Bikesrepublic

SIC, Angel Nieto Team, Dan Yamaha Bergabung Tenaga Membentuk Pasukan Untuk MotoGP Musim 2019!

  • Sepang International Circuit (SIC) telah berjaya menubuhkan sebuah pasukan MotoGP negara.
  • Pengilang Yamaha yang sebelum ini dalam usaha mencari mereka yang layak untuk mengendalikan pasukan satelit mereka.
  • Berita ini telah disahkan lewat petang semalam.

Ianya akhirnya telah disahkan; Yamaha bakal mempunyai sebuah pasukan satelit pada musim hadapan, yang akan ditaja oleh Sepang International Circuit (SIC) dan dikendalikan oleh pasukan Angel Nieto Team.

Berikutan perpindahan pasukan Tech 3 ke pengilang KTM pada tahun 2019, Yamaha telah kehilangan pasukan satelitnya itu. Pasukan satelit memainkan peranan yang amat penting dalam membekalkan maklumat tambahan untuk pasukan pengilang.

Khabar angin mula tersebar pada awal bulan Mei, mengatakan yang sama ada Petronas atau SIC akan tampil menaja sebuah pasukan satelit Yamaha, dengan harapan untuk menandatangani Hafizh Syahrin sebagai salah seorang penunggang mereka nanti.

https://www.bikesrepublic.com/2018/05/03/pasukan-motogp-malaysia-bakal-muncul-pada-tahun-2019/

Namun, Hafizh Syahrin telah berjaya memperoleh tempat di Tech 3 bagi musim hadapan, dan pada masa yang sama, telah timbul desas desus yang mengatakan bahawa Jorge Lorenzo mungkin akan kembali ke Yamaha. Tetapi, oleh kerana tempat di pasukan pengilang Movistar Yamaha MotoGP telah pun menjadi milik Valentino Rossi dan Maverick Viñales buat dua musim yang akan datang, satu-satu cara bagi Lorenzo berada di atas jentera Yamaha adalah melalui pasukan satelit mereka.

Namun akhirnya, Lorenzo telah menyertai pasukan pengilang Repsol Honda, setelah Dani Pedrosa diumumkan akan meninggalkan pasukan pengilang Honda tersebut setelah berkhidmat dengan mereka selama 18 tahun.

https://www.bikesrepublic.com/2018/06/06/jorge-lorenzo-sah-sertai-honda-bagi-motogp-musim-2019-dan-2020/

Selepas itu, pada lewat petang semalam, pasukan Angel Nieto Team telah mengumumkan yang SIC akan mengambil alih pasukan MotoGP mereka bermula musim hadapan, dengan Jorge Martinez ‘Aspar’ kekal sebagai ‘Sporting Advisor’ bagi pasukan tersebut.

Satu lagi pengumuman telah menyusul selepas itu, yang mana Yamaha Motor Co., telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SIC, di mana Yamaha akan membekalkan jentera Yamaha YZR-M1 kepada pasukan SIC bagi musim 2019, 2020, dan 2021.

Barisan penunggang belum lagi diumumkan pada waktu artikel ini dimuatnaik. Dani Pedrosa masih lagi tanpa pasukan bagi musim hadapan, jadi, ada kemungkinan dia bakal menyertai pasukan ini. Dia bakal mengumumkan rancangan masa hadapannya di Grand Prix German yang akan berlangsung pada minggu hadapan (12 hingga 15 Julai).

Langkah yang telah diambil oleh SIC ini bakal meningkatkan lagi populariti serta tarikan untuk pusingan MotoGP Malaysia dan juga untuk sukan ini secara amnya, dengan adanya sebuah pasukan negara dalam kelas perlumbaan berprestij MotoGP ini.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube