tahun sebelumnya, kali pertama bagi Triumph sejak ia memasuki pasaran tersebut. Namun begitu, jenama berkenaan masih jauh mengatasi jenama Barat yang lain dalam jumlah jualan. Di tempat kedua adalah BMW yang telah menjual sebanyak 1,226 unit setakat ini, diikuti Ducati dengan 709 unit, dan Harley-Davidson dengan 695 unit.

Sumber: Bangkok Post

Encik Jakkrapong Santirat, pengurus besar Triumph Thailand masih kekal optimis. “Kami berasa yakin yang jualan akan meningkat bagi baki dua bulan ini, di mana suku keempat adalah musim permintaan tinggi untuk motosikal.”

Santirat telah menamakan beberapa sebab untuk penurunan tersebut. Pasaran motosikal berkuasa tinggi seluruh negara tersebut telah mengecil akibat pengurangan kuasa pembelian rakyat Thailand. Selain itu, bakal pembeli teragak-agak untuk mendapatkan motosikal berkuasa tinggi manakala pemilik sedia -ada masih lagi melunaskan pinjaman mereka. Institut pembiayaan juga telah mengetatkan syarat kelulusan untuk pinjaman.

Jabatan Pengangkutan Jalan Thailand telah melaporkan sejumlah 1,506 juta pendaftaran motosikal baharu, penurunan sebanyak 1.4% berbanding tahun sebelumnya.

Kami telah diberi peluang melawat fasiliti pengilangan Triumph di Thailand pada tahun 2016, atas jasa baik Triumph Motorcycles Malaysia.

Triumph merupakan pengeluar motosikal berkuasa tinggi Barat pertama yang memasuki negara berkenaan. Kilang pertama mereka telah dibuka pada bulan Mei 2002, menghasilkan komponen seperti kerangka, tangki bahanapi, lengan ayun, pelitup enjin, dan bahagian bersadur krom.

Kilang yang kedua di Thailand telah dibuka pada tahun 2006, lengkap dengan fasiliti pengecatan serta pemasangan. Akhir sekali, kilang yang ketiga telah dibuka pada tahun 2007 lengkap dengan fasiliti pemesinan dan ‘die-casting’ tekanan tinggi. Ke semua kilang terletak di Estet Perindustrian Amata City di Chon Buri. Ketiga-tiga fasiliti telah menelan jumlah pelaburan sebanyak THB 3 Billion.

Mereka mempunyai tenaga kerja sebanyak 1,100 orang pekerja yang menghasilkan kira-kira 80,000 buah motosikal setahun. Motosikal-motosikal ini kemudiannya dihantar ke 57 buah negara. Jumlah ini melambangkan 65 hingga 70% jualan sedunia Triumph.

Sumber: Bangkok Post

Ulasan Tanggapan Pertama Triumph Scrambler 1200 2019

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube