Bikesrepublic

QJMotor Bakal Lancar 600RR 2022, Dijangka Masuk Malaysia?

Umum sedia maklum bahawa MForce Bike Holdings telah pun mengesahkan bahawa jenama dari China, QJMotor bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Berita yang diumumkan Oktober 2021 itu menyaksikan MForce bakal membawa masuk beberapa model QJMotor antaranya SRT800, SRK600 dan QJ Race 250.

Dalam perkembangan terbaru di China, QJMotor didapati bakal memperkenalkan 600RR yang telah dikemas kini bagi tahun 2022.

Perkara itu didedahkan menerusi satu imej ‘spy shot’ yang telah pun dikongsikan beberapa media antarabangsa.

Berdasarkan gambar tersebut, QJMotor telah melaksanakan beberapa penambah baikan terhadap motosikal fairing penuh itu.

Bahagian depan telah diolah agar tampak lebih moden dan agresif sementara panel tepi pula dipadankan bersama ‘winglet’ ala MotoGP.

Model itu juga dilaporkan mendapat sistem ekzos baharu sekaligus memberi bayangan bahawa bahagian enjin juga telah dinaik taraf bagi mencapai standard Euro 5.

Selain itu, model itu juga memaparkan rekaan lampu depan baharu manakala bahagian fairing pula lebih lebar dan menutup bahagian enjin berbanding generasi sebelumnya.

Bagaimanapun, model 2022 ini dijangka akan membawa ciri sama seperti sebelumnya, seperti paparan skrin TFT 5-inci, sistem keyless, brek Brembo dan suspensi Marzocchi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube