Bikesrepublic

TERKINI: Daihatsu Mengaku Tipu Ujian Keselamatan, Perodua Axia Antara Terlibat

Daihatsu mengesahkan bahawa pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan membabitkan bahagian panel sisi pintu bagi 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya. 

Apa yang mengejutkan, empat model yang terlibat adalah Perodua Axia 2023 yang baru sahaja diperkenalkan di samping Toyota Vios baharu (dikenali sebagai Yaris Ativ di pasaran Thailand) dan Toyota Agya serta sebuah lagi model yang belum dilancarkan. 

Anak syarikat Toyota itu membuat pengakuan tersebut dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat. 

“Kami mohon maaf kerana mengkhianati kepercayaan pelanggan dan pemegang saham kerana menyebabkan kebimbangan ini,” ujar Daihatsu. 

Dalam pada itu, Toyota dalam satu kenyataan berasingan meluahkan rasa kesal dengan tindakan Daihatsu.

Memetik laporan Reuters, Pengerusi Toyota, Akio Toyota berkata kejadian itu tidak boleh diterima kerana melanggar kepercayaan pelanggan. 

“Kami akan melakukan siasatan terperinci tetapi menjanjikan fahaman penuh atas apa yang berlaku di samping menjaminkan siasatan yang telus,” jelas Toyota. 

Dalam perkembangan sama, Daihatsu berkata pihaknya dimaklumkan mengenai pemalsuan ujian keselamatan itu selepas menerima laporan ‘whistleblower’. Susulan daripada berbangkitkanya insiden tersebut, Daihatsu juga telah menghentikan bahagian logistik. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan