Bikesrepublic

Toyota Pamer Enam Model Baharu Di Malaysia Autoshow 2019!

UMW Toyota Motor sekali lagi mewarnai Malaysia Autoshow 2019 yang bermula semalam sehingga 14 April ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Terletak di Hall A, Toyota mempamerkan beberapa model antaranya enam model baharu termasuk Toyota Yaris yang akan dilancarkan bulan ini.

“Barisan model Toyota di Malaysia telah pun dinaik taraf namun kami masih ada beberapa model yang akan dilancarkan dalam tempoh enam bulan ini. Di ‘booth’ Toyota, kami membawakan model terbaru untuk tatapan pengunjung dan ini termasuk Toyota Yaris yang bakal dilancarkan tidak lama lagi,”kata Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor.

Toyota juga memberi peluang kepada pengunjung bukan sahaja untuk bergambar malah merasai sendiri pengalaman memandu jentera Toyota menerusi sesi pandu uji yang disediakan.

Selain daripada Toyota Yaris, model lain yang turut dipamerkan adalah Vios serba baharu, Camry 2.5, CH-R 2019, Innova 2.0GX dan Hilux 2.4G Limited Edition.

Pengunjung juga boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari servis pelbagai yang disediakan Toyota antaranya skim pembiayaan Toyota Capital EasyGrad yang menjanjikan bayaran bulanan rendah dan bayaran pendahuluan serendah 10 peratus.

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-TOYOTA.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan